Cara Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos (Dan Secara Online)


Meskipun kini sudah ramai daripada golongan kita yang mempunyai kereta atau pun motor milik mereka sendiri, namun masih ada segelintir daripada mereka yang sebenarnya masih belum reti cara-cara untuk renew roadtax motor dan juga insurans.

Langkau artikel ini jika mahu baca cara check saman di SSO PDRM online.

Checklist sebelum renew roadtax motor, tamat tempoh

Sebelum anda renew roadtax dan insurans kereta serta motor, ini dia 4 perkara yang boleh anda ambil kira:

Semak tarikh tamat insurans dan roadtax

Sebelum renew roadtax anda, pastikan anda tahu tarikh tamat tempoh roadtax anda terlebih dahulu.

Pastikan bawa geran kenderaan bersama

Seperti yang kita tahu, di dalam geran kenderaan tersebut ada maklumat lengkap tentang kenderaan anda seperti model kereta, tahun kereta dan banyak lagi.

Pastikan kenderaan anda bebas daripada apa-apa saman

Jika anda mempunyai apa-apa tunggakan saman, anda terpaksa melangsaikannya terlebih dahulu.

Ini kerana anda tidak sesekali dibenarkan untuk memperbaharui roadtax kenderaan sekiranya ada mempunyai tunggakkan.

Semak harga pasaran kenderaan anda

Dengan menyemak secara awal harga pasaran terkini kenderaan anda demi kepentingan insurans.

 

Cara renew roadtax motor offline

Menerusi Pejabat Pos

  1. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan
  2. Dokumen yang perlu dibawa:
  • Kad pengenalan
  • Sijil pemilikan kenderaan atau salinan geran
  • Cover note insurans
  1. Beratur di kaunter dan tunggu giliran anda
  2. Siap

Namun bagi sesiapa yang sudah kehilangan salinan geran, mereka masih boleh renew roadtax masing-masing di Pejabat Pos dengan cara:

  1. Perlu bawa Kad Pengenalan atau pun passport yang sah. Jika wakil yang pergi ke Pejabat Pos, Kad Pengenalan pemilik tidak diperlukan.
  2. Pergi ke Pejabat Pos berdekatan.
  3. Tunggu giliran anda dan siap.

 

Cara renew roadtax motor online

Antara cara untuk renew roadtax, insurans kereta dan motor:

Menerusi Loanstreet

Kaedah ini hanya boleh dilalukakan bagi membayar roadtax dan insurans motor sahaja.

  1. Layari laman web Loanstreet
  2. Cari butang insurans, dan klik pada motorcycle insurance
  3. Masukkan maklumat peribadi anda serta kenderaan
  4. Klik butang buy now jika setuju dengan sebut harga yang dipamerkan
  5. Anda boleh renew roadtax sekali gus jika mahu. Jika tidak, tekan butang seterusnya
  6. Sahkan maklumat dan buat pembayaran
  7. Tunggi email yang mengandungi cover note insurans motor
  8. Siap

Menerusi MyEG

    1. Layarai laman web https://autoroadtax.com.my
    2. Pilih bahasa
    3. Klik renew online new / perbaharui insurans sekarang
    4. Isikan nombor kad pengenalan dan nombor kereta
    5. Pilih syarikat insurans
    6. Harga renew roadtax akan dilakukan secara automatik
    7. Bayar secara online atau kaedah lain yang dibenarkan
    8. Muat naik cover note dengan memasukkan nombor kad pengenalan
    9. Siap

 

Jenis insurans di Malaysia

Sebelum itu, mari kita lihat 3 jenis perlindungan insurans yang ada di Malaysia.

1st party

  • Perlindungan insurans jenis ini akan cover keseluruhan perbelanjaan sekira berlakunya kemalangan pada kereta milik kita, mahu pun pihak yang dilanggar.
  • Perlindungan insurans ini juga akan cover bagi mereka yang kehilangan kereta atau pun kebakaran kereta.
  • Perlindungan insurans ini membenarkan kita untuk menambah jenis perlindungan lain.
  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.

3rd party fire & theft

  • Tempoh masa perlindungan insurans ini adalah selama 15 tahun.
  • Perlindungan insurans jenis ini hanya akan cover kereta yang dilanggar oleh pemilik, kenderaan hilang atau pun terbakar.

3rd party

  • Perlindungan insurans jenis ini hanya fokus pada yang mempunyai motor sahaja.
  • Harga yang dikenakan sangat murah berbanding jenis perlindungan yang lain.

Pun begitu, bagi mereka yang masih ada tunggakan hutang atau pun saman yang membabitkan kenderaan mereka, perlulah langsaikan tunggakan tersebut sebelum mengambil perlindungan insurans ini.

Akhir kalam

Cara renew roadtax motor

Jadi, bagi sesiapa yang ingin renew roadtax motor serta insurans kenderaan masing-masing, ada baiknya jika anda membuat persiapan secara awal.

Jangan ingat insurans untuk kenderaan sahaja.

Jemput baca untuk insurans takaful yang bagus untuk keluarga juga.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • renew insurans roadtax pejabat pos perlu geran?
  • cara renew roadtax motor
  • renew roadtax di pejabat pos
  • apa perlu bawa untuk renew roadtax di pejabat pos
  • apa perlu untuk hidup roadtax motor pejabat pos
  • bayar road tax di pos office
  • cara pilih harga roadtax paling murah
  • cara renew roadtax di pejabat pos
  • roadtax motor
  • cara renew roadtax motor ex5 pejabat pos
Sebarkan kebaikan

2 thoughts on “Cara Renew Roadtax Motor di Pejabat Pos (Dan Secara Online)”

Leave a Comment