bankislam.biz (Login Bank Islam Online)

Perbankan Internet Bank Islam merupakan satu sistem perbankan yang membolehkan pelanggan-pelanggan berdaftar untuk login Bank Islam dan seterusnya melakukan transaksi perbankan secara online melalui https://www.bankislam.biz. Ini termasuk urusan harian seperti pembayaran bil, pemindahan wang menggunakan fungsi Instant Transfer Bank Islam, semak baki akaun Bank Islam dan macam-macam lagi.

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi semua perkara yang berkaitan dengan hal-hal login Bank Islam.

Cara Login Bank Islam Online

Berikut ialah cara login Bank Islam melalui Perbankan Internet Bank Islam:

  1. Klik pautan Perbankan Internet Bank Islam di sini: https://www.bankislam.biz
  2. Halaman utama Bank Islam akan terpapar
  3. Tekan butang INTERNET BANKING LOGIN
  4. Login bankislam.biz seperti biasa
  5. Masukkan USER ID
  6. Teruskan dengan menekan butang Login
  7. Sila buat pengesahan Private Image dan Private Word
  8. Tekan butang Yes
  9. Masukkan Password
  10. Teruskan dengan menekan butang Login
  11. Sekiranya tidak ada apa-apa masalah login, anda akan dapat masuk ke dalam sistem Bank Islam
  12. Lakukan transaksi yang diingini seperti bayar bil, pemindahan wang dan lain-lain melalui Bank Islam
  13. Selesai

 

Tak Boleh Login Bank Islam?

Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk Bank Islam.

Antara masalah yang selalu berlaku dan penyelesaian kepada permasalahan login Bank Islam ini adalah seperti berikut:

  1. Tersilap Kata laluan Bank Islam. Apabila ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Pastikan anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan atau reset password Bank Islam anda.
  2. Tersilap username. Nampak macam tak logik, tapi ia sememangnya berlaku. Periksa sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa mendaftar username anda. Jika ya, anda perlu menghubungi bank anda untuk mendapatkan bantuan.
  3. Sambungan Internet lemah dan bermasalah. Jika line nampak slow macam siput, pastikan anda menggunakan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk.
  4. Perkhidmatan Bank Islam online ditutup. Mohon anda pastikan perkhidmatan Internet Banking tidak ditutup untuk maintenance atau sebab lain. Boleh rujuk Twitter untuk melihat status terkini.
  5. Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser anda seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
  6. Masalah browser itu sendiri. Cuba gunakan pelayar yang berbeza untuk log masuk Bank Islam. Ini boleh membantu mengesan jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.

Jika anda jenis orang yang celik IT, anda boleh cuba reset password Bank Islam sendiri secara online melalui https://www.bankislam.biz. Tidak susah mana pun. Hanya perlu ikut langkah-langkah yang diberikan satu persatu.

Jika tidak berani, sila hubungi Customer Service Bank Islam jika anda masih mengalami masalah log masuk atau perlu bantuan untuk menetapkan semula kata laluan.

 

Cara Reset Kata Laluan Bank Islam Secara Online

Kami faham, anda mahu cepat dan mahu reset kata laluan Bank Islam sendiri.

Boleh ikuti panduan ringkas berkenaan cara reset password Bank Islam ini. Sila bersedia dengan telefon bimbit anda di sisi kerana pihak Bank Islam akan menghantar SMS TAC Bank Islam atau OTP untuk verifikasi.

 

Cara Reset Password bankislam.biz Melalui Customer Service

Kalau anda malas nak fikir dan tak ada masa nak Google cara reset password Bank Islam, anda boleh sahaja hubungi Customer Service Bank Islam.

