Tarikh Pembayaran BKC 2021 (Bila Duit Bantuan Khas COVID Masuk?)

Bulan Ogos 2021 sudah hampir ke penghujung. Namun, belum nampak lagi ura-ura pengumuman berkenaan tarikh pembayaran BKC lagi.

Ramai yang ternanti-nanti akan bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) seperti diumumkan kerajaan menerusi  Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) yang jika mengikut perancangan asal, akan dibayar pada bulan Ogos 2021 ini juga.

Izinkan kami berkongsi apa yang kami tahu.

1. Bila tarikh pembayaran BKC akan dikreditkan?

Berdasarkan laman rasmi BPR dan soalan lazim BKC, berikut ialah tarikh bayaran yang dijanjikan:

Golongan Miskin Tegar
  • Bujang: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Isi Rumah: RM1,300
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM500 pada November 2021
    • Fasa 3: RM300 pada Disember 2021
  • Warga emas: RM500
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
Golongan B40
  • Bujang: RM200
    • Fasa 1: RM200 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM800
    • Fasa 1: RM500 bermula 6 September 2021
    • Fasa 2: RM300 pada November 2021
  • Warga emas: RM200
    • Fasa 1: RM200 pada Ogos 2021
Golongan M40
  • Bujang: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021
  • Isi Rumah: RM250
    • Fasa 1: RM250 bermula 6 September 2021
  • Warga emas: RM100
    • Fasa 1: RM100 bermula 6 September 2021

Walau bagaimanapun, tarikh untuk Fasa 2 dan Fasa 3 masih lagi belum dimaklumkan. Pihak LHDN akan memaklumkan perkara ini dari semasa ke semasa.

 

2. Berapa lama perlu tunggu bayaran duit BKC masuk dalam akaun?

Memandangkan tarikh bayaran Bantuan Khas COVID pun belum ada lagi, kami tidak boleh buat apa-apa spekulasi.

Walau bagaimanapun, secara asasnya ia akan melalui proses ini:

  1. Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi
  2. Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
  3. Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari

Contoh proses transfer duit pembayaran BKC adalah seperti berikut:

  1. Katakan penerima adalah Asri
  2. Asri ada akaun BSN
  3. Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC yang menggunakan BSN pada 30 Ogos 2021
  4. Pihak BSN terima pada hari yang sama
  5. Pada keesokan harinya iaitu 1 September 2021, pihak BSN transfer duit i-Sinar ke akaun bank Asri
  6. Asri dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui BSN akan mendapat bayaran
  7. Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 2 hari sahaja

Sila ambil maklum bahawa apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar contoh semata-mata. Proses sebenar mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung kepada tempoh pemprosesan antara pihak LHDN dan bank.

Sila buat semakan BKC terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan melalui https://bkc.hasil.gov.my

 

3. Pembayaran BKC, masuk bank mana?

Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC. Selepas membuat semakan pembayaran BKC dan sahih status kelulusan anda adalah Lulus, duit bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan.

Berikut ialah senarai bank-bank yang tersenarai:

  • Affin Bank Berhad
  • Agrobank
  • Al Rajhi Bank (M) Berhad
  • Alliance Bank
  • Ambank (M) Berhad
  • Bank Muamalat (M) Berhad
  • Bank Rakyat
  • Bank Islam (M) Berhad
  • BSN
  • CIMB Bank Berhad
  • Citibank Berhad
  • HSBC Bank (M) Berhad
  • Hong Leong Bank
  • Kuwait Finance House
  • Maybank
  • OCBC Bank (M) Bhd
  • Public Bank Bhd
  • RHB Bank BHd
  • Standard Chartered
  • UOB (M) Bhd

Sekiranya anda sudah menerima pembayaran Bantuan Khas COVID ini, sila kongsikan di ruangan komen.

 

4. Cara bantuan BKC dibayar mengikut kategori

Memandangkan tidak ada fungsi kemaskini untuk Bantuan Khas COVID ini, penerima akan menerima bantuan BKC dalam bentuk wang tunai dengan cara pengkreditan seperti berikut:

Golongan Miskin Tegar
  • Pembayaran Bantuan Khad COVID Bujang, Isi Rumah dan Warga Emas akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan B40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan BPR 2021
Golongan M40
  • Pembayaran terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam rekod percukaian dengan LHDN

 

5. Ada pertanyaan tentang bayaran BKC?

Dek kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:

  • 1800 88 2747

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tarikh pembayaran BKC ini dapat melegakan hati anda. Bila sudah dapat duit nanti, jangan berbelanja sesuka hati. Sila berjimat cermat.

Semoga bermanfaat.

15 thoughts on “Tarikh Pembayaran BKC 2021 (Bila Duit Bantuan Khas COVID Masuk?)”

  1. Adakah suda di kreditkan tu bkc?? Saya pamakai voucher..boleh saya tahu kelau nama saya suda ada masuk ke bsn
    Bkc bujang

    Reply
  2. Sampai hari ini tak dapat BKC seperti di janji bulan Ogos 2021.
    Rakyat dah kena tipu oleh janji kerajaan seperti biasa jah.. UMNO / Bersatu.

    Reply
  3. Jika mcm ni la bkn dahalukan rakyat tetapu dahulukan politik..ape perasaan jika rakyat tidak akan percaya lg org2 atasan ni?

    Reply

Leave a Comment