Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal (Register di jobsmalaysia.gov.my)

Baru-baru ini, ramai orang kena buang kerja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, jika anda salah seorang yang terjejas akibat wabak Coronavirus COVID-19, anda boleh cuba cara daftar JobsMalaysia ini terlebih dahulu.

Untuk maklumat, JobsMalaysia telah dijenamakan semula ke My Future Jobs. Jemput baca cara daftar MyFutureJobs untuk register dan cari kerja.

Sedikit mengenai JobsMalaysia

Adakah anda seorang pencari kerja? Adakah anda seorang graduan? Lepasan diploma? Ijazah? Anda mungkin dalam situasi yang sukar sekarang, kerana anda ingin mencari kerja. Tetapi, anda tidak tahu mahu bermula dari mana. Atau, anda tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan anda, atau karier yang anda impikan, sama ada bersesuaian dengan lepasan anda atau tidak.

Jangan risau, JobsMalaysia bersedia membantu anda.

Mula dilancarkan pada tahun 2002, JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.

Sistem ini disediakan melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik dengan tujuan menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh pengguna awam sama ada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.

Cara daftar JobsMalaysia online portal

Bagi anda terjejas dengan wabak Coronavirus, mahupun yang masih belum bekerja dan ingin menjana pendapatan, anda boleh gunakan portal JobsMalaysia untuk mencari peluang pekerjaan yang anda inginkan.

  1. Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman web rasmi JobsMalaysia.
  2. Kemudian, pada laman, scroll ke butang DAFTAR, dan tekan butang Pencari Kerja.
  3. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan anda perlu isikan. Pada ruangan Nombor Kad Pengenalan, masukkan nombor MyKad anda.
  4. Pada ruangan Nama, masukkan nama penuh anda.
  5. Pada ruangan Nombor Telefon Bimbit, masukkan nombor telefon anda yang masih aktif dan boleh dihubungi.
  6. Pada ruangan Email, masukkan alamat emel anda yang aktif dan boleh digunakan. Alamat emel anda penting untuk JobsMalaysia, untuk memaklumkan kepada anda dari semasa ke semasa, sebarang pembaharuan atau notis mengenai portal yang perlu anda sebagai pengguna untuk tahu.
  7. Pada Kod Verifikasi, masukkan kod yang anda dapat lihat di ruangan yang disediakan.
  8. Kemudian, tekan butang Daftar untuk meneruskan proses daftar JobsMalaysia
  9. Akan tertera pop-up box yang memaklumkan kepada anda bahawa pendaftaran anda berjaya. Anda juga diminta untuk semak emel anda untuk mendapatkan link bagi pengaktifan akaun anda.
  10. Buka emel anda dan dapatkan emel daripada JobsMalaysia.
  11. Kemudian, baca emel yang tertera dan tekan link yang diberi mengikut arahan yang tertera pada emel.
  12. Pendaftaran anda di JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja berjaya.

 

Cara aktifkan akaun JobsMalaysia

Untuk aktifkan akaun JobsMalaysia 1.0 versi lama, memang agak leceh. Walau sudah daftar JobsMalaysia suatu masa dahulu, anda mungkin terlupa kata laluan.

Dengan adanya JobsMalaysia 2.0 versi baru, ia sudah jadi mudah. Hanya perlu klik link di email. Selesai sahaja pendaftaran, terus semak email anda.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mahu mengaktifkan semula akaun lama yang kini sudah tidak lagi aktif.

Ikut langkah untuk aktifkan akaun JobsMalaysia 2.0 seperti di bawah:

  1. Klik pautan ini: https://auth.jobsmalaysia.gov.my/uap/reset/askverificationchannel.jsp?language=my
  2. Anda kini di bahagian Reset Kata Laluan
  3. Masukkan email anda
  4. Masukkan teks pengesahan
  5. Tekan butang Reset
  6. Semak email
  7. Cari email yang bertajuk AKAUN DISET SEMULA
  8. Klik pada PAUTAN PENGAKTIFAN untuk reset password dalam masa 24 jam
  9. Create password baru
  10. Pastikan password sekurang-kurangnya mempunyai 8 aksara dengan gabungan nombor, huruf besar dan huruf kecil
  11. Sila sahkan password baru tadi
  12. Jangan tutup browser dulu
  13. Teruskan proses pengaktifan
  14. Klik link pengaktifan dalam email tadi
  15. Anda akan boleh terus login JobsMalaysia 2.0
  16. Tunggu sehingga paparan Selamat Datang terpapar dengan ikon glob JobsMalaysia

Langkah ini juga boleh digunakan untuk pengaktifan semula status akaun JobsMalaysia 1.0 yang tidak aktif. Tidak perlu daftar JobsMalaysia lagi kerana ia akan membuatkan duplikasi profil Pencari Kerja.

 

 

Login JobsMalaysia (selepas berjaya daftar JobsMalaysia)

Kini anda sudah boleh login JobsMalaysia untuk terus buat Carian Jawatan yang diingini, sesuai dengan kelulusan.

 

Kemaskini JobsMalaysia

Bagi pencari kerja yang ingin atau telah memohon jawatan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran melalui JobsMalaysia, anda perlu kemaskini maklumat. Jika masih belum register, sila daftar JobsMalaysia terlebih dahulu.

Pencari Kerja yang memohon jawatan SPP juga diwajibkan untuk kemaskini Maklumat Jawatan dimohon sebaik sahaja melaksanakan pengemaskinian Maklumat Butiran Peribadi dan Maklumat Terperinci.

Permohonan yang telah dikemaskini hanya akan dihantar ke SPP sekiranya akuan penerimaan permohonan berjaya dipaparkan.
Pencari Pekerja boleh melaksanakan semakan permohonan jawatan.

 

Hubungi JobsMalaysia (call centre hotline)

Jika anda mempunyai masalah untuk login JobsMalaysia seperti lupa ID Pengguna, boleh hubungi pusat panggilan atau call centre seperti di bawah:

  • 03-8320 2713
  • 03-8320 2714
  • 03-8320 2715

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, proses pendaftaran akaun anda adalah sangat mudah di portal ini.

Sentiasalah ikuti perkembangan terkini ataupun layari ke portal ini untuk merebut jawatan yang anda inginkan. Ingat, jawatan yang terbuka di portal JobsMalaysia mungkin banyak, tetapi penganggur di negara kita juga ramai.

Jadi, rebutlah peluang yang tiba dan bantulah diri anda jana pendapatan untuk menyara kehidupan anda.

Diharapkan agar perkongsian cara daftar JobsMalaysia ini akan memberikan anda satu pekerjaan yang boleh menampung diri sendiri dan keluarga.

Jemput baca cara buat resume yang baik menggunakan Microsoft Word. Mudah-mudahan, senang dapat kerja.

Semoga bermanfaat.

8 thoughts on “Cara Daftar JobsMalaysia Online Portal (Register di jobsmalaysia.gov.my)”

Leave a Comment