Andai Ini Ramadan Terakhir di TV Al Hijrah (Ramadhan 1442H)

TV AlHijrah telah memulakan kempen Ramadan dengan menyiarkan barisan rancangan-rancangan yang memanfaatkan penontonnya bermula 6 April 2021 yang lalu. Kempen ini akan dilaksanakan sehingga Ramadan terakhir 1442H.

Rancangan terbaik

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris TV AlHijrah meneruskan tradisi perkongsian ilmu dan kebaikan menerusi siaran rancangan-rancangan terbaik Ramadan 1442H kali ini.

“Setelah diperhalusi dan diteliti, TV AlHijrah mengangkat tema Andai Ini Ramadan Terakhir sebagai tunjang penerbitan setiap rancangan Ramadan stesen kami.

“Menerusi tema ini, kita mahu saling ingat mengingati sesama insan bahawa kematian itu pasti menjemput tanpa mengira pangkat, darjat mahupun harta. Untuk itu, kita perlu berterusan meningkatkan amalan dan berbuat kebaikan apatah lagi di bulan Ramadan, bulan yang dipenuhi berkat dan keampunanNYA.

“Kita mahu semua yang menonton TV AlHijrah pada Ramadan kali ini beroleh manfaat serta menanam semangat dan iltizam untuk mempertingkatkan amalan hingga ke hari terakhir Ramadan seterusnya mengekalkannya sepanjang kehidupan.” tambah beliau lagi.

Perencanaan kempen Andai Ini Ramadan Terakhir ini didokong oleh dua belas program baru yang akan menjadi panduan buat penonton dalam usaha membudayakan ibadat berpuasa mengikut sunnah Baginda Rasulullah SAW.

 

Senarai rancangan

Rancangan-rancangan tersebut adalah rancangan bual bicara Sebuah Kehidupan, Drama Andai Ini Ramadan Terakhir, Aura Al-Qadar, animasi Omar dan Hana, rancangan masakan Camca, Ihya Ramadan, Ittabiouni, Dokumentari Al-Farabi, My # HadithTime, Haflah, E-Kaunter Netizen dan Hijrah Berselawat,

Namanzee turut berkata bahawa disamping program-program yang disiarkan di televisyen, TV AlHijrah turut melancarkan dua inisiatif lain untuk Ramadan iaitu inisiatif platform media digital dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Ujar beliau, tiga rancangan baharu akan menemui pelayar laman Facebook TV AlHijrah sepanjang Ramadan iaitu rancangan Ah-Liow Kitchen, Sabar with Sabran dan juga program tinjauan orang ramai (Vox Pop) seandainya mereka mengetahui ini adalah Ramadan terkhir buat mereka. Buat pertama kalinya, stesen ini turut menganjurkan pertandingan menulis esei Andai Ini Ramadan terakhir yang menawarkan hadiah lumayan buat pemenang.

“Selain itu, kami turut gerakkan Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah yang akan turun padang menyantuni masyarakat serta berdakwah melalui frontliner. 10 buat motosikal yang membawa imej TV AlHijrah akan menyantuni dengan membuat edaran bubur lambuk resepi Kampung Baharu.

 

Lokasi Skuad Bubur Lambu

Lima belas lokasi terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang menjadi lokasi tumpuan masyarakat setempat akan dilawati Skuad Bubur Lambuk TV AlHijrah. Antaranya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur, perkampungan Orang Asli Gombak, Kawasan sekitar Chow Kit, stesen LRT dan banyak lagi lokasi tumpuan lain.

Jadi, jangan lupa untuk menjadikan TV AlHijrah sebagai ladang ilmu anda pada bulan Ramadan ini. Banyak perkongsian bermanfaat penonton pelbagai lapisan usia telah disediakan. Layari laman sesawang TV AlHijrah www.tvalhijrah.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Comment