Jika anda ialah peniaga dan memang seorang anak jati Negeri Sembilan, ada bantuan untuk anda daripada Kerajaan Negeri Sembilan. Izinkan kami kongsi cara mohon bantuan TUNS.
Nota:
- Permohonan akan dibuka semula pada bulan Ogos 2021
- Buat masa ini, TUNS 2021 TIDAK DIBUKA untuk permohonan baru.
- Anda hanya boleh log masuk untuk tujuan semakan semula dan kemaskini permohonan
- Log masuk anya dibenarkan untuk permohonan yang berstatus SEMAKAN SEMULA sahaja.
1. Cara mohon bantuan TUNS
Berikut adalah cara untuk buat permohonan TUNS. Kami sarankan anda sediakan dokumen sokongan terlebih dahulu. Ini adalah penting untuk melancarkan urusan permohonan supaya tidak tersekat-sekat dan tergantung.
- Layari laman web rasmi TUNS di sini: https://tuns.my
- Klik Mohon Sekarang
- Isi maklumat seperti dipinta dengan lengkap
- Seterusnya, klik pada Daftar Butiran Asas
- Sila semak email yang anda masukkan tadi dan klik pautan untuk pengesahan
- Seterusnya, log masuk untuk memohon dengan menggunakan nombor Kad Pengenalan dan kata laluan yang anda daftarkan tadi.
- Isi borang permohonan pinjaman TUNS dengan lengkap dan betul.
- Seterusnya, upload dokumen sokongan permohonan seperti yang disenaraikan di bawah
- Setelah lengkap semuanya, klik Hantar Permohonan
- Selesai
2. Apa dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan TUNS ini?
Sediakan dokumen-dokumen sokongan di bawah untuk dihantar bersama borang permohonan anda:
- Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
- Gambar formal pemohon berukuran passport.
- Salinan lesen/permit perniagaan/sijil-sijil perakuan yang diiktiraf.
- Salinan dokumen pendaftaran SSM/ sijil profesional/ pendaftaran Kementerian Kewangan (sekiranya ada).
- Salinan penyata kewangan/penyata bank.
- Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya 3 gambar).
- Salinan perjanjian sewa premis/tanah.
- Apa-apa dokumen yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Contohnya Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB), Borang C Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998, Lesen Racun Jenis A (Akta Racun 1952) – Membekal Ubat atau Lesen Establishment (Seksyen 15 (1) Akta 737) – Peralatan Perubatan dan lain-lain.
3. Semakan kelulusan permohonan TUNS
Sekiranya anda sudah selesai memohon TUNS, jangan lupa buat semakan.
- Layari laman web rasmi TUNS di sini: https://tuns.my
- Klik butang Semak Permohonan
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Masukkan Nombor Telefon Bimbit (tanpa tanda sempang atau dash)
- Tekan butang Semak Permohonan
- Keputusan samada lulus atau tidak akan terpapar di sini
4. Ada masalah semasa memohon bantuan TUNS?
Jika anda mempunyai pertanyaan ataupun masalah semasa memohon pinjaman usahawan mikro TUNS ini, boleh hubungi:
- Pusat Runding Cara Usahawan Negeri Sembilan (PRUNS) di talian 019-752 3251
- Atau email terus ke [email protected]
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian tentang cara mohon bantuan TUNS ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Sila rujuk lain-lain bantuan kerajaan yang ada. Lulus atau tidak, itu perkara kedua. Yang penting, mohon dulu. Manalah tahu, ada rezeki.
Semoga bermanfaat.