Bantuan Banjir Untuk Pelajar IPT 2023

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersedia untuk memberikan bantuan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang terkesan dengan bencana banjir yang semakin buruk di Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Timbalan Menteri, Datuk Mohammad Yusof Apdal menyatakan bahwa pihaknya sedang mengumpulkan data untuk menentukan bentuk bantuan yang sesuai dan pelajar yang benar-benar terkesan dengan banjir di empat negeri tersebut.

“Kebiasaannya KPT akan menyalurkan bantuan dan menggerakkan sukarelawan untuk membantu pelajar-pelajar IPT yang terkesan dengan bencana seperti banjir ini,” ujarnya. “Kami akan melihat masalah yang dihadapi oleh pelajar dan jika ada masalah berkaitan dengan tempat tinggal yang tidak selesa didiami dek banjir, kami akan menempatkan mereka di lokasi lain yang lebih sesuai,” tambahnya.

Sementara itu, Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Profesor Ts Dr. Massila Kamalrudin menyatakan bahwa kira-kira 500 sukarelawan Tuah VT sudah siap untuk digerakkan untuk membantu mangsa banjir di negeri-negeri yang terlibat.

Pasukan ini terdiri dari 300 pelajar dan 200 kakitangan UTeM yang mahir dalam pengurusan pasca banjir dan siap digerakkan pada bila-bila masa sahaja jika mendapat arahan dari KPT. Pasukan sukarelawan tersebut, sebelum ini juga pernah terlibat dalam misi membantu mangsa banjir teruk di Kelantan pada November 2022 yang lalu.

Berdasarkan laporan Bencana Nasional, Pusat Kawalan Operasi Pusat, Ibu Pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) hari ini, jumlah keseluruhan mangsa meningkat menjadi 12,231 dengan lapan kematian sehingga hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan pagi ini juga menyatakan bahwa keadaan hujan dijangka akan terus berlangsung di beberapa tempat di Kudat, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah, serta di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Sumber: Malaysia Gazette

Leave a Comment