Cara Bayar Saman JPJ Secara Online (public.jpj.gov.my)

Kalau anda seorang pemandu yang jenis tak ikut peraturan, tentu ada banyak saman. Selain PDRM yang membolehkan orang awam bayar saman polis online melalui mybayar.rmp.gov.my, JPJ juga tidak ketinggalan. Jadi, teruskan membaca untuk dapatkan cara bayar saman JPJ secara online melalui public.jpj.gov.my.

Cara bayar saman online di MySIKAP

Berikut ialah cara untuk membuat pembayaran saman JPJ secara online. Namun, sebelum boleh menggunakan perkhidmatan MySIKAP, anda perlu mengikut langkah-langkah untuk buat pendaftaran dan login.

Kami akan kongsikan satu persatu.

#1 Cara daftar MySIKAP untuk bayar saman JPJ

Pendaftaran MySIKAP tidak boleh dilakukan secara online. Pendaftaran perlu dilakukan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan yang berhampiran dengan tempat anda.

  • Anda perlu membawa MyKad / MyPR / Passport
  • Nombor Rujukan akan diberikan sejurus proses pendaftaran selesai.
  • Nombor rujukan ini akan digunakan untuk proses daftar masuk kali pertama.

Pendaftaran peribadi ialah bagi kategori pengguna awam seperti berikut:-

  • Orang awam Malaysia yang mempunyai MyKad yang sah
  • Penduduk tetap Malaysia yang mempunyai MyPR yang sah
  • Pemegang passport yang belum tamat tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh pendaftaran ID mySIKAP
  • Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun
  • Mempunyai sekurang-kurangnya satu rekod dengan JPJ

 

#2 Cara login MySIKAP pertama kali

Selepas dapat nombor rujukan dari JPJ, anda perlu masuk buat pertama kali.

  1. Klik pautan ini untuk daftar masuk buat kali pertama: https://public.jpj.gov.my/public/login.zul
  2. Masukkan nombor rujukan seperti yang diberi di kaunter JPJ
  3. Lengkapkan butiran peribadi seperti berikut:
    • No MyKad
    • Telefon Bimbit
    • E-mel
    • Pengesahan E-mel (Masukkan email sekali lagi)
    • Masukkan Kod Sekuriti
  4. Tekan butang Teruskan
  5. Sahkan pendaftaran
  6. Semak email untuk memastikan pendaftaran berjaya

 

#3 Cara login MySIKAP di public.jpj.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MySIKAP di sini: https://public.jpj.gov.my
  2. Di bahagian Pilihan Bahasa, pilih bendera Malaysia untuk Bahasa Melayu
  3. Seterusnya, pilih Warganegara jika anda ingin buat pembayaran bagi individu atau orang persendirian
  4. Sebaliknya, pilih Syarikat jika anda ingin buat pembayaran atas kapasiti company
  5. Masukkan ID Pengguna
  6. Masukkan Kata Laluan
  7. Masukkan Kod Sekuriti seperti yang terpapar
  8. Tekan butang Log Masuk
  9. Jika tiada apa-apa masalah, anda akan boleh masuk ke dalam sistem MySIKAP

 

#3 Cara bayar saman JPJdi public.jpj.gov.my

  1. Tukar bahasa dari English ke Bahasa Malaysia untuk memudahkan lagi proses untuk mendaftar
  2. Tekan butang DAFTAR
  3. Anda juga boleh terus klik pautan ini untuk mendaftar: https://mybayar.rmp.gov.my/registration
  4. Isikan maklumat yang dikehendaki seperti berikut:
    • Nama Penuh
    • Nombor Kad Pengenalan
    • Alamat Penuh
    • Poskod
    • Negeri
    • Email
    • Nombor Telefon Bimbit
  5. Tekan butang SETERUSNYA
  6. Masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang anda daftarkan sebentar tadi
  7. Masukkan Kata Laluan yang dipilih
  8. Sahkan Kata Laluan
  9. Semak email untuk confirm pendaftaran berjaya

 

#2 Login MyBayar di mybayar.rmp.gov.my

  1. Layari laman web rasmi MyBayar di https://mybayar.rmp.gov.my
  2. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Kad Pengenalan anda
  3. Masukkan Kata Laluan
  4. Tekan butang LOG MASUK
  5. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah, anda akan berjaya masuk ke dalam sistem MyBayar Saman

 

#3 Cara check saman dan bayar di MyBayar Saman

  1. Pastikan anda sudah berjaya login mengikut panduan yang kami kongsikan seperti di atas
  2. Lihat paparan berapa Saman Belum Jelas
  3. Lihat Jumlah Kompaun dalam nilai Ringgi Malaysia
  4. Pilih saman yang anda ingin buat pembayaran
  5. Jika tidak mahu bayar semua, pilih mana yang penting dahulu
  6. Akan tertera jumlah saman di bahagian bawah skrin
  7. Teruskan dengan buat pembayaran secara FPX atau kad kredit VISA / Master Card:
    • Perbankan Atas Talian (FPX)
      • Maybank2u
      • CIMB Clicks
      • RHB Bank
      • Public Bank PBe
      • Hong Leong HLB Connect
      • AffinOnlie
      • AGRONet
      • AmOnline
      • i-Muamalat
      • i-Rakyat
      • myBSN
      • HSBC Online Banking
      • KFH Online
      • OCBC Online Banking
      • SC Online Banking
      • UOB Internet Banking
    • Perbankan Atas Talian (FPX – Bisnes)
    • Kad Kredit
  8. Tekan butang Bayar Sekarang
  9. Teruskan sehingga selesai
  10. Selepas siap semuanya, anda boleh muat turun resit pembayaran
  11. Jika tidak muat turun sekarang, anda boleh  semak email untuk download resit pembayaran pada masa akan datang

 

Cara bayar saman untuk company

Pembayaran saman trafik di mybayar.rmp.gov.my adalah untuk kenderaan persendirian sahaja. Ini kerana anda hanya boleh memasukkan nombor Kad Pengenalan sahaja. Buat masa ini, tiada ada ruang untuk memasukkan nombor pendaftaran syarikat.

Jadi, bagi anda yang ingin bayara saman untuk company, kami nasihatkan anda hadirkan diri di Cawangan Trafik yang berhampiran dan buat pembayaran di sana.

 

Akhir kalam

Kami menyambut baik atas inisiatif PDRM melancarkan MyBayar Saman ini.

Selain SSO PDRM yang boleh digunakan untuk check saman polis sebelum ini, kami rasa MyBayar Saman ini lebih canggih lagi. Antaramuka UI/UX sangat moden. Terasa seperti menggunakan sistem e-commerce dan bukan sistem tipikal kerajaan.

Kami juga berharap agar perkongsian mengenai cara bayar saman PDRM online ini akan memudahkan lagi urusan pembayaran anda.

Syabas PDRM!

Leave a Comment