6 Cara Bunuh Pepijat Di Tilam (Secara Tradisional Yang Berkesan)

Mungkin ada di antara anda tidak mengetahui atau langsung tidak pernah mendengar mengenai pepijat ini. Jangan risau, dalam perkongsian artikel ini, kami akan menghuraikan kepada anda secara ringkas mengenai serangga kecil ini serta 6 cara bunuh pepijat di tilam yang boleh anda lakukan untuk menyingkirkan pepijat daripada kediaman anda.

Sebelum itu, ika anda sering mengalami masalah tidur pada tempat tidur seperti kesukaran untuk tidur dan rehat. Kami ada artikel tentang cara mudah tidur awal dan diharapkan dapat membantu anda untuk tidur dengan lebih senang dan cepat.

Isu kewujudan pepijat ini boleh dikatakan satu perkara yang biasa berlaku sama ada di rumah kediaman mahupun di hotel atau bilik penginapan. Serangga kecil ini boleh wujud dan membuat sarang pada mana-mana bahagian dalam bilik atau kediaman anda tetapi tempat yang paling menjadi kegemaran pepijat adalah dalam tilam.

Perkara yang perlu anda ketahui mengenai pepijat

  1. Di Malaysia, dikatakan terdapat dua jenis pepijat yang wujud dan sering dijumpai. Pepijat atau dalam istilah inggeris dipanggil bed bugs yang ada di negara kita ini adalah pepijat biasa atau nama saintifiknya Cimex lectularius dan juga pepijat tropika atau dikenali dengan nama Cimex hemipterus.
  2. Pepijat ini boleh hidup selama enam hingga 12 bulan dengan pepijat dewasa boleh mencapai saiz lebih kurang tiga hingga lima milimeter (mm) panjang dan lebar atau hampir kira-kira ⅕ inci panjang.
  3. Serangga leper bercoklat perang kehitaman yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan atau busuk ini bukan hanya terdapat di Malaysia malahan wujud di segenap pelusuk dunia.
  4. Pepijat betina boleh menghasilkan telur sebanyak 500 hingga 1,200 biji telur sepanjang hayatnya.
  5. Ia mempunyai mulut berjarum kecil yang berfungsi untuk mencucuk mangsa bagi membolehkannya menghisap darah.
  6. Sering kali tanda gigitan pepijat di salah erti sebagai gigitan nyamuk. Ibarat peribahasa Melayu, lembu punya susu sapi yang mendapat nama.
  7. Tetapi bezanya dengan nyamuk, pepijat ini hanya aktif pada waktu malam dan bersembunyi di siang hari.

 

Cara bunuh pepijat di tilam

Untuk melakukan proses membunuh pepijat di tilam atau di katil, pastikan anda mengeluarkan terlebih dahulu barang yang diserang pepijat daripada bilik dan jika boleh, masukkan barangan tersebut ke dalam beg plastik untuk mengelakkan daripada pepijat merebak ke bahagian lain.

Terdapat beberapa kaedah alternatif menggunakan bahan semula jadi yang pastinya lebih selamat, antaranya:

1. Jemur bawah cahaya matahari

Anda boleh menjemurkan barangan yang menjadi tempat pembiakan pepijat seperti tilam atau selimut di kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari. Ini kerana dipercayai pepijat akan menjadi lemah apabila terkena terik mentari. Adalah lebih bagus jika anda juga boleh menjemurkan sekali perabot yang dihinggap pepijat.

 

2. Rendam dengan air panas

Kaedah kedua yang boleh anda gunakan untuk membunuh pepijat yang ada adalah dengan merendam segala cadar, selimut, sarung tilam, pakaian atau sebarang kain yang mungkin dihinggapi pepijat ini menggunakan air panas yang melebihi 70 darjah celsius. Air yang panas dipercayai akan menyebabkan pepijat dan telurnya mati.

Elakkan daripada memasukkan semua kain tersebut ke dalam mesin, ini adalah sebagai langkah untuk mengelakkan daripada pepijak berada di dalam mesin basuh pula.

