Tune Protect Life Lancar Pelan Perlindungan Hayat & Kesihatan Mampu Milik

Tune Protect Ventures Sdn. Bhd. (Tune Protect Life), anak syarikat milik penuh Tune Protect Group Berhad(“Tune Protect” atau “Kumpulan”) baru-baru ini telah menerima kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (“BNM”) untuk menyertai Financial Technology Regulatory Sandbox (Program Uji Cuba Kawal Selia Teknologi Kewangan).

Dibentuk untuk merancakkan pasaran insurans hayat, Tune Protect Life bermatlamat untuk merapatkan jurang perlindungan negara  dengan menyediakan alternatif saranan nilai yang berbeza untuk  masyarakat yang tercicir dan kurang diberi perkhidmatan kewangan, terutamanya golongan Perniagaan Kecil dan Sederhana (“PKS”), B40 dan M40, secara digital. Tune Protect Life juga menyasarkan pembeli insurans kali pertama dan pembeli yang baru kepada insurans  dengan produk dan cadangan untuk memacu inklusiviti kewangan yang lebih hebat. Ini selaras dengan aspirasinya untuk menyediakan perlindungan hayat dan kesihatan tulen yang mudah dengan kos berpatutan, terutamanya bagi segmen pasaran ini. Tune Protect Life akan menggunakan teknologi untuk memudahkan proses pembelian, layan diri dan tuntutan. 

Rohit Nambiar (“Rohit”), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect berkata, “Sebagai penanggung insurans digital tempatan Malaysia, salah satu tonggak perniagaan Kumpulan ialah menyasarkan PKS untuk membantu mengurangkan faktor risiko disebabkan perniagaan. Setakat Jun 2022, terdapat sebanyak  1.2 juta PKS yang membentuk 97.5% daripada jumlah keseluruhan perniagaan di negara ini. PKS masih merupakan tunjang ekonomi negara, walaupun berdepan dengan kesukaran semasa tempoh pandemik. Adalah penting untuk kami memberikan perlindungan kepada para pekerja dan tanggungan mereka supaya  dapat menguruskan kos perubatan dengan lebih baik serta  memastikan perlindungan insurans adalah cukup untuk pekerja mereka. Mereka akan rasa lebih selesa apabila kesihatan, keperluan perubatan dan kesejahteraan pekerja mereka terjamin. Oleh itu, kami menyediakan saranan nilai berdasarkan jenis perlindungan dan perkhidmatan, serta membina peluang pertumbuhan untuk menjangkau pasaran ini. Inilah yang mencetuskan cadangan SME EZY kerana kami meramalkan masa depan yang positif untuk segmen PKS dalam usaha untuk terus membina Kesihatan dan PKS sebagai tonggak perniagaan.”

“Selama ini, insurans dilihat sebagai sesuatu yang mahal dan sukar untuk dibeli. Tune Protect Life memberikan jalan untuk memperolehi insurans hayat dan kesihatan melalui langkah-langkah  yang senang, mudah diakses , dengan harga yang berpatutan, bermula dengan insurans faedah pekerja bagi pekerja PKS. Tune Protect Life bakal memperkenalkan pelbagai produk dan cadangan lain  di pasaran melalui saluran perniagaan dalam  talian (“B2C”); laman web, dan juga aplikasi mudah alih. Zaman digital ini telah menyenangkan pelbagai aspek kehidupan kita. Begitu juga dengan pembelian insurans dalam  talian yang boleh dilakukan melalui telefon bimbit. Sesiapa saja boleh   mendaftar untuk mendapatkan insurans dengan mudah pada harga berpatutan,” tambah Rohit.

Koot Chiew Ling (“Chiew Ling”), Pegawai Utama Tune Protect Life berkata, “Cadangan pertama kami, SME EZY merupakan sebuah pelan insurans faedah pekerja yang disasarkan untuk PKS kerana kami menyedari bahawa pengekalan pekerja dan produktiviti merupakan satu cabaran yang besar dalam dunia pasca-pandemik. Ia direka untuk membantu PKS untuk merancang belanjawan mereka dengan lebih awal melalui produk utamanya yang merupakan insurans perubatan berkumpulan dengan premium tetap selama 3 tahun, yang turut disertakan dengan program ganjaran berasaskan kesihatan (“Activ8”) bagi  memberi motivasi kepada kakitangan mereka untuk kekal sihat. Pekerja yang lebih sihat membawa kepada peningkatan produktiviti dan pengurangan ketidakhadiran. Pada masa yang sama mereka boleh diberi ganjaran sehingga 100% peningkatan dalam had tahunan keseluruhan perlindungan insurans mereka berdasarkan keputusan penilaian kesihatan. Semua pihak akan mendapat faedah.”

Tentang SME EZY

SME EZY merupakan perlindungan hayat dan kesihatan yang berpatutan dan komprehensif untuk pekerja PKS yang mempunyai sekurang-kurangnya 5 hingga 250 pekerja dan juga boleh diperluaskan kepada tanggungan mereka. Ia terdiri daripada 3 produk iaitu:

  1. Insurans hayat kumpulan
  2. Insurans kesihatan kumpulan – dengan pilihan produk tahunan atau 3-tahun
  3. Insurans klinikal pesakit luar

Majikan boleh memilih untuk mencampur dan memadankan 3 produk ini berdasarkan bajet mereka dengan merujuk kepada broker yang menjadi saluran pengedaran SME EZY.

Dengan premium tahunan kurang daripada RM400 bagi setiap pekerja, nilai saranan unik SME EZY ialah jaminan premium 3 tahun untuk produk kesihatan kumpulan. Sebagai tambahan kepada premium tetap, majikan yang mendaftar akan diberi jaminan pembaharuan untuk 2 tahun akan datang tanpa mengira pengalaman tuntutan.

Produk kesihatan ini juga dilengkapi dengan faedah kemasukan hospital tanpa tunai dan akses kepada Activ8, program ganjaran kesihatan dan kesejahteraan untuk para pekerja. Melalui Activ8, satu penilaian kesihatan mudah akan dijalankan setiap tahun untuk dua tahun pertama bagi menilai status kesihatan pekerja yang boleh memberi mereka ganjaran sehingga 100% peningkatan dalam had tahunan keseluruhan perlindungan insurans mereka. Selain itu, pekerja juga akan diberikan akses kepada alat dan program bimbingan kesihatan.

SME EZY juga membawa faedah lain seperti lawatan tanpa tunai ke klinik panel yang termasuk Pengamal Perubatan Am dan Klinik Pakar, serta kematian atau kehilangan upaya kekal menyeluruh atau separa bagi pekerja yang mendapat perlindungan.

“Sebagai penyedia insurans hayat digital, kami juga akan membawa inovasi dan pendigitalan hujung ke hujung untuk menyediakan transaksi tanpa kertas, bagi memperkasakan rakan kongsi perniagaan dan peniaga lain untuk membeli, layan diri, dan membuat tuntutan tanpa memerlukan campur tangan manusia. Ini akan membawa kepada langkah kami yang seterusnya, iaitu menawarkan SME EZY melalui saluran B2C kami pada tahun depan,” kata Chiew Ling.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tune Protect Life dan SME EZY, sila layari laman web di https://www.tuneprotect.com/corporate/life/about-us-tune-protect-life-insurance/ .

 

Tentang Tune Protect Life 

Tune Protect Ventures Sdn. Bhd. (“Tune Protect Life”) merupakan anak syarikat milik penuh Tune Protect Group Berhad yang bertujuan untuk menyediakan insurans hayat dan kesihatan mampu milik untuk pasaran golongan terabai, terutamanya golongan PKS, B40 dan M40.

Tune Protect Life merupakan peserta yang diluluskan di dalam Financial Technology Regulatory Sandbox (Program Uji Cuba Kawal Selia Teknologi Kewangan) Bank Negara Malaysia bagi menjalankan perniagaan insurans hayat digital.

Untuk maklumat lanjut tentang Tune Protect, sila layari laman web https://www.tuneprotect.com/corporate/life/about-us-tune-protect-life-insurance/

Leave a Comment