Semak Baki Akaun Agrobank Online (Check Balance di agrobank.com.my)

Pada kali ini, kami akan berkongsi mengenai cara semak baki akaun Agrobank secara online melalui agrobank.com.my. Tidak perlu kemaskini buku Agro Bank untuk baki terkini.

Izinkan kami berkongsi.

1. Cara semak baki akaun Agrobank online

Ini adalah cara untuk check balance akaun Agrobank menggunakan laman web rasmi Agro Bank:

  1. Sila layari laman web rasmi Agrobank di sini: https://www.agrobank.com.my.
  2. Portal rasmi Agrobank akan dipaparkan.
  3. Pilih BAHASA untuk digunakan.
  4. Sila tekan pada bahagian RETAIL AGRONet LOG IN.
  5. Anda akan dibawa ke laman Login AGRONet.
  6. Masukkan Username.
  7. Tekan Login.
  8. Sila pastikan Phrase dan Security Image anda adalah tepat.
  9. Tick pada kotak Yes, this is my Security Image.
  10. Masukkan Password.
  11. Tekan Submit.
  12. Portal rasmi RETAIL AGRONet akan dipamerkan.
  13. Pada bahagian MENU, sila klik Accounts and Banking.
  14. Terdapat dua pilihan yang akan disediakan seperti:
    • Deposit Accounts
    • Ar Rahnu Accounts
  15. Tekan Account Details.
  16. Klik Go.
  17. Baki akaun Agrobank anda akan terpapar.
  18. Sila screenshot, muat turun, dan cetak sebagai rujukan jika perlu.
  19. Selesai.

 

2. Semakan akaun Agrobank guna aplikasi AGRONet

Selain daripada website, anda juga boleh semak baki akaun Agrobank menggunakan aplikasi Agrobank iaitu AGRONet Mobile di telefon pintar anda.

Sila ikuti cara-cara di bawah:

  1. Muat turun aplikasi AGRONet Mobile melalui Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Buka aplikasi AGRONet Mobile.
  3. Tekan LOGIN NOW.
  4. Sila masukkan Username.
  5. Tekan Login.
  6. Anda akan dibawa ke laman seterusnya.
  7. Pastikan Phrase dan Security Image anda adalah tepat.
  8. Jika betul, tick pada kotak Yes, this is my security image.
  9. Masukkan Password.
  10. Tekan Next.
  11. Anda telah berjaya masuk ke Laman Utama.
  12. Pilih bahagian Accounts and Banking.
  13. Sila buat pilihan di antara dua akaun anda iaitu:
    • Deposit Accounts
    • Ar Rahnu Accounts
  14. Tekan Account Details.
  15. Tekan butang Go.
  16. Baki akaun Agrobank anda akan dipamerkan.
  17. Anda boleh screenshot, muat turun, atau cetak sekiranya perlu untuk rujukan anda.
  18. Semak baki akaun Agrobank anda telah selesai.

PERHATIAN

  • Pastikan anda telah daftar Agrobank online sebelum dapat menggunakan perkhidmatan perbankan Internet Agrobank.
  • Anda juga boleh semak baki akaun Agrobank melalui mesin ATM Agrobank berhampiran anda.

 

3. Maklumat lanjut Agro Bank

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau masalah yang ingin diajukan, anda boleh menghubungi Pegawai Khidmat Pelanggan Agrobank di talian 1-300-88-2476 yang beroperasi selama 24 jam.

Agrobank Customer Service  juga boleh dihubungi melalui email [email protected].

 

Akhir kalam

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan panduan dan penerangan kepada anda yang ingin mengetahui cara semak baki akaun Agrobank secara online.

Selain boleh menyemak baki akaun, anda juga boleh melakukan urusan berikut menggunakan Agrobank online banking:

  • Membaca dan memuat turun butiran penyata.
  • Melihat butir-butir pembiayaan.
  • Memindahkan wang antara akaun sendiri di Agrobank.
  • Memindahkan wang ke akaun pihak ketiga di Agrobank.
  • Memindahkan wang ke akaun bank lain.
  • Membayar bil kepada penerima bayaran yang dikehendaki.
  • Menetapkan had transaksi.
  • Menerima makluman daripada bank melalui sistem mesej yang telah disediakan.
  • Blok kad ATM.

Kalau masih belum ada akaun lagi, cepat-cepatlah daftar.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment