Memetik daripada pengumuman Perdana Menteri, berikut ialah antara aktiviti yang dilarang dan tidak dibenarkan semasa PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) yang akan bermula pada 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Klik sini untuk baca senarai aktiviti yang dibenarkan semasa PKPP.
Aktiviti yang dilarang semasa PKPP
Ada beberapa aktiviti atau sektor masih tidak dibolehkan dalam tempoh PKPP berlangsung.
Senarai aktiviti tersebut adalah seperti di bawah:
- Pub
- Kelab malam
- Pusat hiburan
- Pusat refleksologi
- Pusat karaoke
- Taman tema
- Perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai (tidak tertakluk kepada penganut Islam sahaja, bahkan semua agama yang dianuti di Malaysia)
- Kenduri-kendara
- Rumah terbuka perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha dan lain-lain
- Apa-apa aktiviti lain yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
Sukan yang tidak dibenarkan ketika PKPP
Aktiviti yang dilarang semasa PKPP sudah tahu. Bagaimana pula dengan sports?
Benar, ramai yang sudah gian dan tidak sabar untuk bersukan dengan rakan-rakan yang lain. Walau bagaimanapun, tidak semua sukan dibolehkan lagi dalam temph PKPP ini.
Antara sukan yang dilarang dan masih tidak dibenarkan adalah seperti berikut:
- Pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium
- Sukan renang di kolam renang awam
- Sukan bersentuhan seperti:
- Ragbi
- Gusti
- Tinju
- Bolasepak
- Bola keranjang
- Hoki
- Melancong ke luar negara juga tidak dibenarkan lagi semasa tempoh PKPP berlangsung. Tambahana lagi, sempadan masih lagi belum dibuka.
Ringkasan perkara yang dilarang dan dibenarkan semasa PKP
Berikut ialah infografik dari Astro Awani yang meringkaskan aktiviti yang dibolehkan; dan juga yang masih dilarang ketika tempoh PKPP berlangsung.
Maklumat lanjut
Kami sangat-sangat berharap agar rakyat Malaysia bersatu hati dan menurut perintah kawalan pergerakan ini. Sila patuh dengan aktiviti yang dilarang semasa PKPP.
PKPP adalah penting untuk proses pemulihan dan dalam masa yang sama memastikan negara kita bebas COVID-19.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut senarai aktiviti atau sektor yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan, boleh layari laman web Majlis Keselamatan Negara.
Semoga bermanfaat.
Kalau sukan catur? Adakah dibenarkan?
Astagfirullah
Bagaimana dengan sukan bola tampar? Adakah ia dibenarkan
Kalau jamuan bbq di rumah sepuluh orang
Saya nak minta pencerahan tentang sukan sepaktakraw semasa PKPP? Adakah dibenarkan atau tidak di benarkan.
Adakah program larian fun run telah dibenarkan mengikut SOP yang dibenarkan.