Pada 10 Mei 2020, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan BPN Fasa 2 sehingga 31 Mei 2020. Bagi mana-mana individu yang mendapat status Tidak Lulus, boleh ikuti cara untuk buat rayuan seperti di bawah.
- Ini adalah langkah untuk merayu BPN 1.0. Untuk kemaskini terbaru, sila rujuk cara membuat rayuan BPN 2.0.
- Langkau maklumat yang ada dalam penulisan untuk untuk membuat rayuan BPR Fasa 2 2021 sekiranya anda mendapat status Tidak Lulus.
Rayuan BPN Fasa Kedua
Seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri, ada beberapa cara untuk buat rayuan BPN Fasa 2.
Rayuan BPN Fasa Kedua melalui email
Berikut ialah langkah untuk buat rayuan BPN melalui email:
- Anda boleh mengemukakan rayuan dengan menghantar email ke [email protected]
- Sila sertakan dokumen sokongan seperti bukti kehilangan pekerjaan dan pendapatan yang semakin kurang disebabkan Coronavirus COVID-19
- Kami cadangkan anda hantar dengan conoth tajuk seperti berikut:
- RAYUAN BPN: 800505-05-5555
- PERMOHONAN RAYUAN BPN. NO K/P: 801010-10-5333
- Pastikan anda tekan butang Send
- Buat pengesahan email telah dihantar dengan semak Sent folder
- Akhir sekali, tunggu maklumbalas daripada pihak LHDN
Rayuan BPN Fasa Kedua di kaunter LHDN
Mana-mana individu yang permohonan mereka tidak diluluskan juga boleh hadir sendiri ke kaunter-kaunter LHDN. Sila rujuk cara isi borang rayuan BPN untuk penerangan yang lebih terperinci.
- Anda boleh mula untuk membuat rayuan pada hari Isnin 11 Mei 2020.
- Sila pastikan anda membawa dokumen seperti:
- Kad Pengenalan (MyKad)
- Surat rayuan
- Dokumen sokongan seperti surat kena buang kerja, atau apa-apa yang membuktikan kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan
- Sila berpakaian sopan dan beradab semasa hadirkan diri ke kaunter LHDN.
- Sila pastikan anda mengikut SOP PKPB sepanjang berurusan di LHDN.
Untuk senarai cawangan LHDN di seluruh Malaysia, klik sini.
Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 online (Tidak Lulus)
Ini hanya untuk permohonan sebelum ini, bukan Permohonan Baru dan Rayuan.
- Layari laman web rasmi BPN di sini: https://bpn.hasil.gov.my
- Lihat pada bahagian Semakan Status
- Masukkan Nombor MyKad anda
- Klik butang Carian
- Ruangan Captcha akan dipaparkan
- Masukkan sekali lagi aksara Captcha yang dipaparkan
- Klik butang Semak
- Tunggu sebentar sementara semakan sedang dilakukan
- Terdapat tiga (3) status semak Bantuan Prihatin Nasional yang akan dipaparkan:
- Lulus
- Tidak Lulus
- Tiada Rekod
- Tidak Layak
Seperti Carian di atas, jika status semakan Tidak Lulus anda boleh buat rayuan BPN.
Teruskan dengan langkah di bawah:
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan Tidak Lulus
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
Rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 (Permohonan Baru)
Gambar di atas ialah kemaskini dari MyGCC di Facebook. Sila ambil maklum bahawa link tersebut tidak lagi aktif.
Terdahulu, dikatakan bahawa:
Bagi Permohonan Baru BPN yang Tidak Lulus
- Anda tidak boleh buat rayuan
- Keputusan adalah kekal dan muktamad
Bagi Rayuan BPN yang Tidak Lulus
- Anda tidak boleh buat rayuan
- Keputusan adalah kekal muktamad
Buat masa ini, rayuan ke atas permohonan BPN yang berstatus Tidak Lulus belum diputuskan lagi oleh kerajaan.
Namun, semakan terbaru kami mendapati post ini telah dipadam. Ini mungkin bermakna ada peluang untuk anda buat rayuan BPN. Cuba hadirkan diri ke mana-mana cawangan LHDN untuk bertanyakan status ini.
