Cara Daftar JPJeBid (Register, Login & Semak Keputusan Online)

Khusus untuk anda yang ingin membida nombor pendaftaran kenderaan, kini anda boleh membida di JPJeBid dengan cepat dan mudah. Kali ini, kami akan menunjukkan kepada anda mengenai cara daftar JPJeBid terlebih dahulu sebelum dapat melakukan pembidaan.

Izikan kami berkongsi.

1. Apakah JPJeBid?

Sebagai tambahan, ini serba sedikit mengenai JPJeBid:

  • JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).
  • Sistem ini dilaksanakan pada 15 April 2019.
  • Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem mySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran.
  • Proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran, dan ketetapan aplikasi & akaun.
  • Semua proses di dalam JPJeBid dilakukan sendiri oleh pembida terlibat dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ.
  • Kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time di mana-mana sahaja dan tanpa mengira masa.
  • Melalui pelaksanaan JPJeBid, pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.

 

2. Cara daftar JPJeBid di jpjebid.jpj.gov.my

Berikut merupakan cara daftar JPJeBid melalui laman web JPJ:

  1. Layari website JPJ di sini: https://www.jpjebid.jpj.gov.my
  2. Anda akan dibawa ke laman utama Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian.
  3. Pilih Bahasa Melayu/English untuk digunakan semasa urusan.
  4. Tekan Daftar Baru.
  5. Pada laman seterusnya, sila isikan maklumat yang diminta.
  6. Masukkan Kategori.
  7. Masukkan Kad Pengenalan.
  8. Isi Captcha yang diberikan.
  9. Tekan Semak.
  10. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan seperti:
    • Nama/Nama Syarikat
    • Emel
    • Sahkan Emel
    • ID Pengguna
    • No. Telefon
    • Kata Laluan
    • Sahkan Kata Laluan Baru
  11. Jika sudah lengkap, tick pada kotak Saya bersetuju dengan Terma dan Syarat.
  12. Tekan Daftar.
  13. Tahniah! Pendaftaran anda telah berjaya.
  14. Anda akan menerima Notis Pemberitahuan yang bertulis: Pendaftaran berjaya. Pautan pengesahan akaun akan dihantar kepada e-mel pengguna dan perlu disahkan dalam tempoh 24 jam sebelum akaun JPJeBid diaktifkan.
  15. Sila semak e-mel daripada JPJeBID Support.
  16. Sila ikuti arahan yang diberikan untuk pengaktifan seperti: Sila tekan di sini.
  17. Anda akan menerima Notis Pemberitahuan yang bertulis: Akaun anda telah disahkan. Sila log masuk untuk mengakses akaun anda!
  18. Tekan Kembali.
  19. Sila Log Masuk seperti biasa.
  20. Selesai.

 

3. Cara register JPJeBid guna JPJeBid mobile app

Selain daftar JPJeBid menggunakan laman web, anda juga boleh cuba cara daftar JPJeBid melalui aplikasi di telefon pintar.

Mari ikuti cara-cara di bawah:

  1. Sila muat turun aplikasi JPJeBid di Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi JPJeBid di telefon pintar anda.
  3. Sila tekan Daftar Baru.
  4. Pilih Kategori.
  5. Isi No.Kad Pengenalan.
  6. Masukkan Captcha yang diberikan.
  7. Tekan Semak.
  8. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  9. Tick pada kotak persetujuan.
  10. Tekan butang Daftar.
  11. Pendaftaran anda telah berjaya.
  12. Sila buat pengesahan akaun melalui e-mel yang telah didaftarkan.
  13. Buka e-mel anda.
  14. Anda akan menerima e-mel pengesahan daripada JPJeBID Support.
  15. Ikuti arahan untuk pengaktifan.
  16. Sila tekan butang pengesahan yang disediakan.
  17. Pendaftaran anda telah berjaya.
  18. Tekan Kembali.
  19. Log Masuk seperti biasa.
  20. Tamat.

PERHATIAN

  • Sekiranya pengesahan tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, pendaftaran akan dianggap terbatal dan pendaftaran baru perlu diulang semula.
  • Cara daftar JPJeBid melalui laman web atau aplikasi adalah sama.

