Cara Masukkan Topup Celcom (Reload Guna SMS, Kad & PIN Code)

Sudah beli topup, tapi tak tahu cara masukkan topup Celcom? Bila kita tidak jumpa caranya, mulalah menggelabah mahu Google dan rujuk laman web rasmi Celcom. Malangnya, selalu tidak jumpa langkah-langkahnya. Memang rasa nak marah, geram pun ada!

Janganlah marah-marah. Senyum dulu.

Mudah sahaja, izinkan kami berkongsi.

1. Cara masukkan topup Celcom dari kad

Kad topup Celcom boleh dibeli di mana-mana kedai berhampiran.

  1. Beli dahulu kad topup yang mengandungi nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Taip REC16-digit pincode dan hantar ke 2888
  5. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli
  6. Selesai

 

2. Cara masukkan topup Celcom dari softpin

Soft Pin ialah baucar yang dicetak secara serta merta. Contohnya, beli dari 7 Eleven.

  1. Beli dahulu baucar topup yang mengandungi nombor nombor 16 digit
  2. Pilih amaun topup yang dikehendaki
  3. Pastikan cukup 16-digit pincode tersebut
  4. Dail *122*16-digit pincode# daripada telefon bimbit anda
  5. Contoh: *122*128852818385651
  6. Pastikan nilai kredit adalah sama dengan amaun yang dibeli
  7. Selesai

 

3. Macam mana jika PIN tidak sah?

Anda sudah beli softpin di 7 Eleven melalui MOL, guna ePay di Celcom Centre atau Celcom Blue Cube. Walau bagaimanapun, sudah cuba masukkan tapi masih lagi tidak berjaya.

Menurut sumber Celcom, anda pergi pergi semula tempat anda beli topup tadi. Jika PIN tadi telah digunakan, mereka perlu buat laporan pada Celcom ataupun vendor yang menguruskan sistem itu.

Cuma, jika masalah seperti ini berlaku, mereka mungkin tidak boleh memberikan PIN baru serta-merta. Ini kerana mereka perlu buat siasatan terlebih dahulu.

Untuk maklumbalas lebih pantas, boleh hubungi 1111 dan bercakap dengan Customer Service.

 

4. Topup Celcom tahan berapa lama?

Menurut komuniti ini lagi, tempoh sah bagi kredit Celcom adalah bergantung kepada jumlah atau nilai reload tersebut.

Jika nilai reload ialah RM5, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 5 hari.

Begitu juga jika nilai reload ialah RM10, maka topup tersebut akan sah dan tahan selama 10 hari.

 

Akhir kalam

Apa yang anda baca di atas ialah yang telah kami ringkaskan dan alih bahasa dari laman web komuniti Celcom di sini.

Panduan itu memang ada, cuma kadang-kadang kita tak jumpa.

Semoga dengan adanya panduan mudah ini, hari anda kembali ceria dan tidak lagi marah-marah.

Semoga bermanfaat.

53 thoughts on “Cara Masukkan Topup Celcom (Reload Guna SMS, Kad & PIN Code)”

  1. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply
  2. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply

    Reply
  3. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply
  4. Tapi macam mana kalau account kita dh kena block?macam mana mau atur..saya dh cuba tekan *122*16digit tapi dia respond “your account has been locked

    Reply
  5. hasil pertanyaan saya dengan celcom dealer, boleh bawa kad reload ke mana-mana celcom centre. nanti diorang akan retrieve balik pin itu

    Reply
  6. Saya top up ke kawan n dia bgtau top up tu dah diguna kan mcm mna nk blok no pin tu untuk tidak digunakan?sebab saya syak dia shja takmau bayar duit kpda saya

    Reply
    • saya bili Toup celcom rm 30)
      pin numbers ada *122*lagi 16digital numbers saya tkan. tpi tak masuk juga.lagi hantar sms suruh call 123.Xada guna juga.lagi suruh call 2888.sya calll 2888 Xada guna nak hantar SMS Xboleh.habis sya nak buat apa.
      bukan 5/10/RINGIT .30 ringit bosku.ini company celcom mahu tipu dgan orang.ini Xboleh lepas macam ni kenak buat report ni.
      maaf kan saya sbab saya buat kereja 1hari dpat rm50 saja. dalam ni hilang rm30.orang macam sya boleh jadi gila .bos sya bukan orang kaya tapi allhamdulillah bukan miskin pun.

      Reply

Leave a Comment