 

3. Bekukan dalam freezer

Jika anda mempunyai deep freezer atau chest freezer, anda boleh memasukkan kesemua kain tersebut ke dalam beg plastik dan diletakkan ke dalam peti sejuk tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 jam. Suhu yang sejuk hingga tahap beku juga dipercayai dapat mematikan pepijat.

 

4. Guna kulit durian

Cara bunuh pepijat ini paling sesuai untuk dicuba oleh mereka yang menggemari raja buah ini. Ada yang mengatakan bau yang terhasil daripada kulit buah durian boleh menghalau pepijat, jadi anda mungkin boleh meletakkan kulit durian tersebut pada bahagian bawah katil atau pada sebarang perabot mahupun kawasan yang dipercayai tempat pembiakan pepijat.

Tetapi harus diingatkan, jika anda tidak boleh tahan dengan bau durian atau tidak menyukai buah durian, ini bukan kaedah yang sesuai untuk anda cuba.

 

5. Guna baking soda

Bahan yang sering digunakan untuk membuat kek ini juga boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk membunuh pepijat. Caranya dengan menuangkan serbuk baking soda ke dalam mangkuk dan sapu serbuk tersebut ke bahagian yang mungkin didiami pepijat dengan menggunakan berus. Biarkan selama seminggu sebagai ikhtiar untuk membunuh pepijat dan telurnya.

 

6. Hirisan kulit limau nipis

Terdapat juga petua yang mengatakan kulit limau nipis dapat membantu menghalau pepijat. Tidak percaya? Tetapi tiada salahnya untuk mencuba, bukan? Anda hanya perlu menghiris kulit limau nipis dan letakkan di bahagian atau tempat yang dipercayai menjadi kawasan pembiakan pepijat.

 

Bahaya pepijat di tilam

Mungkin ada di antara anda akan beranggapan bahawa pepijat ini hanya akan hidup dan membiak di kawasan atau tempat yang kotor, tetapi adakah tepat anggapan anda itu? Ya, tidak dinafikan pepijat akan lebih membiak dengan cepat sekiranya tempat anda kotor dan anda tidak mengetahui cara membunuh pepijat tersebut dengan betul.

Maklumat mengenai pepijat dan segala yang anda ingin ketahui tentang pepijat anda boleh dapatkan pada laman web wikipedia ini.

Walau bagaimanapun, ia juga boleh pantas membiak di tempat atau kawasan yang bersih. Jadi dalam bahasa mudah, pepijat bukanlah serangga yang memilih, kotor atau bersih, kedua-duanya boleh menjadi tempat pembiakan pepijat.

Bagi yang pernah melihat serangga kecil ini, tentu ada yang berasakan ia bukanlah sesuatu yang membahayakan. Namun sebenarnya, apabila kediaman anda mempunyai pepijat, ketahuilah bahawa ia akan membiak dengan cepat, manakala proses untuk menghapuskan pepijat ini secara keseluruhan, bukanlah satu perkara yang mudah.

Berikut adalah antara beberapa masalah atau isu yang mungkin dialami jika anda tidak membunuh pepijat dan antara masalah yang boleh anda alami dengan kewujudan pepijat adalah:

  1. Berdepan dengan masalah kegatalan yang teramat sangat kesan gigitan pepijat ini
  2. Bintik-bintik merah yang muncul selepas digigit pepijat akan mengambil masa yang lama untuk hilang
  3. Anda akan berdepan kesukaran untuk tidur dengan nyenyak apabila mengetahui terdapat pepijat yang bersarang dan membiak dalam tilam tempat anda tidur.
  4. Pepijat adalah sejenis serangga yang merayap, maka sememangnya terdapat risiko tinggi untuk pepijat yang berada di hotel penginapan menyelinap masuk ke dalam beg atau pakaian anda dan mengikut anda balik ke rumah. Akhirnya pepijat ini akan membiak pula di kediaman anda. Bahaya sungguh.