 

4. Cara guna dan bayar sistem JPJeBid

Di sini kami tunjukkan cara untuk menggunakan dan membuat pembayaran di sistem pembidaan JPJeBid. Cara-caranya adalah seperti di bawah:

  1. Layari laman web atau buka aplikasi JPJeBid.
  2. Pada halaman utama, sila pilih Bahasa untuk digunakan terlebih dahulu.
  3. Tekan Log Masuk.
  4. Kemudian, anda perlu masukkan ID Pengguna.
  5. Isikan Kata Laluan.
  6. Isi Captcha yang diberikan.
  7. Tekan Log Masuk.
  8. Laman utama akaun anda akan dipaparkan.
  9. Jadual Nombor Siri Terbaru akan dipamerkan.
  10. Tekan Cari Nombor.
  11. Kemudian, masukkan nombor yang anda mahu pada bahagian Carian Nombor.
  12. Hasil Carian akan terpapar.
  13. Sila pilih nombor pendaftaran kenderaan yang anda inginkan.
  14. Tekan Lagi.
  15. Maklumat bidaan mengenai nombor pendaftaran pilihan anda akan terpapar seperti:
    • Nombor
    • Kawasan
    • Jenis Nombor
    • Tarikh Mula
    • Tarikh Tamat
    • Bidaan Minima
    • Kenaikan Bidaan
  16. Sekiranya tiada apa-apa masalah, tekan Bida.
  17. Anda akan dibawa ke laman Bidaan.
  18. Jika anda setuju dengan notis Anda perlu membayar caj perkhidmatan bagi nombor kenderaan anda sebelum memulakan bidaan. Tekan Teruskan.
  19. Seterusnya, sila baca notis Terma & Syarat.
  20. Tekan Setuju.
  21. Anda akan dibawa ke bahagian Maklumat Pembayaran.
  22. Sila tick pada bulatan Jenis Kad pilihan anda untuk membuat pembayaran.
  23. Jika setuju dengan jumlah dan caj perkhidmatan, tekan Hantar.
  24. Anda akan dibawa ke laman Secure Payment Page.
  25. Sila lengkapkan semua bahagian maklumat yang diperlukan.
  26. Tekan Submit.
  27. Anda akan menerima notis Pembayaran anda telah diterima!
  28. Tekan Teruskan.
  29. Anda akan dibawa ke laman Bidaan.
  30. Anda akan lihat nombor pendaftaran kenderaan yang anda inginkan untuk dibida.
  31. Sila masukkan jumlah atau harga bidaan anda pada ruangan Bidaan Anda yang telah disediakan.
  32. Tekan Bida.
  33. Sila baca Terma & Syarat.
  34. Tekan Setuju.
  35. Pada bahagian Maklumat Pembayaran, sila pastikan butiran pembayaran anda tepat.
  36. Jika tiada masalah, tekan Hantar.
  37. Anda akan menerima notis confirmation Anda bersetuju membuat bayaran bidaan sebanyak RM bagi nombor siri anda.
  38. Jika setuju, tekan Setuju.
  39. Anda akan dibawa ke Secure Payment Page sekali lagi.
  40. Lengkapkan maklumat yang diminta.
  41. Tekan Submit.
  42. Tunggu seketika untuk pemprosesan.
  43. Anda akan menerima notis Pembayaran anda telah diterima!
  44. Tekan Kembali.
  45. Anda akan dibawa ke bahagian Bidaan.
  46. Maklumat Kedudukan bidaan anda akan terpapar.
  47. Sila semak maklumat kedudukan bidaan anda dengan kerap.
  48. Jika bidaan anda pada kedudukan yang rendah, sila naikkan lagi harga bidaan anda dan tekan Bida.
  49. Selesai.

PERHATIAN

  • Sekiranya anda tidak dapat membuat pembayaran harga bidaan anda, duit anda akan dikembalikan semula dalam masa 7 hari.
  • Jika bidaan anda menang, anda akan menerima emel. Sila cetak, muat turun, atau screenshot emel tersebut untuk tujuan rujukan.
  • Sila membuat pendaftaran nombor kenderaan tersebut dalam masa 12 bulan selepas hari bidaan anda berjaya dimenangi.

 

5. Semak keputusan JPJeBid

Selepas bida, anda boleh check result atau semak keputusan bidaan anda di https://www.jpjebid.jpj.gov.my

 

6. Tiada MySIKAP, boleh guna?

Tidak boleh. Untuk menggunakan sistem JPJeBid, pastikan anda mempunyai rekod di dalam sistem MySIKAP atau daftar MySIKAP JPJ terlebih dahulu.

 

7. Maklumat lanjut JPJeBid

Sekiranya anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan lanjut mengenai cara daftar JPJeBid, anda boleh menghubungi pihak JPJ di talian 03-8000 8000 atau menghantar faks ke nombor 03-8881 0194.

Anda juga boleh merujuk bahagian Soalan Lazim yang disediakan oleh pihak JPJ di sini: https://www.jpjebid.jpj.gov.my.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang memerlukan cara daftar JPJeBid dengan langkah yang lebih jelas dan ringkas.

Kepada anda yang mempunyai saman JPJ, jangan lupa bayar saman anda secepat mungkin. Anda sudah tidak perlu peram saman lama-lama sebab sekarang dah boleh bayar saman JPJ online.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment