Bantuan Belia 2021 (Dapat RM1000, Daftar Online di PenjanaKerjaya)

Sudah tahu tentang bantuan belia sebanyak RM1000 oleh kerajaan melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my? Kalau belum, izinkan kami berkongsi.

Untuk makluman, ini bukan bantuan eBelia eWallet yang boleh dapat kredit sebanyak RM150. Ini betul-betul bantuan wang tunai sebanyak seribu ringgit dari PERKESO yang dibayar kepada majikan.

1. Syarat & kelayakan bantuan belia RM1000

Untuk melayakkan anda menerima bantuan ini, anda mestilah menepati kriteria di bawah:

  • Warganegara Malaysia
  • Menganggur
  • Masih lagi belum dapat kerja tetap
  • Lepasan sekolah atau graduan yang berusia 18-30 tahun

 

2. Betul ke dapat wang tunai RM1000?

Sebenarnya, duit tunai RM1000 bukanlah boleh dapat begitu sahaja masuk dalam akaun kita macam BPR, BPN atau BSH.

Begini ceritanya.

Di bawah Program Perantisan dalam Program PenjanaKerjaya 2.0, mana-mana majikan yang mempunyai pekerja dalam golongan belia yang berumur antara 18 – 30 tahun boleh membuat permohonan bagi mendapatkan insentif sebanyak RM1,000.

Ini bermakna:

  • Bayaran RM1000 akan dibayar kepada majikan dan majikan akan bayar kepada pekerja, iaitu golongan belia lepasan sekolah dan graduan yang memasuki Program Perantisan
  • Dengan insentif bantuan ini, anda boleh dapat gaji minimum RM1200 sebulan dari majikan.
  • Bayaran bantuan ini akan diberikan selama 3 bulan berturut-turut, dengan syarat anda bekerja minimum 3 bulan

 

3. Cara mohon bantuan belia RM1000

Kalau anda adalah seorang pekerja, panduan ini bukan untuk anda.Ini adalah untuk majikan sahaja. Anda hanya perlu daftar di myfuturejobs.gov.my dan mohon kerja-kerja yang ditawarkan di sana.

  1. Layari laman web rasmi PenjanaKerjaya di sini: https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my
  2. Anda akan nampak informasi ini
    Insentif sebanyak RM1,000 sebulan sehingga untuk tempoh 3 bulan dan program latihan adalah terpakai kepada majikan yang menggajikan pencari kerja tempatan sebagai perantisan.

    #hireMalaysiaApprentice

  3. Klik butang REGISTER
  4. Di bahagian Create an Account, masukkan maklumat berikut
    • Name
    • IC/Passport No
    • Phon No
    • Email Address
    • Password
    • Repeat Password
  5. Tekan butang Submit
  6. Semak email untuk buat pengesahan pendaftaran
  7. Klik pautan dalam email tersebut
  8. Sila login menggunakan email dan password yang didaftarkan tadi

 

4. Bila tarikh akhir permohonan bantuan belia 2021?

Sebenarnya, program ini sudah dibuka pada 1 Januari 2021 lagi. Cuma, mungkin ramai yang tidak tahu.

Tarikh tutup bantuan belia ini adalah pada 30 Jun 2021.

 

Akhir kalam

Tak semua bernasib baik. Ada yang dapat kerja, ada yang masih lagi menganggur. Tambahan lagi dengan PKP dan Covid-19, ramai yang terasa kesannya. Nak bantu mak ayah pun tak boleh.

Kami sambut baik inisiatif kerajaan yang memberikan bantuan belia sebanyak RM1000 sebulan. Setidak-tidaknya, boleh bernafas tanpa menyusahkan orang lain.

Kalau sudah dapat kerja nanti, kerja baik-baik. Jangan buat hal pula.

Semoga bermanfaat.

30 thoughts on “Bantuan Belia 2021 (Dapat RM1000, Daftar Online di PenjanaKerjaya)”

  1. Sy kurang faham lah..ni utk pekerja.sahaja ke..atau yg x bekerja cntynya lpasan stpm..boleh mohon ke..ataupun ni utk individu yg bekerja shj

    Reply
  2. Kata yg x dpt keje atau yg dibuang kje,menganggur dpt bantuan niy ….tpi bila baca2 kna majikan lah apa lh…..pning btol la…yg mne stu niy..dh lah x dpt bkerja simpann pom dh nk habis…bila nk memohon x dpt….mcm mna nk mohon batuan belia niy..

    Reply
  3. Jap tk paham lah …sikit ckp yg menganggur sikit jap yg berkerja 3 bulan mana satu ni…orng tua pun dah tk de duit ni…nk buat ape” semua tk boleh

    Reply
  4. xfhmlahh..belit2 sttment ni..klu yg tgh bkerja adalah mjikan hbis klu dah nma pnggur/dbuang kerja/hilang pkrjaan mna nk cri mjikan?mcm mna nk thu pmhonan lulus/trikh dpt?mcm mna klu mjikan dpt tp x bg kt pkerja?knapa x bg trus pd yg mohon?knp sllu bntuan2 kbyakkan plih jlan sulit/sttment x lgkap/tgantung pd pmohon ye? tq #hanyabertanyamohonpencerahan

    Reply

Leave a Comment