Cara Daftar Tahun 1 2022 / 2023 (Register Darjah Satu Secara Online)


Adakah anak anda dah nak masuk tahun 1? Tapi, masih runsing dengan panduan daftar yang lengkap sebab keliru, bukan? Jadi, izinkan kami kongsikan cara daftar tahun 1 2022 secara mudah.

Persediaan / Pra-Syarat

  • Warganegara dan bukan warganegara yang berusia enam tahun (cukup umur) pada tahun semasa layak untuk pendaftaran Tahun 1 2022.
  • Jika anak berusia lima tahun (cukup umur) pada tahun semasa juga layak untuk mendaftar Tahun 1 2023.
  • Ada pilihan, anda boleh daftar secara online atau isi borang secara manual.
  • Sekiranya anda pilih untuk mendaftar secara online, anda perlu mohon melalui https://public.moe.gov.my/
  • Sekiranya anda pilih untuk isi borang secara manual, anda perlu buat proses pendaftaran di sekolah yang dipilih dan bukan secara online.

Cara daftar Tahun 1 2022 / 2023

Berikut merupakan panduan pendaftaran bagi tahun 1 2022.

#1 Cara daftar pengguna baru untuk mohon Darjah Satu

Sebelum anda mohon untuk tahun 1 2022, anda perlu daftar terlebih dahulu seperti cara di bawah.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Klik PENGGUNA BARU.
  3. Pada bahagian DAFTAR PENGGUNA BARU, isikan maklumat diri dengan maklumat penjaga/ibubapa.
  4. Masukkan Nama Penuh anda pada ruangan Masukkan nama.
  5. Masukkan No.MyKad pada ruangan Masukkan no mykad.
  6. Masukkan No. Telefon Bimbit pada ruangan Masukkan no telefon.
  7. Masukkan Email anda pada ruangan Masukkan email.
  8. Pada bahagian Maklumat Akaun, masukkan kata laluan anda pada ruangan yang diberikan. (8 – 12 aksara sahaja)
  9. Kemudian, sahkan kata laluan anda.
  10. Pilih soalan keselamatan daripada pilihan yang diberi.
  11. Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan yang dipilih.
  12. Sahkan kod dengan memasukkan aksara seperti yang diberi.
  13. Klik Daftar bagi mengakhiri proses daftar tahun 1 2022 bagi pengguna baru.
  14. Selesai.

 

#2 Cara mohon untuk daftar anak Darjah 1 secara online

Setelah anda selesai dengan proses pendaftaran, anda boleh teruskan kepada cara mohon tahun 1 2022 seperti di bawah.

  1. Layari laman web https://public.moe.gov.my/
  2. Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
  3. Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
  4. Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
  5. Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
  6. Kemudian, klik Permohonan Baharu bagi memulakan permohonan tahun 1 2022.
  7. Pada bahagian ID Pengenalan Murid, masukkan MyKid pada ruangan Nombor MyKid.
  8. Klik Semak.
  9. Anda akan tiba pada bahagian Maklumat Pemohon/Murid.
  10. Isikan maklumat seperti:
    • Maklumat Murid
      • Status bagi OKU (pilih Ya atau Tidak). Sekiranya Ya, baru senarai sekolah pendidikan khas akan dipaparkan
    • Alamat Pemohon/Murid
    • Maklumat Sejarah Pra Sekolah/Tadika
  11. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  12. Kemudian, beralih pula ke bahagian Kesihatan Pemohon/Murid.
  13. Isikan maklumat dengan:
    • Alergi (Alahan)
    • Penyakit/Masalah Kesihatan
    • Maklumat Sejarah Imunisasi Bayi/Kanak-Kanak
    • Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi
  14. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA supaya proses mohon tahun 1 2022 berjalan dengan lancar.
  15. Pada bahagian Maklumat Penjaga, masukkan Maklumat Bapa/Penjaga Pertama.
  16. Pada ruangan No Kad Pengenalan, klik Carian No KP Penjaga Utama.
  17. Kemudian, satu pop-up (Maklumat Penjaga Utama) akan terpapar.
  18. Masukkan No KP Penjaga Utama pada ruangan tersebut.
  19. Klik Carian.
  20. Sekiranya No KP Penjaga tidak berdaftar, klik butang TERUSKAN pada pop-up yang terpapar.
  21. Isikan maklumat penjaga.
  22. Sekiranya No KP Penjaga sudah berdaftar, klik butang OK pada pop-up yang terpapar untuk teruskan proses pengisian maklumat penjaga.
  23. Isikan maklumat penjaga seperti berikut:
    • Kad pengenalan
    • Nama bapa/penjaga
    • Status bapa/penjaga
    • Kaum bapa/penjaga
    • Agama bapa/penjaga
    • Status Kewarganegaraan
    • Negara Asal
    • No. Telefon
    • No. Telefon Rumah
    • Emel
    • Pekerjaan
    • Nama Majikan
    • Alamat Majikan
    • Bandar
    • Poskod
    • Negeri
    • No.Telefon Pejabat
    • Pendapatan
    • Bilangan Tanggungan
  24. Kemudian, klik pada Klik DISINI jika tiada maklumat penjaga kedua.
  25. Sekiranya ada maklumat penjaga kedua, ikut langkah seperti penjaga pertama.
  26. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  27. Pada bahagian Maklumat Permohonan, masukkan:
    • Jenis Sekolah Dipohon
    • Negeri
    • Daerah
  28. Pada bahagian Pilihan Sekolah, masukkan:
    • Sekolah Dipohon
    • Anggaran Jarak Rumah Ke Sekolah
  29. Klik SIMPAN DAN SETERUSNYA.
  30. Pada bahagian Perakuan, baca dan semak semula permohonan anda.
  31. Klik PERAKU BENAR DAN HANTAR.
  32. Kemudian, klik Ok pada pop-up Berjaya Hantar Permohonan.
  33. Selesai.
  34. Anda boleh rujuk panduan manual pengguna untuk dapatkan maklumat lanjut.

 

#3 Cara semak permohonan daftar Tahun 1

Pasti setelah anda daftar dan mohon, anda nak semak proses permohonan tersebut. Berikut merupakan cara semak permohonan tahun 1 2022.

  1. Pada bahagian Daftar Masuk, masukkan ID Pengguna yang didaftarkan pada ruangan No Kad Pengenalan.
  2. Masukkan kata laluan pada ruangan yang diberi.
  3. Klik butang hijau DAFTAR MASUK.
  4. Kemudian, klik pada Permohonan Tahun 1 (Pendaftaran/Penyemakan) yang berada di sebelah kiri bawah laman yang anda tiba.
  5. Klik Semak Permohonan.
  6. Klik butang SEMAKAN.
  7. Kemudian, status permohonan akan dipaparkan.
  8. Klik Cetak Surat Permohonan Sekolah.
  9. Klik Cetak Surat Persetujuan Kesihatan.
  10. Hantarkan ke sekolah yang berjaya dimohon.
  11. Bagi mengetahui dokumen-dokumen yang perlu disertakan dengan surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan, anda boleh terus hubungi sekolah yang telah anda mohon.
  12. Selesai.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar Tahun 1 2022 telah memudahkan lagi urusan persekolahan anak-anak anda nanti.

Bagi yang kurang berkemampuan, anda boleh baca artikel ini untuk mengetahui senarai bantuan kerajaan 2021 yang terkini.

Semoga bermanfaat.


Artikel Berkaitan

Cara Daftar Tahun 1 2022 / 2023 (Register Darjah Satu Secara Online)

Leave a Comment