Adab Masuk Tandas Dalam Islam (Mengikut Sunnah Rasulullah)

Tandas adalah tempat yang kotor. Kita tidak digalakkan tinggal lama di dalamnya kecuali sekadar untuk keperluan membuang air. Berikut kami kongsikan adab masuk tandas seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Adab masuk ke tandas

Berikut ialah perkongsian berkenaan adab untuk masuk ke dalam toilet:

  1. Mulakan dengan doa pelindung, iaitu doa masuk tandas
  2. Kemudian, melangkah masuk dengan kaki kiri
  3. Menutup kepala
  4. Tidak mengadap atau membelakangkan kiblat
  5. Jimatkan penggunaan air
  6. Instinjak dengan tangan kiri
  7. Tidak menjawab salam, bercakap-cakap atau menyanyi
  8. Apabila telah selesai membersihkan najis, hendaklah membaca doa bagi membersihkan kotoran zahir dan batin
  9. Bersihkan tandas untuk kegunaan orang lain

Doa dalam Rumi

Allahumma inni a’uzubika min alkhubusi wal khobais

Maksud doa

Ya Allah, sesungguhnya aku minta perlindungan kepada Engkau dari syaitan jantan dan betina.

 

Adab keluar dari tandas

Berikut pula ialah perkongsian berkenaan adab untuk keluar dari toilet:

  1. Cuci kaki dahulu dalam tandas
  2. Keluar tandas dengan kaki kanan
  3. Membaca doa keluar tandas

Maksud doa

Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesakitan dariku dan telah memberikan kesihatan kepadaku.

 

Video adab masuk ke tandas

Berikut ialah video berkenaan adab ini dari Ustazah Umminajibah, sesuai untuk anak-anak kecil prasekolah dan sekolah rendah.

 

Sumber: Buku Qiyamullail dan Amalan Rasulullah s.a.w, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan YouTube Ustazah Umminajibah

Leave a Comment