Berikut ialah cara menetapkan semula kata laluan Bank Islam anda dengan bantuan Customer Service:

  1. Buat panggilan ke Bank Islam di talian 03-26 900 900
  2. Tekan nombor 1, 2 atau 3 untuk pilih bahasa
  3. Untuk memudahkan urusan pertanyaan berkenaan login, pilih Bahasa Melayu
  4. Tunggu sebentar sehingga panggilan anda dijawab oleh Customer Service Bank Islam
  5. Apabila panggilan sudah dijawab, perkenalkan diri anda
  6. Untuk tidak melengahkan masa, terus berikan nombor akaun atau nombor Kad Pengenalan
  7. Beritahu Customer Service, anda ada masalah untuk login
  8. Sekiranya perlu, Customer Service di talian akan tanya beberapa soalan untuk proses verifikasi
  9. Untuk proses verifikasi ini, sila jawab soalan-soalan yang ditanya dengan betul
  10. Ini adalah untuk memastikan bahawa anda benar-benar pemilik akaun ini
  11. Pihak Customer Service di talian akan membuat proses verifikasi terlebih dahulu
  12. Seterusnya, pihak Customer Service akan membantu anda buat semakan berkenaan akaun anda
  13. Jika betul-betul tak ingat password, minta Customer Service reset password
  14. Terus kekal di talian sementara pihak Customer Service membantu menyelesaikan masalah login dan password anda
  15. Sekiranya semuanya berjalan lancar, masalah login anda akan diselesaikan oleh Customer Service
  16. Selesai

 

Macam Mana Cara Memilih Password Yang Baik?

Secara asasnya, gunakanlah kombinasi huruf besar dan kecil, angka, dan simbol. Ini akan meningkatkan kekerapan kesukaran kata laluan untuk diteka.

  1. Jangan gunakan kata-kata yang mudah diperoleh, seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor telefon.
  2. Jangan gunakan kata-kata yang sama untuk akaun yang berbeza.
  3. Jangan simpan kata laluan Bank Islam anda di telefon atau komputer anda.
  4. Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa.
  5. Sesekali menukar kata laluan Bank Islam anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
  6. Gunakan panjang kata laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara

 

Kalau Masih Tak Boleh Login, Boleh Pergi Ke Cawangan Bank Islam?

Selalunya, masalah login Bank Islam boleh diselesaikan secara online sahaja.

Namun, dalam kes-kes tertentu, ada kalanya anda pergi hadirkan diri ke cawangan Bank Islam berhampiran untuk proses verifikasi yang lebih terperinci.

Jika ini berlaku, ikuti panduan berikut:

  1. Sila pergi ke cawangan Bank Islam yang berhampiran
  2. Pastikan bawa Kad Pengenalah dan buku bank (jika ada) untuk pengesahan oleh pihak bank nanti
  3. Jika tiada buku, anda boleh sahaja tunjukkan screenshot nombor akaun Bank Islam anda
  4. Ambil nombor giliran
  5. Duduk di tempat yang disediakan
  6. Tunggu seketika, sementara nombor dipanggil
  7. Jika nombor giliran sudah tiba, pergi ke kaunter tersebut
  8. Serahkan Kad Pengenalan supaya pegawai bank boleh buat pengesahan identiti
  9. Maklumkan masalah login anda pada pegawai bank yang bertugas
  10. Pegawai bertugas tersebut akan bantu anda selesaikan permasalahan login anda yang mungkin tidak dapat dibantu oleh pihak Customer Service Bank Islam
  11. Sebelum beredar, pastikan tanya apa-apa soalan berkenaan Perbankan Internet
  12. Selesai

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login Bank Islam ini akan memudahkan urusan perbankan anda.

Seperti yang dimaklumkan tadi, masalah log masuk Bank Islam mungkin berlaku akibat beberapa sebab seperti kata laluan yang salah, sambungan internet lemah, atau perkhidmatan internet banking yang ditutup.

Namun, dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan seperti menyemak kata laluan anda, memastikan sambungan internet yang stabil, dan menghubungi Bank Islam, anda boleh menyelesaikan masalah ini.

Ingat juga, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan Bank Islam yang kuat dan kerap menukarnya.

Semoga bermanfaat.

3 thoughts on “bankislam.biz (Login Bank Islam Online)”

Leave a Comment