Cara Melupakan Seseorang (Yang Kita Sayang)

Apakah cara melupakan seseorang yang selama ini telah kita cintai atau habiskan banyak masa bersama? Mesti persoalan ini akan bermain di fikiran anda yang masih tak boleh move on. Iyalah, dalam perhubungan ini ada di antara kita yang berjaya sampai ke hujungnya dan ada yang putus di tengah jalan dan bukan juga mudah untuk move on kalau kita dah putus cinta, berpisah dan seumpamanya.

Ada yang sampai jatuh sakit dan tak dapat meneruskan rutin kehidupan seperti biasa dek kerana tak boleh melupakan.

Mungkin ramai yang masih lagi susah nak lupakan seseorang yang pernah singgah di hati dan hidup kita sehingga ke hari ini. Tidak mengapa. Jangan bimbang dan susah hati kerana kami telah sediakan beberapa cara melupakan seseorang melalui artikel ini.

Manalah tahu kalau-kalau penulisan ini dapat membantu anda melupakan seseorang. Belum cuba belum tahu.

Izinkan kami berkongsi.

Cara melupakan seseorang

Kalau asyik teringat orang yang bukan milik kita pun susah juga kan. Nanti makan tak kenyang, tidur pun tak lena. So, apa kata kalau anda cuba cara-cara melupakan seseorang seperti di bawah.

1. Buang semua memori tentang dia

Apa sahaja benda yang mengingatkan anda pada dia, sila buang daripada hidup anda. Contohnya, macam hadiah-hadiah yang dia berikan pada anda seperti baju, kasut, jam tangan dan seangkatan dengannya. Tetapi, kalau benda yang dia bagi itu mahal, janganlah buang.

Anda boleh berikan pada orang lain atau simpan di tempat yang tersorok daripada pandangan anda. Selain itu, kalau masih ada mesej, gambar dan nombor telefon dia dalam hand phone anda, tolong padam sesegera mungkin. Jangan biarkan semua perkara tentang dia ada dalam telefon anda juga.

Jangan simpan apa-apa tentang dia!

 

2. Berdoa untuk melupakan seseorang

Semua perkara di dalam dunia ini kalau anda nak, anda bukan takat kena berusaha sahaja. Tetapi, mesti disertakan sekali dengan niat yang betul dan doa. Macam itu juga apabila anda nak melupakan seseorang.

Kalau anda dah cuba bermacam cara dan masih tak berjaya. Anda berdoalah kepada Allah supaya diberikan petunjuk dan ketenangan jiwa dalam usaha untuk melupakan seseorang yang bukan ditakdirkan untuk anda. Berdoalah semampu mungkin dan minta pada Allah untuk bantu anda.

Jangan sekali-kali nafikan kuasa doa ini kerana doa adalah dialog kita dengan Allah. Apabila sampai masa Allah berkehendakkan sesuatu, maka jadilah dengan izinNya.

 

3. Cara melupakan seseorang dengan unfollow atau block dia di media sosial

Jika sebelum ini anda memang friend dengan dia di mana-mana platform media sosial. Sekarang ialah masa untuk anda unfollow atau block dia di Facebook, Twitter, Instagram dan seumpamanya yang berhubungan. Kalau nak move on, anda tidak perlu lagi untuk tahu apa-apa pasal kehidupan dia terutamanya apabila dia sudah bahagia tanpa anda.

Kalau anda rasa tidak perlu untuk buat macam ini, ketahuilah bahawa anda salah. Ini kerana, melalui media sosial lah dia akan berkongsi macam-macam tentang kehidupan baru dia. Nak-nak pula kalau dia orang yang aktif di media sosial sehinggakan setiap jam akan update status.

Jadi, adakah anda rasa anda boleh melupakan dia kalau selalu nampak semua benda terbaru tentang dia? Tepuk dada, tanya selera. Nanti, bukan sahaja tidak boleh lupa tetapi akan selalu nak ambil tahu pasal dia pula. Payahlah kalau dah jadi macam ini.

