Cara Daftar BigPay Malaysia (Register Online di bigpayme.com)

Pernah dengar tentang BigPay dari AirAsia? Katanya, kalau guna BigPay, transaksi akan jadi lebih murah. Lebih-lebih lagi jika digunakan di luar negara. Ini kerana BigPay bekerjasama dengan MasterCard dan tidak ada fee tambahan untuk exchange rate. Kedengaran menarik? Ikuti panduan di bawah untuk membaca cara daftar BigPay Malaysia secara online.

Syarat dan kelayakan pendaftaran BigPay

Anda hanya boleh mendaftar BigPay sekiranya anda berumur 18 tahun dan ke atas, serta anda merupakan warganegara Malaysia ataupun penduduk tetap. Pendaftaran untuk BigPay adalah percuma. Walau bagaimanapun, anda memerlukan minimum RM20 sebagai syarat untuk mendaftar.

Jangan risau, wang itu 100% milik anda dan akan dimasukkan ke dalam akaun BigPay anda. Tiada caj tambahan dikenakan.

Cara daftar BigPay online

Ikuti langkah di bawah untuk mendaftar Big Pay secara online.

  1. Download aplikasi BigPay di Google Play Store untuk Android, manakala di App Store untuk iOS.
  2. Setelah download, buka aplikasi tersebut.
  3. Kemudian, tekan butang Sign Up.
  4. Untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay ini, sila pilih negara tempat tinggal anda, sama ada di Malaysia atau di Singapura.
  5. Kemudian, terdapat ruangan untuk memasukkan nombor telefon anda. Pada ruangan sebelah kiri, pilih kod negara untuk nombor telefon anda. Sekiranya anda adalah warganegara Malaysia, pilih +60.
  6. Pada ruangan di sebelahnya, masukkan nombor telefon anda yang aktif dan boleh dihubungi.
  7. Tekan butang Send Code. Kod enam angka akan dihantar ke telefon anda melalui SMS.
  8. Kemudian, masukkan kod yang anda dapat tersebut di ruangan di bawah Enter your OTP.
  9. Sekiranya anda tidak mendapat kod secara SMS, tekan link yang tertera di bawah ruangan untuk memasukkan kod tersebut.
  10. Pada laman seterusnya, anda dikehendaki untuk mencipta passcode sebagai langkah keselamatan akaun anda daripada dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Passcode ini adalah sebanyak enam angka. Jadi, cipta passcodeanda sendiri untuk akaun anda dengan menekan mana-mana nombor yang tertera. Diingatkan, anda perlu menghafal nombor passcode yang anda masukkan ini, kerana ia akan digunakan setiap kali anda login ke akaun BigPay anda nanti.
  11. Seterusnya, kenyataan bertulis Type it again akan tertera. Masukkan sekali lagi passcode yang anda cipta untuk akaun anda.
  12. Pada laman seterusnya, kenyataan tentang terma & syarat akan tertera. Tekan link Terms and Conditions of the BigPay Card untuk membaca terma & syarat bagi penggunaan kad BigPay yang anda akan peroleh setelah selesai mendaftar akaun anda.
  13. Scroll sehingga ke bawah untuk memahami segala syarat yang telah ditetapkan untuk anda sebagai pemohon kad BigPay. Kemudian, tekan butang I accept untuk teruskan proses daftar BigPay.
  14. Pada laman seterusnya, beberapa ruangan perlu anda isikan. Pada ruangan Full Name, masukkan nama penuh anda, sama seperti yang tertera pada MyKad anda.
  15. Pada ruangan Email Address, masukkan emel anda yang aktif dan boleh diakses untuk meneruskan proses dan cara daftar BigPay.
  16. Pada ruangan Date of Birth, kalendar akan tertera. Pilih tarikh lahir anda.
  17. Pada Gender, pilih jantina anda, sama ada Male untuk lelaki, atau Female untuk perempuan.
  18. Pada ruangan Nationality, pilih kewarganegaraan anda.
  19. Pada ruangan NRIC Number, masukkan nombor kad pengenalan anda yang baru (nombor MyKad).
  20. Pada ruangan Occupation, pilih pekerjaan anda. Pilih Other sekiranya pekerjaan yang tertera tidak berkaitan dengan anda.
  21. Pada ruangan Industry, pilih bidang pekerjaan anda. Pilih Other sekiranya tidak berkaitan.
  22. Kemudian, tekan butang Next.
  23. Akan keluar mesej tertera Verification in progress. Sistem sedang memproses pendaftaran anda, dan akan mengambil masa sehingga 48 jam.
  24. Setelah pendaftaran anda diluluskan, anda perlu memasukkan RM20 ke dalam akaun anda ini. Anda boleh melakukannya secara online banking.
  25. Kemudian, tunggu kad BigPay untuk tiba ke alamat anda secara pos.
  26. Ikuti prosedur seterusnya untuk mengaktifkan kad anda. Proses pendaftaran BigPay anda akan selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian cara daftar BigPay ini akan dapat memberikan sedikit ilmu dan memudahkan lagi hidup anda.

Semoga bermanfaat.

11 thoughts on “Cara Daftar BigPay Malaysia (Register Online di bigpayme.com)”

  1. Hello , saya warganegara filipina tapi lahir dan membesar di malaysia dan tidak mempunyai IC tapi ada passport filipina . Nanti dah daftar masuk nationality dan number passport tu , dia akan hantar kad bigpay tu kat philippines kah or macam mana ? Saya di malaysia ni :/

    Reply

Leave a Comment