Cara daftar i-Akaun KWSP tidaklah sesusah mana. Cuma nasihat kami, pastikan anda sediakan maklumat-maklumat penting sebelum buat pendaftaran.
Ikuti perkongsian seperti di bawah.
Syarat pendaftaran
Untuk melayakkan anda mendaftar i-Akaun, anda perlu memenuhi kriteria di bawah:
- Anda ialah seorang pencarum KWSP
- Anda mempunyai nombor ahli KWSP yang sah
- Anda mempunyai nombor telefon bimbit yang masih aktif untuk terima kod TAC
- Majikan anda juga mempunyai nombor KWSP yang sah
Kemaskini nombor telefon sebelum daftar i-Akaun
Nombor telefon anda mestilah yang masih aktif dan boleh dihubungi. Ini kerana kata laluan sementara dan kod TAC akan dihantar ke nombor telefon ini.
Jika mahu kemaskini nombor telefon sahaja, boleh rujuk cara kemaskini no telefon KWSP secara online.
#1 Syarat untuk kemaskini nombor telefon adalah seperti berikut:
- Anda mestilah warganegara Malaysia
- Nombor telefon yang ingin dikemaskini, mesti mempunyai nama yang sama dengan ahli KWSP
- Hanya untuk ahli KWSP yang berumur 55 tahun dan ke bawah sahaja
#2 Kod TAC yang akan dihantar ke nombor telefon ini adalah untuk:
- Lupa ID Pengguna
- Lupa Kata Laluan
#3 Cara daftar dan kemaskini nombor telefon
- Pergi ke mana-mana kaunter KWSP; ATAU
- Pergi ke mana-mna kiosk KWSP; ATAU
- Hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-8922 6000
- Talian ini hanya aktif dari hari Isnin hingga Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sekali lagi, pastikan nombor telefon lama tidak lagi aktif dikemaskini dengan nombor terbaru. Sila rujuk cara aktifkan i-Akaun KWSP untuk maklumat lanjut.
Kandungan
Cara daftar i-Akaun KWSP melalui email
Disebabkan wabak Coronavirus COVID-19, ramai yang cuba mohon keluar duit KWSP Akaun 2 i-Lestari secara online. Namun, tidak boleh keluarkan kerana masih lagi belum mendaftar i-Akaun.
Jika boleh hadir ke cawangan nanti, kami sarankan anda ikuti cara daftar i-Akaun guna kiosk.
Macam mana nak daftar i Akaun KWSP dengan cara yang mudah? Ikuti panduan kami seperti di bawah ini menggunakan email.
- Layari laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Kemudian klik “Daftar Sekarang Melalui Emel”.
- Secara automatik, borang akan dimuat turun.
- Jika tidak, klik sini untuk muat turun borang
- Lengkapkan dokumen PERMOHONAN PENDAFTARA i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
- Sila rujuk PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PENDAFTARAN i-AKAUN (AHLI) MELALUI E-MEL
- Setelah siap mengisi borang permohonan dengan lengkap, sila scan dan sertakan dokumen sokongan seperti:
- Salinan kad pengenalan depan dan belakang
- Gambar selfie dengan kad pengenalan
- Bukti pemilikan nombor telefon seperti bil bulanan telefon, resit depost dan lain-lain lagi
- Jika guna prepaid, ambil gambar penyata nombor telefon yang tertera nama ahli
- Boleh screenshot dengan login mana-mana app seperti Digi, Maxis, U Mobile dan Celcom
- Salinan penyata akaun bank yang terkini
- Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun boleh diemelkan kepada [email protected]
- Jika pengesahan akaun berjaya, ahli akan menerima ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS
- Ini adalah penting untuk mengaktifkan i-Akaun ahli
- Pastikan tukar kata laluan sementara dengan kata laluan baru
Jangan risau untuk daftar KWSP melalui email. Pekerja KWSP memang jenis buat kerja. Email anda pasti akan dilayan.
Cara daftar i-Akaun KWSP secara online
- Setelah dapat kata laluan sementara melalui SMS, pergi ke mana-mana komputer yang disediakan untuk ahli KWSP secara percuma
- Jika tidak, anda juga boleh buat sendiri di rumah
- Cuma jika buat di KWSP, anda boleh minta bantuan jika ada masalah
- Sila layari laman web rasmi i-Akaun KWSP di sini: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
- Isikan No Ahli yang diterima pada ruangan ID Pengguna dan klik Teruskan.
- Isikan Kata Laluan yang diterima melalui SMS dan klik Log Masuk.
- Sila baca terma dan syarat yang dipaparkan. Tanda pada kotak “checkbox” dan klik Seterusnya.
- Sila cipta ID Pengguna yang baharu di ruangan ID Pengguna.
