Login i-Citra (Link Log Masuk KWSP di icitra.kwsp.gov.my)

Untuk kemaskini iCitra, tidak perlu buang masa untuk masuk ke laman utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di www.kwsp.gov.my. Boleh terus klik link login i-Citra menggunakan direct link ke portal i-Citra di icitra.kwsp.gov.my

Izinkan kami berkongsi.

1. Login i-Citra melalui icitra.kwsp.gov.my

Sila ikuti langkah-langkah yang ringkas untuk login i-Citra seperti di bawah:

  1. Layari direct link untuk Log Masuk i-Citra KWSP di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Ada beberapa bahagian yang tertera seperti:
    • PERMOHONAN
    • SEMAK STATUS PERMOHONAN
    • SOALAN LAZIM
    • PANDUAN PENGGUNA
  3. Jika anda masih lagi belum daftar iCitra lagi, sila klik butang PERMOHONAN
  4. Secara asasnya, portal ini memang tidak ada butang untuk login i-Citra
  5. Tetapi, apabila anda klik butang PERMOHONAN, itu sebenarnya adalah cara untuk login dan mohon iCitra
  6. Buat masa ini, butang SEMAKAN STATUS PERMOHONAN masih lagi belum aktif
  7. Sila baca dan hadamkan SOALAN LAZIM jika ada persoalan yang masih belum terjawab
  8. Boleh rujuk PANDUAN PENGGUNA bergambar yang disediakan oleh pihak KWSP

 

2. Login i-Citra melalui www.kwsp.gov.my

Walau bagaimapun, tidak salah untuk cuba login i-Citra melalui laman utama www.kwsp.gov.my. Cuma agak panjang sedikit caranya.

  1. Layari laman web rasmi KWSP di sini: https://www.kwsp.gov.my
  2. Pilih Bahasa Melayu dengan klik menu BM di sebelah atas kanan
  3. Anda akan dibawa ke laman ini: https://www.kwsp.gov.my/ms/
  4. Akan terpapar slider yang cukup besar; yang tertulis Pengeluaran i-Citra 
  5. Klik Mohon Sekarang
  6. Seterusnya, anda akan dibawa ke https://icitra.kwsp.gov.my
  7. Sila login i-Citra seperti biasa

 

3. Amaun pengeluaran i-Citra yang dibenarkan

Untuk makluman, KWSP hanya membenarkan pengeluaran maksimum sebanyak RM5,000 sahaja. Dan RM5,000 ini bukanlah untuk pengeluaran sekaligus.

Anda hanya boleh mengeluarkan RM1,000 sahaja setiap bulan. Jadi, jika permohonan i-Citra lulus pada bulan Julai 2021, anda akan menerima duit KWSP untuk 5 bulan seterusnya iaitu:

  1. Bulan pertama: RM1,000 pada bulan Ogos 2021
  2. Bulan kedua: RM1,000 pada bulan September 2021
  3. Bulan ketiga: RM1,000 pada bulan Oktober 2021
  4. Bulan keempat: RM1,000 pada bulan November 2021
  5. Bulan kelima: RM1,000 pada bulan Disember 2021

 

4. Semakan permohonan i-Citra diterima

Macam mana mahu check i-Citra untuk mengetahui status LULUS atau GAGAL jika sebenarnya permohonan anda tidak diterima?.

Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Sila buat permohonan i-Citra mengikut panduan yang diberikan
  3. Selesaikan Bahagian 1: Amaun Pengeluaran
  4. Selesaikan Bahagian 2: Maklumat Permohonan
  5. Selesaikan Bahagian 3: Pengesahan Permohon
  6. Sila ambil perhatian d Bahagian 4: Selesai
  7. Anda akan melihat paparan TERIMA KASIH. Permohonan anda telah diterima. Sekiranya diluluskan, bayaran akan dibuat mulai bulan Ogos.
  8. Sila screenshot dan simpan paparan ini untuk rekod.
  9. Selesai

 

5. Login & semak kelulusan i-Citra

Seterusnya, ikuti langkah-langkah di bawah untuk semak samada lulus atau tidak permohonan i-Citra.

Ikut langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal rasmi i-Citra di sini: https://icitra.kwsp.gov.my
  2. Login i-Citra seperti biasa
  3. Klik SEMAK STATUS PERMOHONAN
  4. Masukkan Nombor MyKad / MyPR
  5. Abaikan Nombor Pasport / MyKAS kerana ini adalah untuk semakan pencarum yang berstatus Bukan Warganegara
  6. Pilih Kod Nombor Telefon Bimbit yang tersenarai:
    • 010
    • 011
    • 012
    • 013
    • 014
    • 015
    • 016
    • 017
    • 018
    • 019
  7. Masukkan Nombor Telefon Bimbit and yang betul dan masih aktif semasa pendaftaran tempohari
  8. Tick Saya bukan robot
  9. Tekan butang SEMAK STATUS
  10. Sila semak status kelulusan anda seperti yang terpapar
  11. Sekiranya berjaya, anda akan melihat paparan STATUS PERMOHONAN dan dibawah tulisan tersebut anda terpapar NAMA ANDA
  12. Selanjutnya, di bawah nama anda, akan ada butang warna hijau PERMOHONAN ANDA TELAH DILULUSKAN
  13. Maklumat mengenai pembayaran juga akan dipaparkan
  14. Contohnya: Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank anda akan dibuat sebelum 31 Ogos 2021.
  15. Selesai

 

6. Semakan duit i-Citra masuk akaun bank

Kalau sudah login i-Citra dan mendapat status LULUS, jangan terlalu happy. Tunggu sehingga pihak KWSP memasukkan duit dalam akaun bank anda. Ini kerana walaupun anda berhati-hati semasa mengisi maklumat bank tempohari, ada kemungkinan anda melalukan perkara berikut:

  • Tersalah isi nombor akaun
  • Memasukkan bank dan nombor akaun orang lain
  • Memasukkan nombor akaun bank yang tidak aktif lagi

Jika ini berlaku, anda mungkin mempunyai masalah untuk menerima duit i-Citra.

 

7. Maklumat lanjut iCitra

Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh hubungi Hotline i-Citra di talian 03-89224848. Talian ini dibuka dari jam 8 pagi sehingga 5 petang; setiap Isnin hingga Jumaat.

Talian customer service KWSP ini akan ditutup pada hari-hari kelepasan am Persekutuan dan Negeri Selangor.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian ringkas berkenaan cara login i-Citra melalui direct link icitra.kwsp.gov.my ini dapat memudahkan lagi urusan permohonan pengeluaran duit KWSP anda.

Bila lulus dan dapat duit, jangan berbelanja ikut nafsu. Ingatlah hari-hari mendatang.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “Login i-Citra (Link Log Masuk KWSP di icitra.kwsp.gov.my)”

Leave a Comment