Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat (Check Guna Online Banking)

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat (Check Guna Online Banking)

Selain boleh semak baki akaun Bank Rakyat secara online, kami juga ingin kongsikan cara semak baki pinjaman Bank Rakyat secara ringkas dan mudah untuk anda.

Persediaan

Bank Rakyat menawarkan pinjaman kepada sektor awam dan swasta. Antara pinjaman yang ditawarkan ialah:

  • Pembiayaan Peribadi-i
  • Pembiayaan Kenderaan-i
  • Pembiayaan Perumahan-i
  • Pajak Gadai-i
  • Pembiayaan Pendidikan-i

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat

Berikut merupakan panduan semakan baki pinjaman Bank Rakyat melalui tiga cara.


1. Panduan check pinjaman melalui online banking Bank Rakyat

Berikut merupakan cara semakan baki pinjaman secara online banking seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://www.irakyat.com.my/
  2. Klik Login.
  3. Klik Personal Banking.
  4. Masukkan Username.
  5. Klik Login.
  6. Sahkan Secure Phrase bagi memastikan cara semakan baki pinjaman anda dapat diteruskan dengan mudah.
  7. Klik Yes.
  8. Masukkan Password.
  9. Klik Login bagi memulakan proses semak baki pinjaman akaun anda.
  10. Klik Accounts Info.
  11. Klik Account Overview.
  12. Semua maklumat tentang akaun misalnya tentang pinjaman dan pembiayaan peribadi anda akan terpapar. (Financing Account-i)
  13. Selesai.

 

2. Cara semak baki pinjaman melalui talian tele-rakyat 1-300-80-5454

Anda juga boleh menghubungi talian tele-rakyat di 1-300-80-5454 bagi semak baki pinjaman anda. Talian ini dibuka untuk 24 jam.Pihak bank akan bertanyakan beberapa soalan bagi tujuan pengesahan diri anda. Anda boleh terangkan kepada pegawai bank yang anda ingin membuat semakan baki pinjaman anda dengan Bank Rakyat.

 

3. Panduan semak baki melalui e-mel di [email protected]

Selain cara semak baki pinjaman melalui akaun online banking dan menghubungi talian tele-rakyat, anda juga boleh menggunakan e-mel. Anda perlu sediakan e-mel untuk bertanyakan tentang baki pinjaman dan menghantarkan ke [email protected].


 

4. Cara semak baki pinjaman melalui cawangan Bank Rakyat

Lawati cawangan Bank Rakyat yang terdekat. Bawa MyKad anda. Kemudian, anda boleh bertanya dengan pegawai bank tersebut tentang keperluan anda lawat ke bank. Anda boleh terangkan bahawa urusan anda ingin semak baki pinjaman di bank tersebut.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian seperti di atas telah memudahkan lagi urusan anda.


Anda juga boleh baca panduan semakan baki akaun BSN  dan baki akaun ASB secara online sekiranya anda pengguna BSN atau ASB.

Sekiranya anda pengguna Bank Islam tapi tidak tahu check balance dalam akaun anda , sila baca panduan semakan baki akaun Bank Islam.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Semak Baki Pinjaman Bank Rakyat (Check Guna Online Banking)

Leave a Comment