Cara Login Maxis MMS, Untuk Postpaid (maxis.com.my/mms)


Tidak semua orang ada telefon pintar yang canggih. Ada juga golongan yang masih lagi menggunakan telefon biasa, yang tidak berapa pintar. Ini bermakna, apabila mereka terima gambar atau video dalam bentuk MMS, ia mesti dibuka dengan pautan yang khas. Izinkan kami kongsi cara login Maxis MMS, yang khusus untuk pengguna pasca bayar.

Langkau artikel ini untuk baca cara share kredit Maxis.

Apa itu MMS?

Sebelum itu, izinkan juga kami kongsikan serba sedikit mengenai MMS.

MMS bermaksud Perkhidmatan Pesanan Multimedia. Ia dibina menggunakan teknologi yang sama seperti SMS untuk membolehkan pengguna SMS menghantar kandungan multimedia.

Ia paling popular digunakan untuk menghantar gambar, tetapi juga boleh digunakan untuk menghantar audio, kenalan telefon dan fail berbentuk video.

 

Cara login Maxis MMS

Panduan ini ialah panduan yang lama untuk pengguna yang masih lagi menggunakan telefon lama.

Walau bagaimanapun, jika pengguna telefon baru atau smartphone seperti Android dan iPhone, MMS masih lagi boleh diterima. Cuma perlu buat setting yang betul.

  1. Sila ke laman web Maxis yang rasmi di pautan berikut: http://mms.maxis.net.my
  2. Anda juga boleh terus ke pautan ini: http://www.maxis.com.my/mms
  3. Klik logo Maxis
  4. SIla ambil maklum, klik logo Maxis jika anda pengguna pasca bayar
  5. Pengguna prabayar Hotlink perlu klik logo Hotlink
  6. Masukkan nombor telefon anda
  7. Masukkan password yang anda terima dalam SMS untuk membuka MMS yang dihantar
  8. Kini, anda boleh lihat Maxis MMS, iaitu gambar atau video yang dihantar oleh seseorang kepada anda
  9. Sila download untuk simpan gambar atau video yang dihantar.
  10. Jika tidak ia akan expire dan anda tidak lagi boleh lihat melalui pautan yang diberi.

Sila ambil maklum bahawa anda mesti buka pautan yang diberikan dalam masa 24 jam. Jika tidak, gambar dan video MMS itu akan expire. Ini bermakna, anda perlu mengaktifkan semula fungsi MMS.

Jika masih lagi tidak boleh, sila hubungi khidmat pelanggan Maxis atau terus ke muka hadapan laman web rasmi di http://www.maxis.com.my

 

Apa beza SMS dan MMS?

Sekadar perkongsian, SMS bermaksud Perkhidmatan Mesej Ringkas. Dicipta pada 1980-an dan ditakrifkan dalam piawaian GSM pada tahun 1985. SMS juga merupakan salah satu teknologi teks tertua. Sebelum adanya Whatsapp, ia merupakan yang paling meluas dan kerap digunakan.

Oleh kerana SMS dan MMS dihantar melalui rangkaian selular, ia tidak memerlukan Internet. Contoh, Maxis MMS hanya perlukan telefon biasa sahaja.

Mesej SMS yang standard dihadkan kepada 160 aksara setiap mesej. Sekiranya mesej melebihi had ini, ia dipecahkan kepada beberapa segmen sebanyak 160 aksara, bergantung kepada panjangnya.

Kebanyakan penyedia telekomunikasi hari ini , termasuk Maxis, secara automatik menggabungkan mesej ini bersama-sama untuk memastikan mereka tiba mengikut susunan yang dihantar.

Tidak seperti SMS, mesej MMS tidak mempunyai had standard. Walaupun saiz maksimumnya bergantung kepada pembawa dan peranti menerima mesej itu, 300 KB sering disebut sebagai saiz terbesar pembawa yang paling pasti akan mengendalikan.

Caj MMS juga lebih mahal daripada SMS.

 

Akhir kalam

Cara login Maxis MMS

Kami harap panduan cara login Maxis MMS ini membolehkan anda melihat hantaran gambar dan video seperti dalam pautan yang diberikan dalam SMS anda.

Disarankan agar jangan berkongsi media yang tidak sepatutnya seperti format 3GP dan lain-lain. Dalam hidup ini, biarlah kita berkongsi perkara yang baik-baik sahaja.

Semoga bermanfaat.

414 thoughts on “Cara Login Maxis MMS, Untuk Postpaid (maxis.com.my/mms)”

  1. towl tuh…aku nk bkak gmbr mms pown x leh…x der tunjuk ajar .dah lama aku cuba.satu hapak pon x leh wat…x pelah,boleh cuba lagi…

  2. ermm aku pkai postpaid tp kn membe aku ckp aku bg mms kat die padahal tipon aku nk bg mms pon x dapat..huhu
    cam ne leh jadi cm tu ehh…ade sapa yang tau??

  3. want free and call firend and teacher so free discounts .please help me .please .iam sad and feeling sadden .want free internet me 2 .

  4. ahHHHHH…!! semua pengencing tepi jalan ataS katiL daN tayaR! dasar pengencing dan tak reti basoH.. PENIPU !

  5. apasal x dapat mms nie.. ari tuh aq on dpt plak.. atoy nie yg menyampah nie.. nk teng0k gunew enset dh r0sak.. atoy

  6. Why must phone users need to go thru all this procedures before he can open his MMS ? This is unnecessary and absurd ! Maxis should execute a programme whereby the user can click and see it right away. Dear Maxis Customer Care – please explain

  7. Maxis bodoh betul.tiap tiap bulan bayar beratus Saja . Nak tengok mms sendiri pun tak datang. Tahu Saja untung duit.tak pakai otak pigi kerja

  8. This is most stupid company I ever seen. Can’t do the good service to own regular customer .only silence when customer complain .

  9. My freind is a bankrup man. I’m doing business over thousand a day. Now, he is sending mms to me but I can’t read it. U guys know what problem I’m having now. Pls, settle your Internet side problem before mine mms is more that my quotation @ invoice. Pls. Take action @ don’t give me unreasonable excuse .

Leave a Comment