Berbeza dengan mereka yang sudah mendafatar, perkongsian langkah di bawah ialah hanya apabila anda belum lagi mendaftar BPN. Ini bermakna anda belum ada ID Pengguna dan Kata Laluan untuk Log Masuk.
- Selepas buat semakan BPN seperti di atas, anda akan nampak paparan permohonan Tidak Lulus
- Jika belum daftar ID Pengguna, anda perlu mendaftar terlebih dahulu
- Klik butang Daftar Akaun
- Jawab Soalan Keselamatan berdasarkan maklumat yang telah didaftarkan pada borang permohonan
- Hanya ada dua (2) soalan sahaja yang perlu dijawab
- Setelah berjaya menjawab Soalan Keselamatan tadi, anda dikehendaki memelih lima (5) soalan Frasa Keselamatan
- Kata Laluan juga perlu didaftarkan bagi urusan Log Masuk
- Kekuatan Kata Laluan ditentukan oleh warna
- Kata Laluan yang bagus dan sukar untuk digodam ialah yang berwarna hijau
- Selepas selesai pendaftaran akaun BPN, klik butang Log Masuk
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
- Paparan Maklumat Pemohon dan Pengesahan akan dipaparkan
- Kemaskini Maklumat Pemohon jika ada
- Klik butang Permohonan Rayuan
- Paparan Permohonan Rayuan yang telah Berjaya dihantar akan dipaparkan
- Klik Papar Rayuan untuk melihat rayuan yang telah dihantar
1) Hubungi Kementerian Kewangan Malaysia untuk pertanyaan rayuan BPN
Nombor telefon
- 03-8882 9089
- 03-8882 9087
- 03-8882 9191
- 03-8882 4565
- 03-8882 4566
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh MOF adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Waktu operasi 24 jam
Telegram
2) Hubungi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia untuk pertanyaan rayuan BPN
Nombor telefon
- 1-800-882-747
- 03-8911 1000
Waktu operasi Bantuan Prihatin Nasional oleh LHDN adalah dari 9 pagi – 5 petang
Ahad – Jumaat
Akhir kalam
Jangan bersedih jika status semakan anda Tidak Lulus. Mungkin itu bukan rezeki.
Walau bagaimanapun, tidak salah buat rayuan Bantuan Prihatin Nasional.
Dapat atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, kita mencuba.
Diharapkan agar perkongsian cara buat rayuan BPN ini dapat membantu anda.
Akhir sekali, jika anda ada buat permohonan Geran Khas Prihatin (GKP), sudah boleh buat semakan GKP untuk menyemak kelulusan.
Semoga bermanfaat.
Kalau amount yang diluluskan tidak tepat/ Rendah dari yang dijanjikan? ada apa2 cara untuk buat Rayuan?
Bantuan perihatin nasonar saya dilulus kan tapi saya tidak dapat duit kenapa jadi bergitu ya bolih kah saya tahu. Ada kah saya tidak layak bantuan perihatin nasonar bpn saya ingin tahu kenapa saya tidak dapat duit bantuan perihatin itu
salam sejahtera,tuan dan puan
Nama saya ritchell berumur 21 tahun.saya adalah salah satu membuat permohonan baru BPN.di sini saya ingin bertanya kepada tuan/puan yang saya hormati. saya lulus permohonan BPN Tapi amount yang diluluskan tidak tepat/rendah dari yang dijanjikan? Saya hanya mendapat Rm500 sahaja sedangkan gaji saya di bawah Rm2000 kebawah?.bukan kah sepatutnya saya memperolehi Rm800 seperti yang di janjikan.bukan saya satu orang sahaja kena macam ini ramai lagi.kami berharap tuan/puan boleh membuat mengemaskini semua data pribadi permohon BPN.kami berharap tuan/puan dapat memberi amount yang di janjikan.
Macam mana hendak tukar status daripada BUJANG kepada sudah berkahwin?
kahwin la. 😀
Kalau amount yang diluluskan tidak tepat/rendah dari yang dijanjikan? ada apa2 cara untuk buat rayuan?
Bantuan perihatin nasonar saya dilulus kan tapi saya tidak dapat duit kenapa jadi bergitu ya bolih kah saya tahu
Lupa kata laluan
Tak dapat duit lgi kenape.
Nak dapat kan kataluan bagai mana
Kata laluan bagia mana
ASSALAMUALAIKUM PUAN,Dlm system BSH saya di beri status bujang dan BPN pun status bujang berpendapatan dan hanya lulus RM500 SAHAJA,Pada hal saya dah berkahwin dan ank 3org…Macam mana hendak tukar status daripada BUJANG kepada sudah berkahwin?
Assalamualaikum ..pendapatan keluarga saya kurang dari rm8000 tp hingga sekarang bpn belum diterima ..semak nama result hanya dalam proses..macamna nak buat ya
Pendapatan isi rumah aku bawah RM8000, knp aku tak layak? Alasannya ialah pendapatan isi rumah aku lebih Rm8000.? Aku bwh 8k la woi..
Same la kita, pendapatan seisi rumah bawah 8k tapi tak dapat. Rasanya pegawai LHDN buat keja tak betol, mereka nak keja mudah, misalnya kalau tak cukup maklumat depa reject aje.. Tak lulus..
sama la..aku pn xpaham mcm mana dia kira pndapatan isi rumah ni..aku kurang RM8k tp lhdn status lebih 8k..mcm mana nk buat rayuan ke email yer?dga bole buat rayuan melalui email.
Gaji saya dan isteri, tak cecah 8k pun. Tapi itu alasan yang saya terima. Tidak layak. ?
Memang tak ikhlas nak bantu atau LHDN tak buat kerja betul betul? Atau sistem ni secara rawak? Sapa dapat..dapat lah, sapa tak dapat. Nasib lah?
Dlm system BSH saya di beri status bujang dan BPN pun status bujang berpendapatan dan hanya lulus RM500 SAHAJA,Pada hal saya dah berkahwin dan ank 3org…Macam mana hendak tukar status daripada BUJANG kepada sudah berkahwin?
Suami saya seorang yang bekerja gaji pun tak sampai 2k. Keputusan TIDAK LULUS ….ALASAN PENDAPATAN PEMOHON/PASANGAN LEBIH 8K. Macamana tu?
Pendapatan saya dan pasangan pun tak lebih dari RM8000 tapi tidak lulus..hmm tak ada rezeki
Saya juga hadapi masalah ini, macamana?
Ye sama,mcm mana ye,sy pn nk buat mcm tu jugak.dr bujang nk tukar
ke khawin
Macam mana nk bt sebenarnya sy status duda..tapi dt bpn dpt ke isteri saya… Sedangkn sy dh bercerai… Bekas bini saya dia pakai nama saya dn dia kemas kini pakai nma sy dn belum brcerai… Sedangkn sya dh dh bercerai 2 thun lebih… Surat cerai ada dgan saya..sya hrap tolng lah bantu sya….
Salam.. Saya dgn bekas isteri saya dlm proses penceraian. Bekas isteti saya yg mintak fasak, sudah dua kali naik Mahkamah, last² dia tarik blk kes.. Ttp x duduk sekali, duit bsh dia dpt kerana pihak lhdn suruh msk akaun istri
saya pun dalam proses penceraian, sudah 3 tahun tidak ada hubungan dengan isteri n tinggal b,asingan,, bpn saya punya isteri yang dapat,, saya cuba buat pmohonan pada bulan April, mei saya dapat kputusan Tidak Layak,, sekarang pkp n perlu kan duit the,, memang brasa sedih n hampa, 1 bantuan pun tidak dapat dari kerajaan,, sekarang pun terpaksa ambil duit simpan an untuk hari tua, kluar duit dari KWSP,, yang paling sedih sudah buat rayuan tapi tidak layak, ada segelintir org, suami isteri dapat BPN,, adil lah bagi kita orang,, tiap hari fikiran stress biggung cari duit, banyak lagi org d luar sana sama keadaan n situasi seperti saya skarang
Saya dah berkahwin,,tetapi bantuan2 lulus until bujang,,saya nk buat mcm mna?
cerai lah
Assalammualaikum… mcm mane yer klu saya tersalah key in nama abg saya semasa membuat permohonan..hanya nama sahaja yang salah yang lain betul…mcm mane ter adakan permohonan tidak terima dan bagaimana nak betul kan?
