Sebab Berhenti Kerja (Contoh Alasan Terbaik & Munasabah)


Jika anda sedang membaca ini, tentu sekali anda sedang mencari alasan apa untuk berhenti kerja. Selalunya, dalam keadaan begini, contoh surat berhenti kerja sudah ada, tetapi masih blank, apa alasan berhenti kerja yang munasabah yang boleh ditulis.

Langkau artikel ini untuk contoh surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris.

Sebab berhenti kerja dengan alasan yang munasabah

Alasan berhenti kerja

Izinkan kami permudahkan kerja anda. Boleh gunakan untuk cari sebab serta alasan terbaik, kukuh, logik dan munasabah untuk berhenti kerja.

Rujuk dahulu sebab berhenti kerja di bawah ini yang lebih kepada konteks orang Malaysia. Jika mahukan contoh lain yang lebih lagi dalam Bahasa Inggeris, boleh rujuk Indeed di sini.

Berhenti kerja sebab sakit

Berhenti kerja kerana masalah kesihatan ialah alasan berhenti kerja yang paling selalu digunakan, dan selalunya majikan tidak boleh tolak.

Bila sudah sakit terlalu lama, kita juga tidak sedap hati. Terasa malu pula ambil gaji tiap-tiap bulan, tetapi tidak buat kerja apa-apa. Keputusan terakhir, berhenti kerja kerana sakit.

Jika majikan faham kondisi kita, tidak mengapa. Sebaliknya, jika ada yang tidak faham, dan masih lagi memaksa buat kerja, lebih baik lepaskan sahaja.

Sebelum hantar surat berhenti kerja, sediakan dulu surat laporan doktor yang menunjukkan kita tidak sihat. Walau apa pun alasan sakit kita, pastikan majikan tahu alasan konkrit kita untuk berhenti kerja.

Sediakan surat berhenti kerja kerana masalah kesihatan. Dalam surat berhenti kerja itu nanti, masukkan sekali butiran seperti masa yang digunakan untuk berulang-alik dari rumah ke hospital, kos pengangkutan dan juga kos ubat-ubatan.

Jika boss ada rasa belas kasihan dan toleransi, dia akan bantu dan counter offer. Jika tiada belas kasihan, lebih baik kita redha. Mudah-mudahan, Allah akan berikan rezeki yang lebih baik.

 

Berhenti kerja kerana masalah keluarga

Orang yang tidak mengalami rumah tangga dan keluarga yang pecah belah, tak akan faham.

Bila mak ayah mula bergaduh, suami isteri meninggi suara, adik beradik bertekak sebab harta, anak-anak terbiar, semua ini akan memberi kesan kepada prestasi kerja.

Tidak kisah masalah keluarga anda yang mana satu, terangkan sahaja pada majikan. Tidak perlu butiran lanjut untuk masalah keluarga atau masalah rumahtangga yang dihadapi. Cukup sekadar buat majikan faham.

 

Berhenti kerja sebab kahwin

Alasan ini masuk akal dan munasabah. Buat apa kerja penat-penat, tapi suami tak terjaga?

Bagi muslimah-muslimah yang bercadang untuk berhenti kerja selepas berkahwin, carilah ilmu rumahtangga untuk melayan suami dalam melayari hidup berpasangan.

Jika selepas berkahwin, akan ikut suami yang bekerja di tempat yang jauh dari tempat sekarang, itu lebih munasabah.

Seperti yang telah diberitahu, persediaan penting ialah cari ilmu rumahtangga. Selain itu, pastikan ada hobi yang tersendiri, takut-takut rasa bosan bila berseorangan di rumah nanti.

Surat berhenti kerja yang bakal dihantar nanti, nyatakan dengan jelas alasan ini.

 

Berhenti kerja sebab mengandung

Logiknya, selepas berkahwin, akan mengandung bukan?

Ada yang mengalamai alahan yang teruk. Asyik muntah-muntah dan pening sepanjang berada di pejabat.

