Cara Daftar e-Vetting 2021 (Permohonan Baru di evetting.cgso.gov.my)

Mana-mana pegawai awam yang dikehendaki melihat rahsia rasmi sehingga peringkat Sulit perlu melepasi proses e-Vetting atau Tapisan Keselamatan. Jadi, jika anda salah seorang yang perlu melalui proses ini, ini cara daftar e-Vetting yang boleh dilakukan melalui evetting.cgso.gov.my

1. Apa maksud e-Vetting?

e-vetting ialah Tapisan Keselamatan oleh Kerajaan Malaysia secara atas talian.

Tapisan Keselamatan adalah satu proses yang dapat membantu menentang kegiatan-kegiatan subversif, espionaj, sabotaj dan keganasan sama ada dari dalam atau luar negara.

Proses ini mampu mengenal pasti kelemahan keperibadian pegawai awam yang memungkinkan mereka terlibat dengan pendedahan maklumat rahsia rasmi.

 

2. Apa boleh buat dengan sistem e-Vetting 2.0 ini?

Anda boleh melakukan:

  1. Permohonan Baru
  2. Pertanyaan Status
  3. Maklumbalas Pelanggan

Jika anda diarahkan untuk kemaskini, anda juga perlu login untuk mengisi maklumat yang terkini.

 

2. Cara daftar e-Vetting secara online di evetting.cgso.gov.my

Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk mendaftar e-Vetting 2.0:

  1. Layari laman web rasmi e-Vetting 2.0 di sini: https://evetting.cgso.gov.my/cgso/register.jsf
  2. Pilih Jenis Pendaftaran
    • Pemohon Individu
    • Pemohon Syarikat
    • Pemohon Jabatan
  3. Pilih Jenis ID
    • MYKAD
    • MYTENTERA
    • MYPR
  4. Masukkan ID Pengguna iaitu Nombor Pengenalan tanpa tanda sempang
  5. Masukkan Nama Penuh
  6. Masukkan E-mel yang masih lagi aktif
  7. Masukkan CAPTCHA
  8. Tekan butang Daftar
  9. Anda akan terima Kata Laluan sementera untuk masuk ke dalam sistem
  10. Sila teruskan dengan Log Masuk seperti di bawah

 

4. Cara login e-Vetting 2.0

Berikut ialah langkah-langkah untuk log masuk:

  1. Layari laman web rasmi e-Vetting 2.0 di sini: https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf
  2. Pilih Jenis Pendaftaran
    • Pemohon Individu
    • Pemohon Syarikat
    • Pemohon Jabatan
  3. Isikan ID Pengguna iaitu Nombor Pengenalan tanpa tanda sempang
  4. Isikan Kata Laluan
  5. Tekan butang Log Masuk

 

5. Cara buat permohonan baru e-Vetting 2.0

Bagi Pemohon Individu, hanya satu permohonan iaitu Borang Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Borang Lantikan Badan Berkanun, Borang Lantikan Jawatan Keselamatan Berjadual, Borang Tapisan Keselamatan Khas, Borang Tapisan Semula, Borang Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Borang Tapisan Pelajar Tajaan atau Borang Lantikan Instalasi dibenarkan dalam satu-satu masa.

Permohonan kedua hanya dibenarkan selepas permohonan pertama selesai.

Pemohon Individu boleh memohon permohonan Normal dan Lantikan Instalasi (Warganegara) serentak dalam satu-satu masa

Bagi Pemohon Syarikat dan Badan Penaja tiada had dalam mengemukakan permohonan

Berikut ialah langkah-langkah untuk membuat permohonan baru e-Vetting:

  1. Login e-Vetting 2.0 di sini: https://evetting.cgso.gov.my/cgso/login.jsf
  2. Klik PERMOHONAN BARU di bahagian menu sebelah kiri
  3. Lengkapkan semua maklumat yang dipinta seperti:
    • Maklumat Profil
    • Maklumat Perjawatan
    • Maklumat Peribadi
    • Maklumat Pasangan
    • Maklumat Ibu / Bapa
    • Maklumat Anak
    • Maklumat Adik Beradik
    • Maklumat Pendidikan (Termasuk Sekolah Rendah dan Menengah)
    • Maklumat Pekerjaan (Sila Nyatakan 3 Pekerjaan T erdahulu)
    • Badan, Persatuan, NGO, Pertubuhan, Kesatuan yang pernah disertai (sejak 10 Tahun yang lalu)
    • Negara Luar yang pernah dilawati sejak 3 tahun yang lalu (Rasmi atau Tidak Rasmi)
    • Latihan Ala Ketenteraan/Kepolisan Di Dalam/Luar Negara
    • Maklumat 2 Orang Pengadil Peribadi (Tempoh Perkenalan
    • Melebihi 3 Tahun dan Tiada Talian Persaudaraan)
    • Kesalahan yang menyalahi undang – undang
    • Perakuan
  4. Klik butang Simpan jika masih belum mahu hantar
  5. Jika sudah bersedia, tekan butang Simpan dan Hantar
  6. Selesai

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian tentang cara daftar e-Vetting 2.0 ini akan memudahkan lagi permohonan anda.

Didoakan agar sentiasa dipermudahkan urusan.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Daftar e-Vetting 2021 (Permohonan Baru di evetting.cgso.gov.my)”

  1. Salam sejahtera. Saya nak tanya, bagaimana cara untuk mengemaskini permohonan? adakah saya perlu membuat permohonan baru atau ada cara yang lain? Sebab saya tidak nampak butang kemaskini dalam laman web cgso.

    Terima Kasih

    Reply

Leave a Comment