Saya rasa rayuan ni pun untuk yang Dalam kategori layak YG mungkin tercicir, bagi pendapatan seisi rumah YG melebihi 8000 sudah tentu Akan ditolak…. Nak merayu pun tak boleh sebab di ruangan YG kena ditanda sudah Ada kategori income, nak tick YG 4000-8000 nanti dianggap menipu Dan kemungkinan Akan didakwa….
Saya kakitangan kerajaan dan suami bekerja sendiri,purata pendapatan kami kurang daripada rm8000,masalah saya saya isteri kedua,semasa memohon ,naik info nama pasangan saya telah ada dipermohonan lain,soalan saya adakah saya tak layak memohon sedangkan saya juga ada keluarga dan tidak tinggal serumah dengan isteri pertama
Macam mana permohonan orang yang poligami
Macam mana boleh dapat sebagai Duda dengan tanggung 3 anak sebagai Wanita ? Saya Sudah semak tetapi status tidak layak Kerana duplikasi permohonan ? Sila memberi bantuan , terima kasih
Layak atau tidak bantuan bpn. bagi Bujang yang tiada sumber pendapatan, dan tiada pekerjaan.
Macammana permohonan yang berpoligami?
Sudah banyak saya cuba buat rayuan, tak Nampak butang rayuan dan saya terus hantar email kepada MOF, tetapi tak ada jawapan, kita sebagai rakyat biasa langsung tidak dipeduli oleh kerajaan, seolah kerajaan cuba sembang syok untuk rakyat.
Kalau amount yang di lulus KAN rendah DARI YG dijanjikan ada apa apa CARA untuk BUAT rayuan bpn SAYA ibu tunggal PUNYA anak suami MENINGGAL DUNIA dan SAYA tidak berkerja SEJAK tahun 2018
Sebernarya saya dah cerai… Bekas bini saya pakai nama saya dlm bsh… bpn pn lulus utk dia… Pemohon saya di terima shj blm dpt result lg
Macam mana utk duplikasi permohonan ya? Tak faham.
Gaji basic rm1600 pun xlayak dapat BPN ker…psl status ade syarikat daftar ssm jer pun bkn ade syarikat yg besar dan beroperasi org lain yg gaji besar wife bekerja pun boleh dpt siap ade syarikat lg pun dpt BPN dan BSH…
Dah nak masok fasa kedua bapk mertua saya tidak dapt lagi BPN ..sya buat semakan status dya dalam proses ..
assalamualaikum..sya pn.kamariah mastah dripd kota kinabalu sabah.Mengenai bantuan prihatin sya tlh mendapat bantuan fasa prtma sebyk Rm1000..apa yg sya ingin tahu knp pada fasa ke 2 bantuan prihatin sya tidak layak..alasan yg diberi adalah psangan sya mmpunyai syarikat perniagaan.Utk makluman syarikat yg ada pd kami hanyalah syarikat enterpise yg tidak mempunyai keuntungan ianya hanya semata² lesen shj.sya berhrp pihak yg berkenaan lebih perihatin kpd peniaga seperti sya yg tidak mempunyai pendpatan tetap.Terima kasih
Fasa pertama lulus.. Rm500 pun dh dpt.. Bayaran fasa kedua tidak layak, sebab di katakan mempunyai syarikat… Tu yang pelek sedangkan suami cuma berkerja syarikat swasta jer.. Darimana dtgnya mempunyai sebuah syarikat… Hmmm… Pelek..
Hello admin ,,sy isteri sda dapt byaran fasa 1 dn suami dpt byaran bujang dn fasa 2 kmi sma² tidak dpat bantuan apa²..di sni bkn kmi yg sala kn mklumat kmu pki mklumat brim so skrg kami tiada dpt bantuan apa² macam mna tu..
Assalam,
Saya berusia 62tahun dan sudah tamat perkhidmatan dgn syarikat swasta pd bulan Mach 2019 dan tidak bekerja dan tiada sumber pendapatan.
Saya telah memohon BPN dan statusnya TIDAK LULUS. Rayuan pun TIDAK LULUS.Semuga pihak Tuan dapat beri prncerahan.
Terima Kasih.
Assalamualaikum. Saya dah dpt bpn fasa pertama. Bila buat semakan untuk fasa kedua, TIDAK LAYAK. Alasan pasangan ada syarikat. Memang berdaftar SSM, klau ada job, adalah gaji. Klau takde job, takde la gaji. Tambah musin PKP ni, lagi la tak boleh kerja. Mcm mana nak buat rayuan ye
asslm n salam sejahtera… sy BSH mmg xdpt…. tp kn dlm mse begini BPN nie d, wujudkan dlm mse cocid skg nie….. pemulaan check LULUS… tp selepas triksh p, byran TIDAK LULUS… nk buat rayuan tp manjang xleps. jer… cber call LHDN… manjang xdpt d, smbungkn… mcm ner 2?….
Assalamualaikom saya dapat BSH tapi hanya 1000 bukan ka gaji bawah 4000 layak mendapat sebanyak 1600 saya cuba call talian tapi tak dapat saya nak tau cara buat rayuan dan kenapa saya di beri hanya 1000.
Assalammualaikum.. saya dan suami saya tak layak terima bpn.. Alasan yang diberi ade daftar SSM.. tp biz hanya berjalan selama 6 bulan dan tak aktif lagi. Macamana nak buat rayuan kerana syarikat dah tak wujud dan untuk akaun bank syarikat pun dah lama tutup.. Memang SSM hidup lagi sampai bulan 10 ni. Dan tak ada keinginan untuk hidupkan balik kerana tak menjalankan apa-apa perniagaan hanya mengharapkan pencen sahaja untuk tanggung kehidupan kami sekeluarga.
Rasanya mcm rakyat Malaysia dah KENA TIPU. Isu MORATORIUM lagik. Aritu kata semua rakyat Malaysia dapat BPN. Sejak ekonomi down 2017, saya telah diberikan notis berhenti 24 jam oleh bekas majikan saya. Sampai skg dia masih berhutang dgn saya. Buat bodoh jer dia skg. Saya tiada pendapatan tetap sejak 2017 sampai skg sbb Xdpt kerja sampai skg. Gula2 BPN pulak Xdpt. Mmg terkesan. Korang jawab nanti kat akhirat. Semoga Berjaya.
Saya tiada sykt, dan bkn pemilik sykt,saya penerima bsh selama ini,knp tahun ini tidak layak pula?? Saya hnya kelindan lori brpndapatan rndah
kalau dia tulis DALAM PROSES maksudnya??lulus atau tidak?kena buat rayuan jugak ke?
Salam saya nak tanya mcm mana ya nak buat rayuan.
Apa yang saya tahu,siapa pembayaran cukai, secara automatik akn dapat bantuan.tetapi tidak masuk juga.. adakah yg duduk di sana hanya goyang dumang saja?sy pun dh buat pendaftaran juga..sama juga.asyik dalam proses.esok dh pembayaran ke 2..saya pembayaran 1 pun belum dpt lagi.adakah bantuan ni pilih kasih?klau bntuan ni pilih kasih,tolong hentikan pembayaran cukai saya.pernah sy pergi ke LHDN ,ingatkan nk declared,rupanya² nama sy tak de dlm siatem..so cukai apa yg sy potong dan mengapa xde dlm sistem..sekli lgi sy nk sebut, adakah disana hanya goyang dumang?…sy tertanya² cukai apa yg sy bayar…
Sudah sebln hnya dlm proses…adakah ni menduga kesabaran PKP?….
Ini baru pertama kali sy..
Klau kita log masuk tu ada tertulis DALAM PROSES tu?apa mksud nya.LULUS atau TIDAK LULUS?
Boleh beritahu sy apa kah maksudnya?
Kalau status permohonan, dalam proses macam mana, dah lama dalam proses boleh tolong bagi tahu tak macam mana
Sme lh kite
Assalamualaikum
Saya iera ingin bertanye jika prmohonan kite dalam proses agak² akn lulus ke? Sebab sampai sekarang masih dalam proses
As Salam.,
Saya nak tanya, mengapa BPN Fasa 2 saya tidak layak?
Alasan, kerana pemohon mempunyai syarikat.
