Adakah anda seorang pelajar yang pernah melakukan pinjaman bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau dikenali dengan nama glamour iaitu PTPTN, sewaktu anda melanjutkan pelajaran? Atau adakah anda seorang pelajar semasa yang ingin mengetahui tentang cara login PTPTN untuk menyemak status pinjaman atau menyelesaikan baki pinjaman anda bersama PTPTN?
Maka, usah khuatir kerana pada hari ini kami akan menjelaskan kepada anda tentang cara login PTPTN.
Cara Login PTPTN
Jika anda adalah seorang pelajar yang ingin membuat pinjaman buat kali pertama, pastikan anda telah mendaftar akaun SSPN-i terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendaftar bersama SSPN-i maka anda tidak akan boleh log masuk ke akaun PTPTN anda.
Baiklah, sebelum kita masuk ke isi penting, kami akan berkongsi dengan anda syarat-syarat untuk anda melakukan pinjaman PTPTN sekiranya anda seorang pemohon baru ataupun pertama kali.
#1 Syarat-syarat permohonan pinjaman PTPTN
- Anda adalah seorang warganegara Malaysia.
- Berusia antara 18 sehingga 45 tahun.
- Telah mendaftar dan mempunyai akaun simpanan SSPN-i ataupun SSPN-i Plus.
- Anda telah mendapat atau menerima tawaran untuk sambung belajar daripada Institusi Pengajian Tinggi sama ada awam atau swasta ataupun Politeknik.
- Tidak menerima sebarang penajaan lain.
#2 Login Online PTPTN
Sebelum anda ingin membuat pembayaran baki PTPTN anda, anda perlu log masuk terlebih dahulu akaun PTPTN anda. Untuk itu anda boleh ikuti sahaja langkah di bawah ini.
Sila pastikan anda telah membuat pendaftaran dan mempunyai akaun SSPN-i terlebih dahulu.
- Layari laman web rasmi PTPTN atau klik pada pautan ini.
- Masukkan nombor kad pengenalan anda.
- Kemudian anda perlu memasukkan pula kata laluan anda.
- Setelah selesai, klik pada Log Masuk.
- Anda boleh menyemak penyata baki pinjaman anda untuk melihat baki terkini pinjaman PTPTN anda.
- Selesai.
#3 Login PTPTN untuk menyemak baki pinjaman
- Pertama, anda perlu melayari internet dan layari laman web rasmi Portal PTPTN.
- Setelah anda membuka Portal tersebut, klik pada Semakan Penyata Pinjaman.
- Pada halaman berikutnya, anda akan lihat terdapat ruangan kosong disediakan.
- Anda perlu mengisi ruangan kosong tersebut dengan nombor kad pengenalan anda dan klik Semak untuk ke langkah berikutnya.
- Kemudian anda perlu memasukkan kata laluan anda.
- Sekiranya anda terlupa akan kata laluan anda, klik pada Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan kata laluan baru menerusi e-mel anda.
- Sekiranya anda pengguna baru, anda perlu menhubungi PTPTN bagi mendapatkan kata laluan.
- Setelah selesai log masuk, klik pada Penyata Baki dan klik Cetak.
- Selesai.
Akhir kalam
Diharapkan perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk log masuk ke dalam akaun PTPTN anda.
Semoga bermanfaat dan jika artikel ini membantu anda, pastikan anda share untuk kebaikan bersama.
Minta tolong semak bacaan jawi untuk azan, Ada kh
Ada khilaf bagi bacaan jawi untuk jawab azan, Minta tlg admin check balik, terima kasih