Cara Bayar Saman JPJ Online (Check di www.jpj.gov.my & MYEG)

Berdegup kencang jantung bila terasa ada kamera AES yang menangkap gambar kenderaan kita di jalan raya. Terus rasa tak senang hati dan mahu cari cara check saman JPJ. Dalam hati, tak lekang berdoa agar tiada rekod saman dalam JPJ online. Dan mulalah fikir, kalau kena, macam mana cara nak bayar saman JPJ nanti?

Apa tidaknya, pasti pening kepala bila kena saman kan?. Duit yang ada pun, lebih baik guna untuk perkara-perkara yang lain.

Jika anda tergolong antara orang-orang yang bimbang kena keluar duit untuk bayar saman JPJ, apa kata kita buat semakan terlebih dahulu. Mana tahu ada diskaun?

Jika ada saman polis trafik, baca juga cara bayar saman PDRM online.

Cara check saman JPJ

#1 Guna portal JPJ & AES (Rasmi)

Menggunakan nombor kad pengenalan sahaja

  1. Pergi ke laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2. Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
  3. Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
    1. ID Sahaja
      1. Pilih ruang Kategori ID
      2. Masukkan No ID
      3. Masukkan Kod Sekuriti.
      4. Tekan butang Semak

Menggunakan nombor kad pengenalan dan nombor plat kenderaan

  1. Pergi ke laman web rasmi JPJ di sini: https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  2. Di bahagian perkhidmatan, pilih Semakan Saman JPJ & AES
  3. Di bahagian pilihan carian, terdapat 2 kategori:
    1. ID & No. Kenderaan
    2. Pilih kategori ID.
    3. Masukkan No. ID
    4. Masukkan nombor pendaftaran kenderaan di ruang Vehicle Registration No.
    5. Masukkan Kod Sekuriti.
    6. Tekan butang Semak

 

#2 Guna portal MYEG

Selain guna portal JPJ online, guna MYEG adalah lebih mudah.

Ini kerana kita boleh buat semakan untuk saman JPJ dan saman polis sekaligus. Semuanya ada dalam satu tempat.

  1. Pergi ke laman web MYEG di https://myeg.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu e-Services dan pilih JPJ. Anda juga boleh semak saman PDRM dan AES.
  6. Masukkan nombor kad pengenalan dan pilih kategori
  7. Selepas itu, klik Submit dan akan keluar paparan samada anda ada saman atau tidak

 

#3 Melalui portal RILEK

Selain MYEG, anda juga boleh check saman online menggunakan RILEK.

  1. Pergi ke laman web RILEK di https://rilek.com.my
  2. Sila daftar terlebih dahulu
  3. Jika sudah mendaftar, hanya perlu login menggunakan username & password
  4. Jika terlupa password, klik terlupa kata laluan
  5. Pergi ke menu “Search By” dan pilih untuk semakan saman JPJ
  6. Masukkan butiran yang diminta dan klik Semak
  7. Untuk makluman, anda juga boleh buat semakan saman polis melalui RILEK

 

#4 Cara semak saman JPJ guna SMS

Jika sukar untuk guna Internet, boleh sahaja semakan saman guna SMS. Lebih pantas dan laju, cuma ada sedikit kos.

Semak saman JPJ SMS (guna nombor IC)

  1. Taipkan JPJ Saman <jarak> No Kad Pengenalan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN 920101142533

Semak saman JPJ SMS (guna nombor kenderaan)

  1. Taipkan JPJ Saman <jarak> No plat kenderaan
  2. Hantarkan ke 15888

Contoh (bukan yang sebenar): POLIS SAMAN WWW8888
Kenderaan itu termasuklah kereta, motor, lori dan lain-lain. Bermakna semua kenderaan yang berdaftar dengan JPJ.

 

Cara bayar saman JPJ

Sebelum itu, bagi yang ingin membayar melalui JPJ, anda perlu tahu bahawa saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ terbahagi kepada dua:

  1. Saman Yang BOLEH Dikompaun
    1. Boleh dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam saman tersebut.
  2. Saman Yang TIDAK BOLEH Dikompaun
    1. Perlu diselesaikan di MAHKAMAH yang ditetapkan dalam notis saman.

 

#1 Di mana boleh bayar saman JPJ?

Saman tersebut boleh dibayar:

  1. Mana-mana Pejabat JPJ Negeri, Cawangan dan Pejabat Kecil JPJ.
  2. Melalui perkhidmatan MYEG E-Services. Boleh login MYEG di sini.

Cara membayar saman di JPJ

  1. Hadir ke Pejabat JPJ yang berkenaan untuk menuntut kenderaan dengan membawa:
  2. Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan Salinan saman JPJ (P) 22dengan jumlah bayaran.
  3. Bagi saman Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan Bersama saman JPJ (P) 22 dan jumlah bayaran.
  4. Bayaran boleh dilakukan secara tunai.
  5. Bayaran melalui Wang Pos/Bank Draf boleh dilakukan setelah kadar kompaun diketahui.
  6. Bayaran melalui E-Services juga boleh dilakukan.

 
NOTIS:

  1. TIADA RAYUAN untuk mengurangkan kadar kompoun.
  2. Kadar kompaun TELAH DITETAPKAN di dalam system JPJ.

 
Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG1, bayaran boleh dilakukan melalui laman web:

  1. https://www.eservices.com.my
  2. https://www.rilek.com.my
  3. https://www.myeg.com.my

 

Akhir kalam 

Sebagai kesimpulannya, janganlah terlalu risaukan tentang saman JPJ. Dengan portal JPJ online, anda boleh semak samada kena saman atau tidak.

Tambahan lagi, jika kena saman sekalipun, ada banyak cara untuk membayar saman kerana kita mempunyai kaedah tradisional dan moden.

Oleh itu, jika anda ada tunggakan saman, cepat-cepatlah bayar supaya kenderaan anda disita. Bagi yang ingin menyelamatkan dompet, ikutlah peraturan jalan raya bagi mengelakkan duit anda ‘terbang’.

Diharapkan agar perkongsian cara bayar saman JPJ ini akan memudahkan lagi urusan anda. Jangan lupa semak saman polis jika ada.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment