Untuk makluman, semakan BPN Fasa 3 kini sudah dibuka. Ini adalah untuk sesiapa yang telah buat rayuan sebelum ini, iaitu pada 11 Mei hingga 31 Mei 2020.
Jadi, untuk check BPN dan mengetahui samada rayuan diterima atau tidak, rujuk langkah-langkah di bawah.
Check BPN Fasa Ketiga 2020 (Rayuan & Payment Status)
Berikut ialah cara untuk semak status pembayaran BPN.
Untuk buat semakan bayaran BPN, iaitu untuk tahu samada duit sudah masuk atau belum, ikuti langkah-langkah di bawah:
- Layari laman Semakan Status Permohonan dan Maklumat Pembayaran di sini: https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx
- Abaikan sahaja tulisan BSH 2020 itu
- Ini adalah semakan BPN juga
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Akan keluar Captcha
- Untuk teruskan proses Semakan, sila isi Captcha
- Klik butang Semak.
- Akan keluar paparan:
- Nama
- No MyKad
- Status Permohonan
- Info Tambahan
- Jika anda berstatus LULUS, anda akan dapat lihat paparan lain iaitu:
- Fasa
- Jumlah Dikredit
- Status Kredit
- Nama Bank
- No Akaun
- Untuk mengetahui samada duit BPN sudah masuk atau belum, pastikan status Kredit anda adalah Berjaya Kredit
- Ingin diingatkan sekali lagi, ini adalah untuk pemohon yang lulus BPN sahaja.
- Bermakna, duit sudah masuk ke akaun pemohon BPN yang layak secara automatik BSH tanpa buat permohonan.
- Jika permohonan anda LULUS tetapi belum bertukar status Berjaya Kredit, ini bermaksud duit BPN belum lagi masuk.
- Jika permohonan anda LULUS tetapi mempunyai status Gagal Kredit, ini bermaksud duit BPN cuba dimasukkan ke dalam akaun bank yang diberi. Namun, akaun bank tersebut mungkin tidak aktif atau tidak wujud akibat tersilap isi. Sila hubungi pihak LHDN untuk ambil secara tunai.
- Harap bersabar jika belum ada apa-apa status terbaru.
- Sila buat semakan seterusnya di lain hari
Semakan status BPN Berjaya Kredit
Status Berjaya Kredit menunjukkan bahawa ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.
Semakan status Bantuan Prihatin Nasional Gagal Kredit
Status Gagal Kredit menunjukkan bahawa tidak ada kemasukan duit BPN ke dalam akaun bank yang anda masukkan semasa permohonan tempohari.
Ada beberapa kemungkinan kegagalan kredit. Duit tidak dapat dimasukkan ke dalam bank mungkin kerana:
- Akaun bank tidak aktif
- Nombor akaun bank yang salah
- Tersilap masukkan nombor akaun bank
- Nama pemilik bank akaun tidak sama dengan nama pemohon BPN
Jangan risau sekiranya mendapat satus Gagal Kredit.
Sila dapatkan Nombor Siri dari dalam portal BPN dan pergi ke mana-mana cawangan BSN terdekat. Anda boleh memberikan Nombor Siri dan mendapatkan duit secara tunai.
Akhir kalam
Kami faham, anda mahu keputusan itu berpihak pada anda.
Namun, tidak semua boleh dapat.
Jika anda tergolong dalam kelompok yang mendapat bantuan BPN ini, ucapkanlah Alhamdulillah.
Jika tidak, berdoalah agar diberikan rezeki yang lain oleh Allah.
Diharapkan agar perkongsian semakan status BPN ini serba-sedikit memberi kefahaman kepada anda.
Untuk maklumat terkini, sila rujuk akaun Twitter LHDN.
Semoga bermanfaat.
Nak tukar account bank lain.. sbb account bank pbe dh tak guna