Kami andaikan anda sudah daftar JobsMalaysia. Kini, sebagai Pencari Kerja, anda mahu buat Carian Jawatan yang sesuai dengan kelayakan. Klik sini untuk teruskan proses pencarian kerja kosong dengan login JobsMalaysia terlebih dahulu.
Untuk makluman, pada tahun 2021, JobsMalaysia telah digantikan dengan MyFutureJobs. Sila baca cara daftar MyFutureJobs dan anda perlu login MyFutureJobs untuk mencari kerja.
Sedikit mengenai JobsMalaysia
Mula dilancarkan pada tahun 2002, JobsMalaysia adalah sistem penjodohan pekerjaan automatik atas talian yang disediakan oleh Kementerian Sumber Manusia.
Sistem ini disediakan melalui penjodohan pencari kerja dan kekosongan jawatan yang lebih sistematik dengan tujuan menjadi pusat maklumat pasaran buruh yang boleh dicapai oleh pengguna awam sama ada dari dalam atau luar negeri termasuk para pelajar Malaysia di luar negeri dan pelabur asing.
Jadi, bagi anda yang masih belum bekerja dan ingin menjana pendapatan, anda boleh gunakan portal JobsMalaysia untuk mencari peluang pekerjaan yang anda inginkan.
Program Penempatan Semula Pekerjaan (tidak perlu login JobsMalaysia)
Sesiapa yang terjejas dengan Coronavirus COVID-19 juga digalakkan memohon dengan inisiatif Program Penempatan Semula Pekerjaan.
Inilah peluang keemasan anda untuk mendapatkan peluang pekerjaan melalui Program Penempatan Semula Pekerjaan.
Pihak JobsMalaysia Kuala Lumpur akan cuba sedaya upaya membantu anda. Selepas memohon, pihak JobsMalaysia akan respons dalam tempoh 5 hari bekerja.
Anda tidak perlu login JobsMalaysia. Boleh terus mohon di sini melalui Google Form.
Cara login JobsMalaysia
Untuk pengetahuan anda, portal JobsMalaysia telah dikemas kini kepada JobsMalaysia2.0. Jadi, bagi yang sudah pun mempunyai akaun JobsMalaysia sebagai Pencari Kerja mahupun Majikan, mereka perlu mengemas kini akaun mereka untuk portal JobsMalaysia 2.0, memandangkan akaun mereka hanya sesuai untuk versi lama.
Walau bagaimanapun, mereka masih boleh login ke JobsMalaysia versi lama.
Cara login JobsMalaysia versi baru
Berikut ialah cara untuk login JobsMalaysia versi baru.
- Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI BARU.
- Tekan butang Log Masuk untuk meneruskan sesi login
- Pada laman seterusnya, pada ruangan LOG MASUK KATA LALUAN, masukkan ID Pengguna anda.
- Kemudian, tekan butang SETERUSNYA.
- Pada laman seterusnya, masukkan pula password anda untuk bahagian kata laluan.
- Login anda berjaya. Anda akan tiba di akaun anda untuk memulakan pencarian kerja kosong sebagai Pencari Kerja.
Versi lama
Berikut pula ialah cara untuk login JobsMalaysia versi lama 1.0
- Layari laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my/jobsmy/home untuk ke laman depan portal JobsMalaysia.
- Scroll ke bahagian atas, dan tekan butang LOG MASUK.
- Pada laman seterusnya, anda akan login di bahagian PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA.
- Pada Log Masuk Sebagai :, pilih Pencari Kerja.
- Kemudian, pada ruangan ID Pengguna Lama, masukkan ID akaun anda.
- Tekan butang Semak.
- ID anda akan disemak, dan anda akan dibawa ke proses untuk mengemas kini akaun anda supaya anda boleh login untuk portal JobsMalaysia yang baru.
Soalan lazim JobsMalaysia
Macam mana nak guna akaun lama yang dahulu?
Anda hanya perlu klik “Log Masuk” dan melengkapkan bahagian “PENGGUNA JOBSMALAYSIA VERSI LAMA”. Seterusnya anda akan menerima emel pengaktifan di emel anda dan anda perlu menetapkan semula kata laluan anda yang baharu. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Kalau terlupa password, macam mana?
Sekiranya anda terlupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan anda sendiri. Sila login JobsMalaysia. Anda hanya perlu klik “Log Masuk” di Laman Utama dan klik “Log Masuk” di paparan seterusnya. Anda hanya perlu klik “Lupa Kata Laluan?” untuk menetapkan semula kata laluan anda. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Macam mana nak mohon pekerjaan selepas daftar JobsMalaysia?
Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya anda boleh lakukan carian jawatan yang anda kehendaki dan klik butang “Mohon” di bahagian bawah iklan jawatan tersebut. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Macam mana nak kemaskini kelulusan akademik dalam JobsMalaysia?
Anda perlu berdaftar sebagai pencari kerja dan log masuk ke akaun anda. Seterusnya di bahagian Dashboard anda, klik butang “Profil” dan kemas kini data yang berkaitan dan memastikan anda menekan butang “Simpan” untuk mengesahkan proses kemas kini berjaya dilakukan.
Kenapa saya tak layak memohon sesuatu pekerjaan, sedangkan kelulusan akademik saya layak?
Portal JobsMalaysia 2.0, iaitu versi baru ini menggunakan sistem padanan pintar secara automatik. Selepas login JobsMalaysia, anda boleh memohon mana-mana jawatan yang dikehendaki selagi anda memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan. Untuk maklum balas lanjut anda boleh hubungi Pusat JobsMalaysia yang berhampiran.
Kenapa tak pernah dapat panggilan interview?
Kemungkinan profil anda tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh pihak majikan atau profil anda masih tidak lengkap diisi. Akan tetapi, anda boleh melakukan carian jawatan dan memohon terus melalui portal. Keputusan untuk memilih calon yang bersesuaian dengan kerja yang diiklankan akan dibuat oleh majikan berkenaan. Anda perlu memohon kerja yang berpadanan dengan profil anda dan jangan lupa untuk sentiasa menyemak akaun JobsMalaysia anda.
Hubungi JobsMalaysia (call centre hotline)
Jika anda mempunyai masalah untuk login JobsMalaysia, boleh hubungi pusat panggilan atau call centre seperti di bawah:
- 03-8320 2713
- 03-8320 2714
- 03-8320 2715
Akhir kalam
Kesimpulannya, proses login ke akaun anda adalah sangat mudah di portal ini. Setelah login, anda boleh mula mencari pekerjaan yang anda inginkan.
Diharapkan agar perkongsian mengenai cara log masuk JobsMalaysia ini akan memudahkan lagi proses pencarian kerja.
Kami doakan anda dapat kerja secepat mungkin.
Semoga bermanfaat.
kenapa bila saya bukak link jobmalaysia..dia kluar myfuturejob ya?
Saya pun buka job Malaysia keluar my future job…tolong resetkan kata laluan
kenapa bila saya bukak link jobmalaysia..dia kluar myfuturejob ya?
Kenapa susah nk log in jobsmalaysia.. sistem skrg x mcm dlu.. dulu senang je.
Kenapa bila saya bukak link jobmalaysia..dia keluar myfuturejob ya?
Kenapa susah sgt nk login jobmalaysia utk sambung iklankan kerja kosong
Banyak kali saya login tak dapat…mohon bantuan pihak jobmalaysia dgn kadar segera kerana saya ingin mengiklankan beberapa kekosongan jawatan.
Saya telah menghubungi no 03-8320 2713/14/15 tapi tidak berangkat…mohon bantuan pihak jobmalaysia dgn kadar segera kerana saya ingin mengiklankan beberapa kekosongan jawatan.
Saya telah menghubungi no 03-8320 2713/14/15 tapi tidak berangkat…
Mencari kerja kosong..
job malaysia dan spp berkait ke
Jobs Malaysia dan SPP adakah berkaitan.
Assalamualaikum & selamat pagi.. saya call no job malaysia ketiga2 diatas tidak angkat.. Wujud lg ke job malaysia ni? Saya terlupa kata laluan & tak ingat kata laluan
Salam.. Saya dah call ketiga2 no diata pukul 10.35 am .. Tp xdiangkat.. Wujud lg ke job malaysia ni? Saya terlupa kata laluan & email lama dah tak aktif
Kenapa Job Malaysia tidak dapat masuk. Dah berkali-kali masuk laman rasmi. Tolong reply dengan segera , terima kasih
MySpp dan Jobs Malaysia ada berkaitan kah..?
job malaysia memang dh x wujud ke skrg nih… x penah nya boleh nk bukak,
belum login lagi tu…
can u help me log in huh ?
kenapa tak bole log in job malaysia?
JopsMalaysia tidak boleh login saya dh cuba berkali kali