Semakan Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status TIDAK LULUS)

Jika anda salah salah seorang yang mendapat status TIDAK LULUS / GAGAL dalam permohonan BPR, sila pastikan bahawa anda telah membuat rayuan BPR yang dibuka tempohari. Jika sudah, tahniah. Kini sudah tiba masanya untuk buat semakan rayuan BPR Fasa 3 melalui bpr.hasil.gov.my.

Jika anda tidak buat apa-apa rayuan Bantuan Prihatin Nasional Fasa 3, mohon maaf. Kami tidak boleh bantu apa-apa. Buat semakan BPR pun tak guna. Anggap sahaja tidak ada rezeki.

Izinkan kami berkongsi.

1. Semakan status rayuan BPR Fasa 3 online

Sebelum membuat semakan bayaran BPR untuk kes rayuan terbaru ini, anda perlu buat semakan kelulusan terlebih dahulu.

Ikut langkah-langkah di bawah untuk membuat semakan status kelulusan rayuan BPR:

  1. Layari laman web rasmi BPR di sini: bpr.hasil.gov.my
  2. Klik pautan Log Masuk
  3. Isikan No MyKad dalam ruangan yang disediakan
  4. Tekan butang Semak
  5. Sila buat pengesahan bahawa apa yang terpapar adalah kata kunci keselamatan anda
  6. Jika ya, klik butang Ya
  7. Jawab semula SOALAN KESELAMATAN yang dipaparkan
  8. Tekan butang Teruskan
  9. Selepas berjaya masuk, klik butang Semakan Status
  10. Status kelulusan dan bayaran akan terpapar di sini

 

2. Semakan status bayaran BPR Fasa 3 untuk rayuan

Sekiranya LULUS, jangan terburu-buru ke ATM untuk cucuk duit. Kami sarankan anda buat semakan baki dalam akaun bank anda terlebih dahulu. Ingat, lepas check BPR, check balance dalam akaun.

Berikut ialah senarai bank-bank tempatan:

  • Maybank
  • BSN
  • Bank Islam
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank
  • Affin Bank
  • Bank Rakyat
  • CIMB Bank
  • Bank Muamalat
  • Public Bank
  • Alliance Bank

 

3. Kenapa masih TAK LULUS BPR?

Ada beberapa sebab yang membuatkan permohonan rayuan anda ditolak.

Berikut adalah kod yang menyenaraikan alasan kenapa anda Tidak Lulus BPR Fasa 3.

Kod Alasan Tidak Lulus BPR Fasa 3
5 Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
12 Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
36 Pemohon / pasangan adalah penerima GKP
31 Status perkahwinan perlu pengesahan
39 Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan

 

4. Maklumat lanjut Fasa 3 PEMERKASA+

Jika anda rasa tidak puas hati dan perlukan penjelasan lanjut, sila hubungi LHDN di talian berikut:

  • 1800-88-2747
  • Waktu operasi LHDN adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang sahaja

 

Akhir kalam

Sekiranya anda sudah buat semakan kelulusan BPR dan masih mendapat status TIDAK LULUS, jangan terlalu bersedih. Anggap sahaja tidak ada rezeki dalam rayuan BPR Fasa 3 ini.

Apa yang penting, sama-sama kita kuatkan diri dan tabahkan hati demi keluarga dan anak-anak.

Insya Allah, ada jalannya.

Semoga bermanfaat.

13 thoughts on “Semakan Rayuan BPR Fasa 3 2021 (Status TIDAK LULUS)”

    • Kenapa masih gagal fasa2? Before this sebab study, kali ni dia cakap 05 isi maklumat pasangan. Padahal saya apply untuk bujang

      Reply
  1. – Ada email tak utk saya rujuk? Mcm KWSP or vaksin ada email awam and mereka mmg reply saya.
    – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi kelayakan pendapatan yang telah ditetapkan: Check mcmana? Mmg dah masuk 2 years bekerja freelance
    – Kenapa Fasa 1 saya dapat sedangkan keadaan saya sama saja tidak bertukar

    Reply
  2. Saya pun Sama juga bpr tidak Lulus rayuan saya FASA 1 Dan FASA 2 Dan FASA 3 kenapa kerajaan buat MCM anjing Sama raykat so MCM raykat boleh sokong Sama kerajaan Kita rakyat MCM susah mau Cari duit so kerajaan mau buat MCM ini kah

    Reply
  3. Sya semak rayuan sya..dh lulus..tpi kenapa xmsuk2 lgi..hri ni dh 1hb..kata 28-30hb dh msuk..@msih ade lgi yg x msuk..sya hrp hri ni msuk lh..😔

    Reply
  4. Dear Sir/Madam,

    I received the first time but the second time , said lulus but did not see received any money. Now, tak lulus. How do I appeal?

    Best regards,

    Reply
  5. Saya seorang pesakit sleap dish L4&L5.Sekarangni saya menerima bantuan dari Parkeso sebanyak RM1260 sebulan.Apa yang menyebabkan saya tidak layak menerima bantuan BPR dari kerajaan.

    Reply

Leave a Comment