- ID Pengguna yang baharu adalah gabungan alphanumeric 8-16 digit. (Contoh: sayang1234)
- Sila ambil perhatian, ID Pengguna boleh diubah sekali sahaja semasa proses pengaktifan dilakukan
- Sila cipta kata laluan yang baharu dengan gabungan nombor dan abjad 8 – 20 digit serta masukkan semula kata laluan yang baharu untuk pengesahan. (Contoh : SayaSayangAwak12345)
- Pilih Imej Online.
- Sila isi Frasa Rahsia atau Secret Phrase dengan panjang maksimum 10 aksara kemudian klik Seterusnya.
- Skrin pengaktifan berjaya akan dipaparkan
- Ahli boleh terus login ke i-Akaun KWSP
Register i-Akaun melalui kaunter EPF
Di bawah ini ialah perkongsian pendaftaran KWSP untuk pencarum, iaitu ahli biasa. Bukan untuk majikan.
- Sila ke mana-mana KWSP yang berhampiran
- Pergi ke kaunter pertanyaan
- Tanya mengenai pendaftaran i-Akaun
- Nombor akan diberi
- Tunggu sehingga di panggil
- Siap sedia dengan ID Ahli KWSP
- Pergi ke kaunter setelah nombor dipanggil
- Sila berurusan di kaunter untuk pendaftaran i-Akaun
- Selepas pendaftaran, ahli akan menerima kata laluan sementara melalui SMS untuk pengaktifan i-Akaun.
- Pendaftaran ini belum lagi selesai
- Anda perlu layari laman web KWSP untuk langkah seterusnya
- Rujuk panduan di bawah
Akhir kalam
Kami sarankan agar anda semua register i-Akaun ini kerana ia sangat memudahkan urusan pada masa akan datang.
Dengan i-Akaun juga, anda boleh semak penyata KWSP untuk melihat berapa baki yang tinggal. Andai kata anda terlupa nombor akaun, jemput baca cara check KWSP guna No IC.
Semoga bermanfaat.
Buat pengeluaran RM1000 ke BANKISLAM.
Register
Sya dapa buat pengeluaran rm1000
mohon i,akaun kwsp
Salamat petang.. Saya ingin bertanya no telefon lama saya sudah tidak aktif lagi sebab sebab rosak dan bagaimana saya hendak menukar no baru untuk urusan i-sinar maksub saya untuk pengeluaran one off $10.000
Lupe no lame,no KWSP
Nombor lama saya tak aktif lagi Bagai mana saya nak tukar nombor baru..lepas tu nombor KWSP saya terlupa
SYa tersalah tekan no kwsp yang bahagian hujung seklai
tukar nmbr hp
dahulu 0108205029
sekarang 0108239435
Baru buka akaun appa buat
No lama sy sudah tidak aktif lg.
Jadi sy mahu tukar ke no baru mcm mane.,
Hi, mcm mne nk dapatkan semula i-akaun.
saya dh tk pakai no lama mcm mne nk buat ada yg tahu tk?
Nombor lama saya tak aktif lagi Bagai mana saya nak tukar nombor baru
Ingin daftar akaun kwsp
I want change my phone number in kwsp
Register baru
Ingin daftar akaun kwsp
Ingin daftar akaun kwsp baru
i forgot id and password
saya nak cek kwsp
saya nak tahu kwsp saya ada ke tak
kwsp i-akaun
pilih login ke i-akaun ( ahli) tidak dapat masok.
ID Pengguna and kata laluan .
Bagaimana nak aktif ?
Saya nak kwsp
Saya nak buat kwsp??
Saya nak mohon buat kwsp?
Buat pengeluaran rm1000 ke hongleong bank
Saya ingin memohon buat kwsp
Macam mana daftar pakai mobil HP bru
saya mahu check kwsp
saya mahu check baki kwsp
Register
Saya mahu penyata KWSP
Slm ini pengalaman saya nak tahu tentang status saya ada kah saya blh keluar kan 1000dari bank islam maklum balas bagi pihak bank amat saya hargai manalah tahu ada realetad kerna saya pemegang amanah rayat yg menerimah sijil klu blh saya tahu pasal bonus benefit atau saya perlu hadir ke bank islam untuk tahu klu saya silap maaf kan sayalebih lanjut.terimah kasih
Adakah majikan lama saya telah mendaftar kwsp saya
Saya hendak mengeluarkan wang kwsp dari akaun 1 dan 2 kerana saya belum pernah mengeluarkannya lagi.
Check baki
No HP lama 0145265578
No baru 0137659321
No HP lama 0145265578
No baru 0137659321 semak baki KWSP
no hp lama tak guna..sekarang saya guna no hp bar..macam mana mahu cek no ahli kwsp