Rasanya pihak LHDN perlu menyemak pendapatan individu dengan KWSP.
Mohon pencerahan pihak LHDN.
Mcm mana nk buat rayuan untuk yg tidak layak. Kerana sye ade silap isi borang tu. Mcm mana nk adjust balik borang tu???
Assalamualaikum,sya nk tanya..bpn sudah lulus dan sudah dikreditkn di akaun bank..akan tetapi bila nak ambl wang bpn tak dapat sebab akaun bank tamat tempoh..pihak bank telah kembalikan wang bpn semula kepada pusat.dan pihak bank menyuruh untuk buat rayuan..masalah ini terjadi pada keluarga pakcik sya sendiri.bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini?
Sekiranya keputusan BPN tidak lulus adakah rayuan boleh dibuat memandangkan tarikh tutup 30 april dan keputusan baru sahaja di umum bulan mei
Assalamualaikum…saya nak tanya kenapa saya dan suami takk layak dapat BPN? alasan sebab ada syarikat sendiri…syarikat apa yang kami ada…suami bawa teksi pendapatan pun x seberapa…ni PKP ni lagi la… takkan la pasal lesen SSM tu kami tak layak…dah la BSH tak dapat yang ni pun tak dapat kami anak beranak nak makan apa…kalau puan tak percaya meh datang tengok rumah kami dan tengok sekali kononnya syarikat yang kami ada tu….TOLONGLAH PRIHATIN…..
DAH LAH STUDENT SIJIL KORANG DECIDE TAK DAPAT BANTUAN APA APA!! UMUR SAYA PULAK LAYAK MOHON YANG BUJANG.. LEPASTU PANDAI PANDAI PEGI CAKAP SAYA NI TAK LULUS SEBAB DAH DAPAT BANTUAN PELAJAR . TOLONG LAH CHECK BETUL BETUL DEMI ALLAH TAK DAPATTT !!! LEPASTU TAK BAGI MOHON RAYUAN ??? APAHAL BUAT MACAM NI? NAYA WEH DAH LAH KERJA TAK DAPAT CARI SEBAB WAKTU SEKARANG MACAM NI?? PIKIR LAH NASIB ORANG SAMA AT LEAST LETAK LAH PERMOHONAN RAYUAN UNTUK ORANG KEMUKAKAN ALASAN . KEJAM !!!!
Saya punya permohonan rayuan tidak lulus sebabkn alasan rayuan gaji mebihi 4k. Tetapi gaji pendapatan saya hanya 2k. Macam mana yee pihak lhdn boleh beri penjelasan.
Ye saya pun terkena sama macam tu. Pendapatan bawah 4000, tapi tidak lulus. Darimana LHDN dapat maklumat yang tidak betul tu?
Kenapa bapa sa lulus.. Tapi blum 1 sen pun masuk dalam account??
Tanya disini buat apa, kena lah tanya kepada BPN barulah betul…
Saya nak tanya, kenapa ramai orang buat pertanyaan disini? Adakah blog ini wakil kepada BPN. Sepatutnya kita usulkan soalan ke laman rasmi BPN… sebab itu semua soalan tak dapat jawapan.
Assalamualaikum. Saya berkerja gaji under 2k dlm masa sama study pjj tak buat apa2 pinjaman untuk study. Tapi status permohonan saya tidak lulus atas alasan saya pelajar. adakah masih boleh buat rayuan . Gaji pun sepanjang mco compny cut 25% . Mohon pencerahan. Tq
hi i sdh mohon utk bpn tapi dia ckp tidak layak sbb ada syarikat daftar kat ssm tapi syarikat lama x aktif i x blh mohon geran khas pun mana mana ya skg tlg jelaskan klu kamu blh bantu i tq.
Sy check status bantuan prihatin tidak lulus wal hal pendapatan saya dan isteri tidak sampi 8k sebulan dan tanggungan saya 6 orang saya nak tau apa sebab dan tolong bagi pencerahan dan harap pihak lembaga hasil mempertimbangkan during pkp tiada gaji tempat kerja closed
Semakan rayuan bpn tidak lulus..knp jer? sedangkan gaji tak sampai 8k….
