5 Cara Buat Lelaki Menyesal Abaikan Kita (Supaya Dia Berubah)

Jika kita lihat pada topik kali ini, ia adalah berkenaan cara buat lelaki menyesal abaikan kita. Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana yang sedang buntu dan tidak tahu apa yang harus dilakukan bila rasa geram sangat, anda kini sedang berada di tempat yang betul untuk mengetahui cara menangani situasi seperti ini. Sebagai seorang wanita, jangan biarkan diri anda terlihat lemah walaupun anda diselubungi kesedihan. Tunjukkan bahawa anda seorang wanita yang cekal dan tabah. Ali bin Abi Talib (AS) pernah berkata:

“Jadilah seperti bunga yang memberikan keharuman dan wangiannya walaupun kepada tangan yang telah menghancurkannya”

Cara buat lelaki menyesal abaikan kita

Wahai wanita, jangan berputus asa. Mari ikuti 5 cara buat lelaki menyesal abaikan kita.

1. Berdikari menggunakan kemampuan sendiri dengan sebaik-baiknya

Walaupun sering kita dengar kenyataan bahawa wanita itu insan yang lemah, namun jangan anggap itu satu kelemahan. Biarpun nampak lemah dari luar, tetapi kuat di dalam. Berdikarilah dengan kebolehan dan kelebihan yang anda miliki. Buktikan bahawa tanpa perhatian dan pertolongan darinya, anda masih mampu berdiri dengan sendiri.

Terapkan aura-aura positif ke dalam diri anda dengan melakukan perkara yang anda yakin anda mampu lakukan dengan keupayaan sendiri. Kadang kala,  ada pekerjaan yang memerlukan bantuan dari lelaki, tetapi ketika si dia abaikan anda, cuba berusaha lakukannya sendiri dan tunjukkan yang anda juga mampu lakukan perkara yang sukar tanpa dia perlu campur tangan.

Jangan biarkan fikiran negatif menguasai anda. Anda pasti boleh!

 

2. Tonjolkan kebahagiaan walaupun diabaikan

Antara cara lain untuk buat lelaki menyesal abaikan kita ialah dengan buat-buat bahagia. Kira lebih kurang macam reverse psychology.

Ada sesetengah wanita takut untuk mengekspresikan kebahagiaan dan keceriaan mereka di hadapan lelaki yang abaikannya. Mungkin ada yang tidak percaya tetapi ianya benar-benar berlaku. Golongan wanita seperti ini adalah mereka yang terlalu ingin menjaga hati si dia walaupun sudah disakiti. Maka benarlah apa yang diperkatakan bahawa cinta itu buta yang bermaksud melakukan sesuatu yang tidak rasional ketika sedang dilamun cinta.

“Jadilah seperti wanita di dalam bekas kaca, cantik tetapi bukan mudah untuk disentuh. Hanya yang benar-benar layak sahaja dapat menyentuh dan memilikinya.”

Wahai wanita, jangan merasa bersalah atau takut untuk tunjukkan bahawa anda mampu bahagia walaupun hanya dengan diri sendiri. Lakukanlah aktiviti yang boleh membuatkan anda gembira seperti membeli belah, berjumpa kawan-kawan, berkelah di tepi pantai, dan seumpamanya. Tonjolkan kebahagiaan anda dengan rasa bangga dan kalau boleh ambil gambar ketika beraktiviti, kemudian upload ke dalam media sosial supaya si dia nampak anda sedang bahagia walaupun diabaikan.

 

3. Menyembunyikan perasaan yang sebenar

Kadang kala, terdapat wanita yang gagal menyembunyikan perasaan mereka yang sedih dan hampa. Wahai wanita, elakkan dari menunjukkan sisi perasaan anda yang sebenar. Jika anda sedih, jangan tunjuk yang anda sedih dengan cara dia abaikan anda. Anda harus berusaha menunjukkan reaksi muka atau bahasa tubuh badan yang bersahaja dan tidak terkesan langsung dengan perbuatannya.

Ada masanya, ketika anda harus belajar untuk mencintai dan menghargai diri anda lebih daripada orang lain. Utamakan perasaan anda terlebih dahulu. Jangan biarkan si dia menginjak-injak martabat diri anda dengan menganggap anda akan merana tanpa mendapat perhatian darinya. Tanda lelaki ikhlas mencintai kita dalam perhubungan adalah dia tidak akan mengabaikan wanita yang dicintainya.

Sayangilah diri anda terlebih dahulu sebelum menyayangi orang lain kerana diri anda amatlah berharga. Jika kita berjaya melakukan itu, barulah kita layak disayangi dan dihargai oleh orang lain.

Cuma menyembunyikan perasaan bukanlah satu perkara yang patut dilakukan selalu. Walaupun niat sebenar adalah sebagai salah satu cara untuk buat lelaki menyesal abaikan kita, ia boleh bawa mudarat jika terlalu memendam hati. Jadi, berpada-padalah.