Untuk mengelakkan dari menyusahkan orang lain, ada yang memilih untuk menggunakan alasan hamil atau mengandung.

Bincang dengan boss baik-baik. Harap-harap, selepas bersalin, boss boleh tawarkan kerja semula.

 

Berhenti kerja jaga anak

Dan logik seterusnya, selepas hamil, akan bersalin bukan?

Selain dari mengandung, ada juga yang berhenti kerja jaga anak. Ada jenis yang sayangkan anak dan tidak boleh berpisah. Walaupun cuma beberapa jam, meleleh air mata kerana rindukan anak.

Cuma janganlah tulis alasan yang emosi ini.

Tulislah alasan dalam surat berhenti kerja, untuk menjaga anak kerana tiada sesiapa yang dapat menjaga anak di rumah. Mahu hantar ke nursery atau penjaga, kos lagi. Belum tentu dipercayai.

Maka, lebih baik jaga sendiri. Percayalah, menjadi suri rumah adalah impian semua ibu-ibu.

 

Berhenti kerja untuk berniaga

Benar, sebahagian besar rezeki datangnya dari berniaga. Memang boleh untuk tulis alasan berhenti kerja untuk berniaga.

Cuma pastikan modalnya ada. Jangan pula mahu meminjam sana-sini semata-mata untuk memulakan bisnes.

Pastikan juga, jika benar-benar mahu berniaga, sudah ada untung yang dijana. Buat kerja sambilan terlebih dahulu, semasa bekerja. Agak-agak apabila duit income kerja sambilan sudah sama dengan kerja full-time, barulah boleh kerja sendiri.

Jangan tak percaya, ada juga yang berhenti kerja sebab buat Grab! Ya, dia jadikan ini kerjaya sepenuh masa.

Apa-apa pun, paling penting, jika bekerja sendiri nanti, jangan sesekali meminjam duit kawan-kawan pejabat yang lama. Jangan menyusahkan orang lain.

 

Berhenti kerja kerana berpindah

Alasan ini masuk akal.

Yang tidak masuk akal, bila ingin berpindah, masih lagi belum cari kerja baru. Ini cari nahas maksudnya.

Sebelum menyerahkan notis berhenti kerja, survey-survey dulu kerja di tempat baru yang bakal kita tinggal.

Ikut suami atau ikut mak ayah pindah, itu sudah pasti akan terjadi. Yang belum pasti ialah kerja untuk kita isi perut sendiri.

 

Berhenti kerana sambung belajar

Selalunya, orang yang pilih alasan ini ialah orang yang bekerja secara part time. Samada semasa menunggu keputusan SPM, STPM atau keputusan peperiksaan dari universiti semasa cuti semester.

Datang cara baik, maka pergi cara baik. Jangan sesekali menipu majikan. Satu hari nanti, jika kita ada masa terluang dan mahu mencari duit poket, boleh lagi datang kerja di tempat sekarang ini.

 

Berhenti kerana tekanan

Ada juga yang berhenti kerja sebab stress. Selalunya terbahagi kepada tiga, iaitu i) tekanan dari boss yang kita report, tekanan dari kawan-kawan iaitu rakan sekerja, dan juga tekanan kerja itu sendiri yang berlambak-lambak.

Bila kerja terlalu banyak, tiada yang menolong, dan langsung tiada support, ada yang sudah tidak tahan dan rasa ingin mahu menjerit.

Sebelum masalah menjadi lebih besar, jika benar-benar tidak tahan, berhentilah cara baik. Jangan pergi begitu sahaja, tanpa memberitahu apa-apa.

Tuliskan alasan berhenti kerja kerana tekanan ini dalam surat berhenti kerja. Biar majikan tahu, apa sebab kita berhenti. Semoga tekanan yang kita hadapi, tidak akan dihadapi oleh pekerja-pekerja lain.

 

Berhenti kerana boss

Lebih kurang sama dengan alasan berhenti kerja sebab tekanan. Namun, berhenti kerja kerana boss adalah lebih spesifik.

