Cukai jalan atau lesen memandu anda tamat tempoh semasa PKP? Kalau takut kena saman dan tak nak membayar bayar saman, cepat-cepatlah renew. Cuma tidaklah macam dulu-dulu sebelum PKP. Anda perlu buat temujanji JPJ online melalui laman web pos.com.my.
Izinkan kami berkongsi.
1. Apa kaitan Pos Malaysia dengan JPJ?
Itu kami tidak tahu. Mungkin untuk mengelakkan kesesakan di premis JPJ. Mungkin juga untuk sinergi.
Yang penting, kedua-kedua entiti ini sudi bekerjasama demi kebaikan rakyat. Tak perlulah tanya kenapa. Dah beri kelonggaran begini pun sudah cukup baik bukan?
Ambillah peluang untuk selesaikan urusan JPJ yang tergendala dengan buat temujanji Pos Malaysia online.
2. Apa urusan JPJ yang boleh dibuat dalam sistem temujanji Pos Malaysia online?
Anda perlu membuat temujanji untuk beberapa urusan JPJ yang tersenarai di bawah:
- Renew lesen, roadtax dan dan renew insurans sekaligus
- Renew lesen sahaja
- Renew roadtax sahaja
2. Cara buat temujanji JPJ online
Sebelum menghadirkan diri ke Pejabat Pos, anda perlu buat janjitemu terlebih dahulu secara online. Senang cerita, tiada temujanji, tiada urusan.
Berikut ialah langkah-langkah ringkas untuk booking appointment JPJ secara online:
- Layari laman web rasmi Pos Malaysia di sini: https://www.pos.com.my
- Akan ada beberapa pilihan di laman utama ini:
- Track & Trace
- E-Consignment Note
- Outlet Finder
- Postage Calculator
- Klik Outlet Finder
- Untuk direct link, anda juga boleh terus pergi ke laman Outlet Finder di sini: https://www.pos.com.my/pos-outlet-finder
- Anda kini berada di laman Outlet Finder
- Seterusnya, di ruangan Search address, postcode, state or city, masukkan lokasi Pejabat Pos yang berhampiran dengan anda.
- Contohnya Pejabat Pos Besar Shah Alam
- Tekan ikon Cari
- Keputusan carian akan dipaparkan
- Klik Book your JPJ service appointment
- Anda akan dibawa ke satu laman yang lain
- Akan ada beberapa pilihan yang terpapar:
- Renewal of Road tax, Insurance and Driving License
- Renewal of Driving License
- Renewal of Road tax
- Untuk cukai jalan, pilih Renewal of Road tax
- Untuk lesen memandu, pilih Renewal of Road tax
- Pilih tarikh yang dikehendaki
- Pilih waktu yang dikehendaki
- Di bahagian Add your details, masukkan:
- Name
- Phone number
- Tekan butang Book
- Akan keluar popup Verify your email
- Masukkan verification code yang dihantar melalui SMS ke telefon bimbit anda
- Tekan butang Continue
- Ikut arahan selanjutnya sehingga selesai kesemuanya
- Screenshot maklumat temujanji tersebut untuk rujukan
Nota: Jika tidak boleh hadir, anda juga boleh Cancel booking atau Reschedule. Semak email dan ikuti langkah-langkah yang diberikan.
5. Kenapa tak boleh masuk pos.com.my untuk booking appointment JPJ?
Besar kemungkinan, anda akan melihat paparan ralat ini:
Sorry, we're facing heavy traffic right now. Please be patient and try again in 1 minute.
Jika ini berlaku, ini bermakna laman web Pos Malaysia jem kerana terlalu ramai cuba mengakses untuk booking appointment JPJ. Kami sarankan anda cuba masuk semula pada tengah malam (12 tengah malam dan ke atas) bagi mengelakkan kesesakan.
Sekiranya ada masalah untuk masuk ataupun tidak dapat slot yang dikehendaki, boleh berhubung dengan pihak Pos Malaysia melalui saluran berikut:
- Whatsapp 019-7291300
- Chat dengan AskPos
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian mengenai temujanji JPJ online melalui pos.com.my/post-outlet-finder/ ini akan memudahkan urusan anda.
Semoga bermanfaat.
Urusan reneu Rotex persendirian
D JPJ kota Marudu
ok