 

4. Cari teman baru yang lebih menghargai

Cara buat lelaki menyesal abaikan kita yang ini bukanlah bermaksud anda boleh menyakiti hati si dia ketika dia abaikan anda. Tetapi, ia bermakna meluangkan masa bersama kawan-kawan dan teman yang lebih menghargai kehadiran anda. Bergaullah dengan orang yang dapat merasakan betapa pentingnya kewujudan anda serta tidak pernah mengabaikan anda. Dengan cara ini, anda dapat membuktikan kepadanya bahawa dia bukanlah satu-satunya insan yang ada dalam hidup anda.

Tambahan lagi, tunjukkan kepada si dia dengan abaikan anda, anda masih mempunyai lebih ramai teman dan kawan-kawan yang menghargai diri anda. Anda tidak akan berseorangan walaupun tanpa dia di sisi dan mendapatkan suasana yang lebih baik daripada ketika bersamanya. Dari sini juga kita dapat mengenal siapa kawan dan siapa lawan yang sebenarnya. Apabila kita mempunyai lebih ramai teman, pengalaman kita juga akan menjadi bertambah luas. Kita boleh saling bertukar pandangan dan pendapat untuk mencapai kehidupan sosial yang lebih baik.

Macam dalam lirik lagu Senario, “berkawan biar beribu, bercinta biar satu”. Walau bagaimanapun, carilah teman atau kawan yang mampu membimbing kita ke arah kebaikan.

 

5. Menambahbaik penampilan diri dari yang sebelumnya

Cantik, lawa, jelita, dan seumpamanya adalah perkataan yang tidak asing lagi bagi wanita. Sudah menjadi kemestian seorang wanita ingin terlihat cantik dan menarik di hadapan si dia. Walau bagaimanapun, ketika si dia abaikan anda, anda haruslah mempunyai strategi yang baru iaitu dengan menambahbaik penampilan diri dari yang dia pernah lihat sebelumnya.

Tunjukkan bahawa ketika  dia abaikan anda, anda kelihatan lebih cantik dan menarik dari kebiasaannya. Cara ini mampu membuatkan dia tidak boleh duduk diam dan menyesal mengabaikan anda. Ini adalah cara paling terbaik untuk dilakukan, kerana ia mampu menarik si dia untuk mula memberikan perhatian kepada anda dan membuatkannya merasa tergugat jika ada kehadiran pihak lain dalam hidup anda.

Dengan menambahbaik penampilan diri, ia sekaligus dapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan diri yang sudah pudar. Ia seperti memberikan nafas dan membuka lembaran baru dalam hidup anda.

 

Akhir kalam

Jadikan diri anda wanita yang mahal. Jangan mudah mengalah sekiranya lelaki mula mengabaikan anda. Lakukanlah pelbagai cara untuk menunjukkan bahawa diri anda bukan seorang wanita yang pantas untuk dipersiakan.

Semoga dengan senarai panjang berkenaan cara-cara buat lelaki menyesal abaikan kita ini akan membantu sesiapa sahaja baik wanita atau lelaki yang memerlukannya. Namun begitu, lakukanlah sesuatu itu mengikut perintah Allah dan tinggalkanlah laranganNya.

Semoga bermanfaat.

4 thoughts on “5 Cara Buat Lelaki Menyesal Abaikan Kita (Supaya Dia Berubah)”

  1. Lelaki punya 99% akal dn hanya1% nafsu = maksud fikir sblm nk ucap cakap yg ” agent syaitan” dari nafsu.
    ***Akal mengata kan semua akan jadi trbagus dn trbaik ada lh RUKUN ISLAM dn RUKUN IMAN & segala RUKUN KEHIDUPAN dalam Ugama ISLAM itu lh hanya cara yg paling terbaik yg Allah tentu dn PASTI kan. Bukan 5 cara yang engkau cuba WAWAR kn. Aku, engkau dn segala makhluk ada lh hak Allah dn harus brurusan RUKUN AllAH…

    .

    Reply
  2. Tenang kn diri bukan pergi shopping atau cari kawan2 xpi BERSOLAT dn mengadu pd ALLAH kerana ALLAH yg mengetahui segala ny…tanya dn soal diri anda Tenang datang dr mana ? Dari JIWA…..dn apa kah Makanan untuk JIWA ….supaya tenang????

    Reply
  3. Saya inginkan membuat lesen memandu saya Dan ambil vetsin covid 19, sekarang ini saya dah putus asa kerana saya tidak layak membuat temujanji dengan JPJ DENGAN PEJABAT POS MALAYSIA mana⁹⁹⁹⁹⁹ pihak berkuasa di dalam MALAYSIA KU YANG TERCINTA INI… BESAR KEMUNGKINAN ADA BEZA WARNA KULIT KOT, SAYA MEMOHON BERIBU-RIBU KEMAAFAN KEPADA SEMUA PEHAK BERKUASA, KENAPA SAYA TULIS SEBAB SAYA DAH PUTUS ASA YANG KALI KE SERATUS KALI MEMBUAT TEMUJANJI….😭😭😭😭☹️😔☹️😔😔….

    Reply

Leave a Comment