Memang ramai yang mengalami masalah dengan boss dan berperangai mengarut dan macam-macam. KPI juga tidak masuk akal.

Maka, jalan terakhir ialah berhenti kerja secara berhemah.

Jika malu atau segan untuk menulis alasan bahawa boss adalah puncanya, boleh selindungkan diri dengan menulis sebab tekanan.

 

Berhenti kerana Allah

Ini tahap paling tinggi sekali. Walaupun tidak salah untuk berhenti kerja kerana Allah, pastikan isteri dan anak-anak cukup wang untuk kegunaan seharian.

Jika sudah ada berjuta-juta ringgit dalam akaun bank, dan mahu berhenti kerja untuk menyebarkan dakwah, dipersilakan.

Pastikan ada orang yang jaga dan tengok-tengokkan anak sementara dalam musafir.

 

Alasan pertukaran tempat kerja

Bolehkah gunakan sebab untuk berhenti kerja sebagai alasan pertukaran tempat kerja juga?

Jawapannya boleh.

Contohnya, jika suami berada di Kelantan dan anda berada di Selangor. Daripada berhenti kerja, jika ada kekosongan di Kelantan, boleh sahaja ajukan surat permohonan pindah tempat kerja.

Cuma ada perlu ubah sedikit alasan yang kami berikan contoh di atas mengikut kesesuaian.

 

Akhir kalam

Alasan pertukaran tempat kerja

Berhenti kerja itu mudah. Namun, menjalani kehidupan selepas itu amat sukar. Makan gaji atau bekerja sendiri, itu adalah pilihan peribadi.

Jangan sampai nak sangat berhenti kerja, tapi hutang banyak. Ia akan jadi mudarat suatu hari nanti.
Fikir masak-masak, tanya pasangan terlebih dahulu. Bincang elok-elok. Jangan sesekali menipu.

Yang terbaik, lakukan solat istikharah, minta petunjuk dari Allah.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • sebab berhenti kerja
  • nak berhenti kerja tapi takut
  • surat berhenti kerja masalah di tempat kerja

3 thoughts on “Sebab Berhenti Kerja (Contoh Alasan Terbaik & Munasabah)”

  1. Berhenti kerja kerana Allah tidak hanya tentang berdakwah. Boleh jadi lari dari kerja yang menyekutukan Allah.

    Bukan Wang berjuta2 ringgit yang penentu rezeki. Bahkan wang itu juga rezeki dari Allah.
    Adakah kita mengatakan walauoun berhenti kerja kerana Allah tetapi jika wang tak cukup maka kita susah? Wang lebih berkuasa dari Allah?
    Untuk berada dijalan Allah maka mesti wang redha dengan kita?

    Reply
  2. Saya baru kerja 6 bulan dah rasa nak berhenti sebab salah satu staf ni adalah jiran saya. Saya tertekan sebab dia bawa masalah dia bergaduh dengan jiran saya ke pejabat, bila gi kerja dia akan tanya pasal masalah dia bergaduh dgn jiran saya.Saya tiada kena mengena.. Saya tidak tahu. Bila emosi dia terganggu memikirkan hal tersebut dia berangin, marah dan kadang 2 pasal kerja. Bila dia bagi kerja dekat saya, dia bagi arahan, saya ikut arahan yg dia bagi tapi bila saya siapkn kerja dia beri,dia ckp saya x fhm apa dia suruh buat sedangkan dia ckp mcmtu dan dia x mengaku dia ckp mcmtu. Tiap2 hari saya stress sampaikan saya tidak boleh tidur, banyak fikir mcm mana nak berhenti. Nak bagi sebab apa nk berhenti. Saya buntu sebab dia mengharapkn saya kerja lama di situ. Apa alasan yang kukuh utk saya berhenti?

    Reply
  3. pilih saje alasan diatas…..janji aade alasan….lepas bagi kite belah jee lantak diaa…..jangan fikir2 lagi….cari rezeki kat tempat…….kena ade buah mcam ni ….lantak kau lah…..

    Reply

Leave a Comment