Bagi anda terutamanya guru-guru yang ingin merancang pembelajaran secara online yang lebih efektif, kami akan menunjukkan cara daftar CIDS yang boleh digunakan untuk sistem pembelajaran atas talian yang lebih sistematik.
Izinkan kami berkongsi.
1. Apa itu CIDS?
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut mengenai cara daftar CIDS, ketahui dahulu serba sedikit mengenai CIDS. CIDS adalah:
- Sistem Reka Bentuk Instruksional Kolaboratif .
- Merupakan Alat Mereka Bentuk Instruksional Interaktif bagi guru-guru merancang pembelajaran dalam talian secara profesional & sistematik mengikut keperluan pendidikan masa kini.
- Badan profesional yang menawarkan perkhidmatan latihan dan penyelesaian dalam bidang pendidikan seperti:
- Reka Bentuk Pengajaran.
- Aplikasi Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif.
- Aplikasi Model ASIE dalam pembelajaran.
- Kemahiran Belajar Abad Ke-21.
- Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
- Kemahiran Belajar untuk pelajar.
- Kursus Motivasi untuk pelajar.
- Kemahiran Mengajar untuk guru.
- Topik-topik lain untuk Program Peningkatan Profesionalisme Guru (CPD program).
- Latihan akan dibimbing oleh pakar-pakar pendidik yang berpengalaman dan berdedikasi.
- Merangkumi fitur-fitur kemudahan untuk perancangan kokurikulum, Profesional Learning Communities (PLC) – Lesson Study, penilaian SKPMg2 dan e-Pembelajaran untuk murid.
2. Cara daftar CIDS di website asiemodel.net
Berikut merupakan cara daftar CIDS:
- Layari laman web CIDS di sini https://www.asiemodel.net/ms.
- Sila pilih Bahasa untuk digunakan di halaman utama CIDS.
- Tekan butang LOGIN.
- Anda akan dibawa ke ruangan Login ke Model ASIE.
- Sila tekan butang Dapatkan ID Percuma.
- Anda akan dibawa ke bahagian Dapatkan ID Percuma.
- Masukkan Nama.
- Masukkan Alamat Emel.
- Tekan butang Dapatkan ID Percuma.
- Anda akan menerima mesej verifikasi melalui emel anda.
- Sila semak Emel.
- Ikuti arahan yang diberi untuk proses verifikasi dan simpan Nama Pengguna serta Kata Laluan sementara yang diberikan.
- Masuk semula ke laman web tadi untuk proses LOGIN.
- Ikuti langkah yang sama seperti nombor 2,3 dan 4.
- Masukkan Nama Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan yang diberikan tadi.
- Tekan Login.
- Anda akan dibawa ke laman Pendaftaran.
- Sila isikan semua maklumat yang diminta dengan lengkap pada bahagian Profil Saya.
- Sila tukar Kata Laluan sementara ke Kata Laluan yang baru sekiranya perlu.
- Jika sudah lengkap, tekan Simpan Profil.
- Tahniah! Akaun pengguna telah berjaya di kemaskini.
- Anda akan dibawa kembali ke laman utama sebentar lagi.
- Cara daftar CIDS anda telah selesai.
PERHATIAN
- Nama Pengguna adalah ID berbeza yang diberikan mengikut jawatan sebagai seperti Penyelaras, Guru, Pentadbir dan seumpamanya.
- Sistem ini tidak boleh diakses sepenuhnya oleh orang awam.
3. Cara login CIDS
Ini merupakan cara login CIDS. Ikuti cara-caranya di bawah:
- Layari laman web CIDS di sini https://www.asiemodel.net/ms.
- Anda akan dibawa ke halaman utama CIDS.
- Sila tekan butang LOGIN.
- Anda akan dibawa ke ruangan Login ke Model ASIE.
- Masukkan Nama Pengguna.
- Masukkan Kata Laluan.
- Tekan Login. (Sila tekan Lupa Kata Laluan jika anda terlupa kata laluan)
- Anda akan dibawa masuk ke laman sistem CIDS akaun anda yang telah sedia ada.
- Tamat.
PERHATIAN
- Anda boleh log masuk sebagai tetamu dengan menggunakan fitur-fitur yang terhad yang telah ditetapkan tanpa mengira negara asal.
- Akses log masuk sebagai tetamu tidak akan memenuhi keperluan anda sepenuhnya.
- Anda dinasihatkan tidak mengubah sebarang tetapan tetamu yang telah ditetapkan.
4. Ada masalah tentang cara daftar CIDS atau perlu maklumat lanjut?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah bagi cara daftar CIDS atau perlukan maklumat lanjut. Anda boleh menghantar emel ke CIDS@support.
Anda juga boleh menghubungi pihak CIDS di talian 019-5713745.
Akhir kalam
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda yang memerlukan cara daftar CIDS serta sekaligus dapat mempermudahkan urusan anda.
Semoga bermanfaat.