Cara Terminate Maxis Fibre (Secara Online / Walk-In Maxis Centre)

Kepada pengguna Maxis Fibre di luar sana yang sudah lama melanggan dan menggunakan servis Maxis, kami ingin bertanya satu soalan kepada anda. Adakah anda berpuas hati dengan servis Maxis Fibre anda? Adakah anda ingin menukar pengalaman dan mencuba perkhidmatan daripada pihak lain seperti Unifi? Jangan risau kerana pada hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang cara terminate Maxis Fibre.

Cara terminate Maxis Fibre

Untuk pelanggan Maxis Fibre yang berpuas hati dan gembira dengan servis yang diterima, usah khuatir kerana kami hanya ingin menyediakan alternatif untuk anda sekiranya anda berminat dan mempunyai keinginan untuk menukar ke perkhidmatan lain yang disediakan selain Maxis Fibre.

Baiklah seperti yang anda semua sedia maklum, kebanyakan daripada kita akan berfikir, sekiranya ingin terminate Maxis Fibre kita perlu ke kaunter Maxis bukan? Tidak semestinya. Oleh itu kami akan jelaskan kepada anda dua cara terminate Maxis Fibre anda secara online dan juga menerusi kaunter Maxis.

#1 Terminate Maxis Fibre secara online

Baiklah untuk kaedah pertama ini adalah untuk mereka yang tidak suka beratur panjang dan kaedah ini adalah yang paling mudah, iaitu secara online ataupun atas talian.

  1. Pertama sekali anda perlu melayari internet dan membuka laman web Portal Maxis.
  2. Setelah membuka laman web tersebut, anda perlu log masuk ke dalam akaun Maxis anda.
  3. Sekiranya anda adalah pengguna baru, anda boleh membuat pendaftaran baru dengan cara klik “First Time User“.
  4. Apabila sudah selesai log masuk, anda perlu mencari dan klik “View My Invoice” untuk menyemak semua baki anda yang masih belum dibayar dan tertunggak. Klik pada invoice anda yang paling baru.
  5. Invoice anda akan menunjukkan semua bayaran anda yang tertunggak dan memerlukan anda untuk melakukan pembayaran penuh sebelum anda terminate Maxis Fibre anda.
  6. Anda boleh melakukan pembayaran dengan cara klik “Proceed“.
  7. Bayaran bil tertunggak anda boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah termasuk menggunakan kad kredit anda ataupun menerusi FPX bank pilihan anda seperti Maybank2u.
  8. Selesai membuat pembayaran, anda boleh menyemak status pembayaran anda dengan cara klik pada “View Payment History“.
  9. Kemudian, klik pada “Live Chat” untuk berhubung terus dengan pihak Maxis.
  10. Tunggu panggilan anda disambut oleh pihak Maxis, dan apabila sudah disambungkan, anda perlu menjelaskan kepada mereka bahawa anda berhasrat untuk terminate servis Maxis Fibre anda.
  11. Selesai proses terminate Maxis Fibre anda.

#2 Terminate Maxis Fibre di kaunter Maxis

  1. Anda perlu ke kaunter Maxis berhampiran dengan anda.
  2. Sampai di sana, anda perlu mengambil nombor giliran dan tunggu sehingga giliran anda dipanggil.
  3. Apabila dipanggil, anda terus ke kaunter dan jelaskan hasrat anda untuk terminate Maxis Fibre anda.
  4. Operator akan minta maklumat peribadi anda untuk pengesahan.
  5. Selepas itu, selesailah proses terminate akaun Maxis Fibre anda.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian pada hari ini akan memudahkan urusan anda untuk terminate Maxis Fibre anda.

Sekiranya anda pengguna Maxis yang masih menggunakan kaedah prepaid, jemput baca cara share kredit Maxis anda.

Sekiranya perkongsian ini membantu anda, jangan lupa untuk kongsikan untuk kebaikan bersama.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Terminate Maxis Fibre (Secara Online / Walk-In Maxis Centre)”

  1. I LIKE TO TERMINATE MY MAXIS ACCOUNT WITH IMMERDITE EFFECT.
    MY ACCCOUNT 2205517069 .

    REASON PERSONAL.

    THANK YOU

    Reply

Leave a Comment