 

Tip mengatasi masalah pepijat

Jadi adakah terdapat cara yang boleh dilakukan untuk menghapuskan pepijat dan membunuh pepijat ini sama ada di tilam atau kediaman anda? Sudah tentu ada kaedah dan cara bunuh pepijat di tilam, khususnya atau di kediaman anda, amnya.

1. Buat pemeriksaan

Sudah tentu langkah pertama yang perlu dilakukan sebagai cara membunuh pepijat adalah dengan melakukan pemeriksaan menyeluruh di kediaman anda. Ia terutamanya melibatkan tempat tidur anda seperti tilam, katil, sarung bantal, selimut dan segalanya yang berada di sekitar katil anda. Jika terdapat perabot yang kedudukannya terletak berhampiran katil, contohnya, meja solek, sofa atau almari pakaian, pastikan perabot tersebut turut diperiksa.

Semasa proses tersebut anda perlu melihat sekiranya terdapat:

  1. Kotoran berwarna coklat yang kecil pada cadar atau tilam, iaitu pepijat mati
  2. Bintik-bintik hitam seperti percikan dakwat yang menunjukkan kesan najis pepijat
  3. Telur atau kulit telur yang berwarna kuning pucat
  4. Pepijat yang masih hidup

 

2. Vakum selalu

Selepas mencuba kaedah yang disenaraikan di atas, anda amat disarankan untuk memvakum seluruh kawasan kediaman anda dengan teliti terutamanya tempat pembiakan pepijat. Selepas selesai memvakum, sisa vakum tersebut perlulah dibuang dengan segera. Sebaiknya anda siramkan air panas ke atas sisa vakum itu, sebagai langkah untuk memastikan pepijat mati, sekiranya ada.

3. Buat rawatan kimia

Sekiranya kaedah dan cara membunuh pepijat yang dicadangkan tidak membawa hasil yang baik, malahan lebih banyak pepijat yang muncul, anda boleh mendapatkan perkhidmatan bunuh pepijat menggunakan cara komersial. Ia merupakan perkhidmatan kawalan serangga berbayar. Kaedah ini adalah sama seperti perkhidmatan untuk menghapuskan serangga perosak lain seperti anai-anai.

 

Akhir kalam

Masalah pepijat bukanlah satu masalah yang boleh dipandang remeh. Jika anda berasakan kediaman anda mungkin diserang pepijat, maka anda perlu dengan segera mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Jangan tunggu sampai keadaan sudah parah, baru terfikir untuk bertindak. Ia mungkin sudah terlambat.

Semoga bermanfaat.

5 thoughts on “6 Cara Bunuh Pepijat Di Tilam (Secara Tradisional Yang Berkesan)”

  1. Actually pepijat ni mmg musuh utama kan. Nk tidur and bangun tidur mmg akan kena ganggu rasa gatal. Plus kalau kita nak make sure dia hilang smua sndiri mmg susah even dah vaccumm

    Reply
  2. klu first pepijt ni dh mule naik.. memg sush ler nak buangg. wlpun guna dh penyedut habuk kt karpet tu.. mmg x jalan.. lbih baik guna servis yg untk hlgkan hama.. lgi ler senang

    Reply
  3. Mcm sy mmg akn jga tilam sndiri, means like vacuum cadar and so on. But still akn pnggil servis coway sbb lgi sng keje. Pling pnting jimat masa sy nak buat itu ini hahaha.. Lgi stu, hrga diorg mmg murah.. Even yg duduk bujang ponn still boleh gune jge

    Reply
  4. Nadia Azan haah servis diorg mmg best. kakak sy kenalkan and then sy guna juga, ni baru first diorg datang and akan dtg lagi 3 kli stahun kan.. bagus sngt, kita tgk sekali sedut mmg banyak sgt habuk terkumpul.. walau guna tilam tu 4 layer

    Reply
  5. Pling best, diorg tunjuk tau mcm mana diorg buang habuk tu.. Mmg sekali sedut je bnyak sngt yg keluar.. Berbaloi sngt la kalau nak guna servis diorg nii.

    Reply

Leave a Comment