Hi, bapa saya ada apply BPN, bila cek status hari ni, status tidak lulus. reason duplikasi permohonan. dia cuma perna apply sekali seja, kalau kemaskini info consider duplicate application ka?? mohon pencerahan. thank you
Cek status tidak lulus ..sebab melebihi 8k..padahal saya dan suami bergji xsampai 8k.mcm mna tu..nk isi balik..butang pemohonan rayuan pun xnmpk..mcm mne ni
Hi, nak tahu status account sudah lulus, tapi account number ada kesalahan, macam mana boleh kemaskan account number yang betul? Dan nak tahu account number salah, masih boleh dapat wang? Pergi BSN cash out?
Pendapatan bawah rm2000 tapi kenapa lulus rm500 ? Bukan sepatutnya rm800 ? Boleh jelaskan ?
pendapatan bawah 8k.. tapi tak layak.. katanya sebab ada SSM.. logik ka? berapa ramai yang ada SSM? dah hampir 2 bulan takda bisnes.. bantuan apa pun tak dapat.. mcm mana tu?
Assalamualaikum,,,di sini sya ingin memberitahu,,bahawa permohonan saya lulus,,tpi sampai sekarang saya tak menerima duit bpn lagi,,,tahun lepas saya pernah buat permohonan tapi gagal,,di sebab kan status anak tidak berdaftar pada jpn,,tapi tahun ni saya tidak memohon,tapi status saya lulus,,rm800,,bila masa tarikh pembayaran bpn,,sya cek akaun dari masa ke semasa xde masuk lagi duit bpn,,,saya nak bertanya apa kah yang harus saya buat,,?
Pendapatan isi rumah kurang dari RM8000, kenapa tidak layak ? Alasannya ialah pendapatan isi rumah lebih dari RM8000. Sila semak EPF kalau lebih dari RM8,000 ?
Assalammualaikum..
Permohonan BPN saya gagal/tidak layak/ duplikasi suami isteri mohon..
Untuk makluman saya isteri kedua.. Dan tidak bekerja..
Isteri pertama bekerja goverment dan ada gaji yang lulus permohonan BPN ni.. Jadi di harap pihak Tuan dapat pertimbangkan dan memilih yang sewajar nye.. Sekian..
Mohon pencerahan..
Bpn tidak layak atas sebab duplikasi suami isteri mohon..
Saya isteri kedua.. Nama pemohon saya.. Dan isteri pertama juga mohon atas nama isteri pertama juga.. Mungkin saya tak layak sebab isteri pertama yang dapat BPN fasa ke-2 ni.. Jadi persoalan saya.. Saya isteri kedua tak bekerja dan tiada gaji.. Isteri pertama bekerja goverment ada gaji tetap.. Jadi pihak BPN tak boleh ke pertimbangkan mana yang layak dan tak layak..
Sekian..
Assalamualaikum saya nak tanya kalau saya nak memohon BPN dkat nama abg saya tapi abg saya kurang sihat sbab ada orang buat dkat di skrang dia jadi orang tngox mcm orang tidak betul laa tapi kalau saya nak mohon bantuan BPN boleh atau tidak tlong kawan2 semua saya nak tahu sgat. Boleh tak. Buat atas nama abg saya tapi msuk dkat akaun bank mak saya boleh tak mcm tu
Sya dah lulus tapi knpe nombor baucer belum dapat lagi ea
Bagi yg tidak layak pula mcm mne ye sebab sebelum ni saya lulus dapat yg 800 Punya… Tapi dia check balik… Tidak layak pula… Kenapa ye
As slm n salam sejahtera.
Mohon pencerahan. Sy ibu tunggal punyai 3 org anak yg msh belajar ngan brgaji kurang dr 4k. Care bagaimana utk sy applp dptkn BPN??
Menyakitkan hati lah cara kerajaan bg bantuan. Sy ibu tunggal kepada 5 org ank. Bawah jagaan sy 2 yv bersekolah. Baru semalam dapat mesej mengatakan bpn tidak lulus. Bila buat rayuan di email tau2 dah ditutup utk buat rayuan. Kenapa ye?? Betul2 sakit hati.
Mcm mna nk mohon bpn. Status ganting xbertali
after rayuan take how long to proceed the payment?
And how we know that we are lulus?