 

4. Luangkan banyak masa dengan kawan-kawan atau keluarga

Salah satu cara melupakan seseorang adalah anda harus berjumpa dengan banyak orang. Cuba banyak luangkan masa dengan kawan-kawan dan keluarga anda. Buat aktiviti yang anda suka dengan mereka atau keluar bercuti ke tempat yang anda suka bersama-sama mereka.

Apabila anda banyak menghabiskan masa bersama-sama orang yang lebih memerlukan anda. Anda akan rasa diri anda lebih dihargai apabila bersama dengan orang yang tepat.

 

5. Cara melupakan seseorang dengan mencari hobi baru

Ada orang yang apabila dia nak lupakan seseorang, dia akan mencari benda baru untuk dia cuba. Ini adalah salah satu langkah yang bagus untuk memulakan hidup baru. Dari sini anda dapat memupuk minat untuk cuba perkara yang anda suka tetapi tidak berpeluang untuk lakukan.

Di samping itu, cakap pasal hobi ini tidak semestinya perkara yang ekstrem, susah atau pelik. Cukuplah buat sesuatu yang boleh membuatkan anda gembira dan lupa tentang dia. Masa inilah anda boleh terokai apa yang sebenarnya anda ingin lakukan.

Kalau rasa hobi anda berkayak, pergi la berkayak. Kalau rasa hobi anda memasak, masaklah makanan yang anda suka setiap hari. Lakukanlah apa sahaja aktiviti yang membahagiakan diri anda sendiri. Kalau anda dah suka dengan hobi anda, mesti anda akan sibuk dengan diri sendiri sahaja sampai tak sempat nak ingat dia.

 

6. Cari teman untuk meluahkan perasaan dan mampu memberikan semangat

Sekiranya anda rasa tertekan untuk melupakan seseorang, carilah seseorang yang mampu mendengar luahan hati anda dan memberikan semangat. Sebenarnya, cara ini sangat penting untuk memastikan kesihatan mental anda walaupun dari luaran anda nampak sihat.

Tambahan lagi, dengan adanya teman yang dapat memberikan kata-kata perangsang dan dorongan yang positif adalah sangat membantu anda untuk melupakan si dia. Semangat yang diberikan akan membuatkan anda lebih yakin untuk melalui waktu-waktu yang sukar itu.

 

7. Yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti

Tidak perlu pusing-pusing kalau tidak boleh melupakan seseorang kerana anda harus percaya bahawa setiap yang hilang dan pergi itu akan digantikan dengan yang lebih baik. Jangan terlalu ingat sangat yang sudah bukan menjadi milik kita. Anda haruslah sentiasa memberikan kata-kata semangat kepada diri sendiri dan pandang dari sudut yang positif.

Seterusnya, apa kata kalau anda cuba persiapkan diri dan hati anda untuk seseorang yang baru dan memang ditakdirkan bersama anda suatu hari nanti. Anggap sahaja yang anda harus berjumpa orang yang salah dahulu untuk mendapat orang yang betul.

Tutup buku lama dan buka buku baru.

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, untuk melupakan seseorang yang istimewa dan pernah hadir dalam hidup kita bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Apatah lagi kalau orang itu sudah bertahun-tahun dengan kita dan selalu ada untuk kita. Namun, kalau kita tidak cuba cara untuk move on dari masa lampau.

Kita tidak akan dapat menghargai apa yang masih ada dengan kita sehingga ke hari ini.

Kadangkala apa yang kita rasa baik untuk kita adalah yang sebaliknya. Percayalah dengan setiap ujian dan dugaan yang Allah berikan itu akan ada hikmah yang besar. Jangan takut untuk melupakan dan move on jika itu adalah perkara terbaik yang harus kita lakukan untuk hidup kita.

Semua orang berhak untuk bahagia.

Diharapkan perkongsian kami mengenai cara melupakan seseorang ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang memerlukan.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment