Login RHB Bank Online (onlinebanking.rhbgroup.com)

Perbankan Internet RHB Bank merupakan satu sistem perbankan yang membolehkan pelanggan-pelanggan berdaftar untuk login RHB Bank dan seterusnya melakukan transaksi perbankan secara online melalui https://onlinebanking.rhbgroup.com. Ini termasuk urusan harian seperti pembayaran bil, pemindahan wang menggunakan fungsi Instant Transfer RHB Bank, semak baki akaun RHB Bank dan macam-macam lagi.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal login RHB Bank.

Cara Login RHB Bank Online

Berikut ialah cara login RHB Bank melalui Perbankan Internet RHB Bank:

  1. Klik pautan Perbankan Internet RHB di sini: https://onlinebanking.rhbgroup.com/my/login
  2. Halaman utama RHB Online akan terpapar
  3. Login ke akaun onlinebanking.rhbgroup.com anda seperti biasa
  4. Masukkan Username
  5. Sila sahkan Secure Word dengan menekan butang Yes
  6. Masukkan Password
  7. Teruskan dengan menekan butang LOGIN
  8. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem RHB Online
  9. Lakukan transaksi yang diingini seperti bayar bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui RHB Online
  10. Selesai

 

Tak Boleh Login RHB Bank?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk RHB Bank.

Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login RHB Bank ini adalah seperti berikut:

  1. Tersilap Kata laluan RHB Bank. Apabila ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan atau reset password RHB Bank anda.
  2. Tersilap username. Nampak macam tak logik, tapi ia sememangnya berlaku. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa mendaftar username anda. Jika ya, anda perlu menghubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan.
  3. Sambungan Internet lemah dan bermasalah. Jika line nampak slow macam siput, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk.
  4. Perkhidmatan RHB Bank online ditutup. Mohon anda pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
  5. Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser anda seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
  6. Masalah browser itu sendiri. Cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk RHB Bank. Ini boleh membantu mengesan jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.

Jika anda jenis orang yang celik IT, anda boleh cuba reset password RHB Bank sendiri secara online melalui https://onlinebanking.rhbgroup.com. Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Jika tidak berani, sila hubungi Customer Service RHB Bank jika anda masih mengalami masalah log masuk atau perlu bantuan untuk menetapkan semula kata laluan.

 

Cara Reset Kata Laluan RHB Bank Secara Online

Kami faham, anda mahu cepat dan mahu reset kata laluan RHB Bank sendiri.

Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset password RHB Bank ini. Sila bersedia dengan telefon bimbit anda di sisi kerana pihak RHB Bank akan menghantar SMS TAC RHB Bank atau OTP untuk verifikasi.

Cara Reset Password Online Banking RHB Melalui Customer Service

Kalau anda malas nak fikir dan tak ada masa nak Google cara reset password RHB Bank, anda boleh sahaja hubungi Customer Service RHB Bank.

Berikut ialah cara menetapkan semula kata laluan RHB Bank anda dengan bantuan Customer Service:

  1. Buat panggilan ke RHB Bank di talian 03-9206 8118
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan pertanyaan berkenaan login, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service RHB Bank
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  6. Untuk tidak melengahkan masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk login
  8. Sekiranya perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
  9. Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  10. Ini adalah untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
  11. Pihak Customer Service di talian akan membuat proses verifikasi terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda buat semakan berkenaan akaun anda
  13. Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah login dan password anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah login anda akan diselesaikan oleh Customer Service
  16. Selesai

 

Macam Mana Cara Memilih Password Yang Baik?

Secara asasnya, gunakanlah kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol. Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka.

  1. Jangan gunakan kata-kata yang mudah diperoleh, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
  2. Jangan gunakan kata-kata yang sama untuk akaun yang berbeza.
  3. Jangan simpan kata laluan RHB Bank anda di telefon atau komputer anda.
  4. Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa.
  5. Sesekali menukar kata laluan RHB Bank anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
  6. Gunakan panjang kata laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara

 

Kalau Masih Tak Boleh Login, Boleh Pergi Ke Cawangan RHB Bank?

Selalunya, masalah login RHB Bank boleh diselesaikan secara online sahaja.

Namun, dalam kes-kes tertentu, ada kalanya anda pergi hadirkan diri ke cawangan RHB Bank berhampiran untuk proses verifikasi yang lebih terperinci.

Jika ini berlaku, ikuti panduan berikut:

  1. Sila pergi ke cawangan RHB yang berhampiran
  2. Pastikan bawa Kad Pengenalah dan buku bank (jika ada) untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Jika tiada buku, anda boleh sahaja tunjukkan screenshot nombor akaun RHB anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Duduk di tempat yang disediakan
  6. Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Maklumkan masalah login anda pada pegawai bank yang bertugas
  10. Pegawai bertugas tersebut akan bantu anda selesaikan permasalahan login anda yang mungkin tidak dapat dibantu oleh pihak Customer Service RHB Bank
  11. Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan Perbankan Internet
  12. Selesai

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login RHB Bank ini akan memudahkan urusan perbankan anda.

Seperti yang dimaklumkan tadi, masalah log masuk RHB Bank mungkin berlaku akibat beberapa sebab seperti kata laluan yang salah, sambungan internet lemah, atau perkhidmatan internet banking yang ditutup.

Namun, dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan seperti menyemak kata laluan anda, memastikan sambungan internet yang stabil, dan menghubungi RHB Bank, anda boleh menyelesaikan masalah ini.

Ingat juga, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan RHB Bank yang kuat dan kerap menukarnya.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment