Cara Buang Angin Dalam Badan (Guna Petua Tradisional)

Angin dalam badan merupakan antara masalah kesihatan yang sering kita alami. Berpunca daripada aspek pemakanan dan sistem penghadaman bermasalah, angin dalam badan menyebabkan perut kembung, sendawa berterusan, lemah tubuh badan, loya dan muntah yang mengganggu kehidupan seharian. Lebih-lebih lagi, jika seseorang itu sedang hamil dan juga orang yang dalam pantang selepas bersalin. Bila tidak selesa, akan mula mencari cara buang angin dalam badan untuk kembali cergas seperti biasa.

Bagi sesetengah individu, iaitu bukan sahaja pada ibu mengandung, masalah angin dalam badan dapat diatasi dengan mudah dan semula jadi menerusi sendawa atau kentut.

Namun, ada juga individu yang terpaksa menanggung ‘derita’ apabila angin tidak mampu untuk keluar secara natural dan terus berkumpul dalam tubuh sehingga membahayakan kesihatan.

Angin dalam badan

Angin dalam badan yang juga dipanggil juga dipanggil angin terperangkap; iaitu ‘trapped wind‘ dalam Bahasa Inggeris.

Seperti perkongsian dari Rennie,  anda boleh mengalami angin terperangkap di bahagian-bahagian lain sistem penghadaman anda, menyebabkan pelbagai gejala termasuk perut kembung, perut kembung, bengkak dan perut kembung.

Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan untuk membuang angin dalam tubuh badan?

Cara buang angin dalam badan

Berikut diberikan beberapa cara efektif yang boleh diamalkan bagi membuang angin dalam badan.

Amalan konsisten, bukan sahaja membantu mengeluarkan angin ‘jahat’ yang berkumpul tetapi turut menjadikan tubuh lebih segar, sihat dan bertenaga.

Buang angin dengan urutan badan

Satu lagi cara efektif untuk membuang angin dalam badan adalah dengan berurut. Urutan boleh dilakukan sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan bagi membetulkan urat-urat bermasalah yang menyebabkan pengumpulan angin dalam badan.

Menerusi teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada individu yang mengalaminya.

Anda juga boleh melakukan kerok duit syiling untuk membuang angin. Duit syiling akan dilorek pada tubuh untuk membuka liang-liang kulit badan, melonggarkan otot dan urat tegang di tubuh.

 

Jangan makan makanan yang ada angin

Salah satu cara efektif bagi membuang angin adalah dengan menghindari makanan yang menghasilkan banyak angin atau gas. Kandungan gas yang dihasilkan oleh makanan berbeza di antara individu.

Bagi sesetengah orang, makanan seperti nangka dan keledek boleh menyebabkan angin, tetapi tidak bagi orang lain. Justeru, seseorang itu perlu mengenalpasti jenis makanan yang menyebabkan berlakunya masalah angin dalam badan mereka agar terhindar daripada masalah ini.

Antara makanan yang perlu dijauhi ialah makanan yang tinggi kandungan laktos (gula semula jadi) dan fruktos seperti kacang, keju, aiskrim, bunga kubis, kubis brussel, kubis, asparagus,brokoli yang kaya dengan fruktos selain bawang, buah pir dan gandum.

Kurangkan juga makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin dalam tubuh selain pastikan diri minum air masak secukupnya.
 

Buang angin dengan minum air halia

Amalan meminum air halia merupakan petua buang angin yang paling mudah dan paling sering diamalkan dalam masyarakat kita. Kandungan halia yang kaya dengan serotonin berupaya untuk mengeluarkan angin dalam tubuh secara semula jadi.

Caranya, juga cukup mudah. Hanya ambil seketul kecil halia, ketuk sedikit atau hiris dan campurkannya bersama segelas air suam. Anda juga boleh menambah hirisan lemon dan madu sebagai penambah rasa.

Selain cara tradisional ini, anda juga boleh memilih minuman berasaskan halia yang terdapat di pasaran sebagai alternatif untuk membuang angin dalam tubuh dan seterusnya merawat sistem penghadaman.

 

Makan bawang putih

Selain halia, amalan memakan bawang putih sederhana besar secara mentah turut berkesan untuk mengeluarkan angin dalam badan.

Ini kerana zat aktif alliin dan allicin yang terdapat dalam bawang putih merupakan senyawa sulfur yang berupaya untuk memelihara kesihatan tubuh serta mengusir angin dalam badan dengan pantas.

Jika tidak mampu untuk memakan bawang putih mentah, anda boleh memakan lima ulas bawang putih yang dibakar seketika (jangan sampai hangus).

Hasilnya, bukan sahaja angin dalam badan dapat dikeluarkan tetapi rasa loya dan pening yang dialami juga akan berakhir.

 

Buang angin dengan senaman

Jarang bersenam turut mengundang pengumpulan angin dalam tubuh. Malangnya, tidak ramai yang tahu bahawa mereka boleh mendapat angin dalam badan kerana kurang melakukan aktiviti dan pergerakan.

Bersenam dapat mengeluarkan peluh dan menambah kelenturan otot-otot dalam badan supaya tidak menjadi terlalu tegang. Salah satu senaman yang sesuai untuk diamalkan ialah Relieving Wind Pose, satu pergerakan yoga yang dipercayai dapat menghilangkan angin dalam badan anda.

Caranya, baring dalam keadaan terlentang dan tarik salah satu lutut ke arah dada. Pegang lutut dengan kedua-dua tangan dan tarik perlahan-lahan untuk lebih dekat dengan dada anda. Pegang dan ulang langkah yang sama beberapa kali.

Pergerakan ini boleh membantu melepaskan gas yang tersekat di perut anda supaya mudah untuk dibuang.

Doa buang angin dalam badan

Hasil carian kami, kami mendapati ada beberapa individu yang berkongsi doa dan penawar angin dalam badan.

Namun, apabila melihat di ruangan komen yang mengecam kesahihan dan keberkesanannya, kami tidak menggalakkan anda untuk mengikuti doa buang angin dalam badan yang mereka kongsikan.

Cara terbaik, jumpalah ustaz yang mempunyai kepakaran di kawasan berdekatan dengan anda.

Jumpa ustaz dan perawat yang berlandaskan Islam, bukannya bomoh yang belum tentu mengikut lunas Islam dana rawatannya.

 

Cara buang angin dalam perut

Angin dalam badan dengan angin dalam perut adalah dua perkara yang berbeza. Dalam artikel ini, kami hanya kongsikan cara buang angin dalam badan sahaja.

Cara buang angin dalam perut yang terbaik ialah dengan melepaskan angin, iaitu kentut.

 

Akhir kalam

Jadi, tunggu apa lagi! Kami sudah berkongsi cara buang angin dalam badan. Kini, giliran anda pula untuk mencuba.

Paling penting sekali, cubalah ubah gaya hidup anda dan amalkan pemakanan seimbang agar sentiasa sihat serta cergas.

Jangan sampai penyakit-penyakit lain datang menyerang kita seperti sakit pinggang dan sakit lutut.

Kami doakan anda sihat sentiasa.

Leave a Comment