5 Cara Buat Lelaki Rindu (Isteri Perlu Tahu Perangai Suami)

Untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan, semestinya banyak cara yang harus dilakukan oleh isteri mahupun suami. Sebagai contoh, mesti ada isteri yang ingin tahu macam mana cara untuk buat lelaki rindu iaitu suami tersayang.

Nak jadi manis bersemut dan romantik, bukan sebelum kahwin sahaja. Selepas berkahwin juga haruslah memastikan hubungan itu semakin kuat dan sayang. Cuma itulah, kadang-kadang kita sebagai orang perempuan langsung tak tahu apakah antara tanda-tanda lelaki rindu kita?

Apakah tanda-tanda lelaki rindu?

Apabila lelaki sudah rindu, ada di antara mereka yang tidak mahu menunjukkan yang mereka sebenarnya rindu. Senang cerita, ego. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumahtangga. Semuanya suami buat tidak tahu.

Jadi, macam mana nak tahu tanda lelaki rindu dalam diam?

Berikut merupakan beberapa tanda lelaki rindu kita tetapi langsung tak nak mengaku:

  1. Kerap menghubungi anda.
  2. Sentiasa cuba menarik perhatian anda.
  3. Tiba-tiba hendak cari gaduh dengan anda.
  4. Selalu ada untuk anda.
  5. Sentiasa mencari topik atau alasan untuk menegur anda.

Kerjasama mestilah datang dari kedua belah pihak. Jadi tidak salah kalau sekali sekala isteri kena berusaha lebih sikit untuk suami. Jika anda adalah seorang isteri yang ingin tahu cara dan apakah tanda si dia rindu pada anda.

Mari ikuti perkongsian kami.

5 cara buat lelaki rindu pada kita

Berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda cuba untuk buat sang suami rindu pada anda. Selamat mencuba.

1. Cara buat lelaki rindu dengan duduk berjauhan selama beberapa hari

Anda jangan salah faham dulu dengan cara ini. Bukan nak suruh anda jadi isteri derhaka atau nusyuz pada suami. Sudah semestinya tempat seorang isteri di sisi suami.

Tetapi, tidak salah kalau ada masanya anda cuba me time dengan bercuti ke tempat-tempat yang anda nak pergi tanpa si dia.

Namun begitu, pastikan anda menjaga batas sebagai seorang isteri. Kalau nak bercuti dengan kawan-kawan pastikan dengan kawan perempuan sahaja. Tanpa suami di sisi tidak bermakna anda bebas buat apa sahaja.

Sudah menjadi lumrah, bila dekat asyik nak bergaduh sahaja tetapi bila jauh mula rasa rindu. Begitulah situasi yang kita inginkan dengan si dia. Apabila anda berjauhan dari dia, pasti dia akan merindukan masa-masa bersama anda.

 

2. Selalu pakai perfume favourite dia

Kalau anda nak tahu, pemakaian perfume atau minyak wangi mampu membuatkan seseorang ingat pada kita. Jadi kalau nak buat suami selalu teringat dan rasa rindu pada anda, rajin-rajinlah pakai minyak wangi kesukaan si dia.

Bukan setakat rindu sahaja yang anda dapat, tetapi pemakaian minyak wangi juga mampu memberikan keseimbangan kepada emosi seseorang. Ditambah pula dengan baunya yang harum.

Ia akan meningkatkan daya tarikan anda dan buat si suami tak senang duduk.

Walau bagaimanapun, jangan pakai minyak wangi berlebihan sehingga boleh dihidu oleh bukan mahram. Ia adalah perkara yang dilarang di dalam Islam. Tetapi, kalau pakai minyak wangi untuk suami sama sekali tidak salah malah digalakkan.

 

3. Kalau tak ada depan mata, rajin-rajinlah Whatsapp atau buat video call

Ini adalah salah satu cara buat lelaki rindu dengan sangat mudah dan cepat. Hanya dengan berbekalkan telefon pintar anda, anda sudah boleh buat si dia rindu pada anda.

Untuk pasangan suami isteri yang jarang ada masa bersama, cubalah selalu Whatsapp atau buat video call.

Anda tidak perlu tanya soalan panjang lebar atau hantar ayat-ayat romantik yang nampak cliche. Takut nanti si dia bosan pula jadinya. Cukup sekadar bertanya khabar hanya untuk memastikan si dia tahu anda selalu ambil berat tentangnya walaupun jauh dari mata.

Cara macam ini pun boleh buat lelaki rindu sebab anda selalu ada untuk dia. Andai kata satu masa nanti, tiba-tiba anda terpaksa berjauhan dari dia, semestinya si dia rasa sunyi tanpa anda.

Orang kata “biar jauh di mata, dekat di hati”.

 

4. Cuba mainkan lagu favourite anda ketika bersama dia

Semua orang mesti ada lagu-lagu yang dia suka. Tidak kiralah anda suka menyanyi atau tidak, pasti akan ada satu lagu yang menjadi kesukaan anda.

Anda boleh cuba cara ini untuk buat si dia rindu pada anda. Semasa anda meluangkan masa bersama-sama si dia, pastikan anda selalu mainkan lagu favourite anda.

Apabila dia sudah biasa dengar lagu yang anda suka mainkan, mesti ada ketika bila anda tidak bersama dengannya, lagu itu akan membuatkan si dia rindu dan terbayang-bayang wajah anda. Lagu mampu membuatkan seseorang mengenang kembali memori bersama insan tersayang.

Silap haribulan, lagu itu mungkin menjadi lagu favourite dia pula.

 

5. Cara buat lelaki rindu dengan selalu bagi suami rasa air tangan isteri

Anda mesti sudah biasa dengar ayat ini bukan? Orang tua-tua kata kalau nak pikat suami, pikatlah perutnya dulu. Ini adalah cara yang paling berkesan untuk anda cuba. Anda boleh selalu masak makanan kegemaran si dia.

Walaupun sebenarnya memasak ini bukan tugas isteri, tetapi tidak salah kalau anda nak berusaha mengeratkan lagi hubungan suami isteri menggunakan air tangan anda. Anda tidak perlu malu kalau anda tidak hebat memasak. Masak sahaja mengikut kemampuan anda.

Sekarang ini, semua maklumat di hujung jari. Kalau anda rasa teringin nak masak lauk kesukaan si dia tetapi tidak tahu resepi, anda boleh rujuk sahaja Google untuk dapatkan resepi lauk yang anda inginkan.

Air tangan isteri adalah antara kunci utama untuk buatkan lelaki yang bergelar suami sentiasa rindukan anda dan bertambah-tambah kasih sayang si dia kepada anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan petunjuk kepada isteri-isteri di luar sana yang ingin tahu bagaimana cara buat lelaki rindu.

Setiap perkahwinan ada naik dan turunnya, namun sentiasalah berusaha untuk mencari kebahagiaan yang berpanjangan bersama insan tersayang. Sesungguhnya perasaan cinta dan rindu itu adalah naluri yang sangat indah diciptakan oleh Allah S.W.T.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment