Dulu, cukup susah untuk bayar caruman pekerja pada PERKESO. Susah mahu buat secara online kerana kebanyakan masa, perlu buat secara manual. Kini tidak lagi kerana anda boleh login Assist Portal PERKESO dan boleh buat macam-macam.
Langkau artikel ini jika mahu maklumat lanjut berkenaan iPerkeso, kini dikenali dengan nama baru, matrix.perkeso.gov.my. Hanya untuk orang yang bekerja sendiri sahaja.
Berkenaan PERKESO (www.perkeso.gov.my)
PERKESO atau lebih dikenali dengan SOCSO (Social Security Organisation) merupakan Pertubuhan Kebajikan Sosial di bawah agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial dibawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Pertubuhan ini juga menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungan mereka.
Portal assist PERKESO baru
Apa itu assist.perkeso.gov.my ?
Bagi mereka yang tidak tahu, PERKESO kini telah menyediakan sebuah portal layan diri bagi majikan untuk menguruskan maklumat-maklumat majikan, pekerja dan caruman bulanan PERKESO.
Jadi, tidak lagi perlu untuk membuat semuanya secara manual lagi.
Portal ini akan memastikan perkhidmatan transaksi yang efisien, bebas kertas dan selamat melalui kaedah FPX dan perbankan internet.
Jemput tonton video di bawah untuk penerangan ringkas
Assist Portal PERKESO
Ia merupakan satu portal layan diri yang disediakan bagi majikan untuk menguruskan maklumat berkaitan majikan, pekerja serta caruman bulanan PERKESO yang perlu di log in dengan menggunakan nama pengguna (username)dan kata laluan (password).
Cara daftar Assist Portal untuk Majikan
Sebelum anda boleh gunakan PERKESO Assist Portal untuk majikan, anda mesti buat pendaftaran dengan mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk mendapatkan nama pengguna dan kata laluan yang diperlukan:
- Bagi majikan yang ingin menggunakan portal ini perlu membuat permohonan, anda perlu memuat turun Borang Permohonan Enrolment Penggunaan Portal Assist
- Borang yang lengkap diisi perlu dibawa ke Pejabat PERKESO berhampiran anda
- Untuk memudahkan urusan, anda juga boleh menghantar borang tersebut melalui emel ke [email protected]
- Borang yang dihantar akan disemak terlebih dahulu
- Jika tiada sebarang masalah, anda akan menerima satu emel dengan nama pengguna dan kata laluan sementara
- Anda akan diminta untuk menukar kata laluan demi tujuan keselamatan akaun anda pada kali pertama anda log in
Cara login Assist Portal PERKESO untuk Majikan
Jika sudah ada username dan password, segala-galanya jadi mudah.
Untuk login PERKESO Assist Portal, sila rujuk langkah-langkah mudah di bawah:
- Klik link ini: assist.perkeso.gov.my/employer/login
- Pilih bahasa samada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu
- Klik BM untuk Bahasa Melayu
- Masukkan email address seperti yang anda buat pendaftaran awal-awal tadi
- Jika terlupa password, klik Forgot Password
- Masukkan password
- Klik Login
Cara majikan melihat profil pekerja
Sebagai majikan berikut adalah langkah-langkah untuk melihat profil pekerja syarikat anda:
- Anda boleh mengaksesnya profil dengan klik pada profil majikan
- Kemudiannya lakukan pencarian majikan melalui mencari nama majikan atau kod majikan
- Selepas carian selesai, skrin akan memaparkan nama majikan yang dicari
- Anda perlu klik pada nama majikan yang terpapar pada skrin dan maklumat majikan keluar
Cara majikan melihat maklumat caruman pekerja
- Untuk melihat maklumat caruman majikan dan segala urusan berkaitan, anda perlu melakukan langkah sama seperti untuk melihat profil yang dipaparkan di aras
- Kemudian klik pada maklumat caruman
Cara melihat senarai dokumen
- Untuk melihat senarai dokumen, anda perlu masuk ke profil majikan
- Cara yang sama seperti langkah pada melihat profil perlu dilakukan
- Klik pada tab senarai dokumen
Cara melihat profil pekerja atau kakitangan
- Untuk mengakses maklumat kakitangan, anda boleh klik pada menu Profile dan klik Employee Profile
- Anda kemudian perlu memasukkan nama pekerja, nombor kad pengenalan pekerja atau nombor PERKESO pekerja
- Skrin akan memaparkan maklumat pekerja yang dicari.
Cara daftar pekerja baru dalam PERKESO Assist Portal
Bagi mendaftar pekerja baru berikut adalah cara-caranya:
- Klik pada menu Add New Employee
- Isikan maklumat pada bahagian Employee Information dan Employee Application StatusSear
- Klik pada menu Save & Continue untuk pergi kepada paparan skrin seterusnya bagi mengisi segala maklumat yang diperlukan
- Terdapat dokumen berkaitan pekerja yang perlu anda muat naik dan setelah selesai memuat naik, klik Add Document
- Ulang langkah memuat naik dokumen sekiranya terdapat dokumen lain yang perlu anda masukkan
- Terdapat menu Remove jika terdapat dokumen yang perlu anda buang
- Setelah selesai, klik menu Save dan Continue
- Skrin akan memaparkan segala maklumat dan dokumen, pastikan anda menyemak sebelum menekan Submit
- Akan terpapar skrin dengan Proceed for Submission? Klik Confirm sekiranya anda berpuas hati dengan maklumat yang diberikan
Cara buat caruman dalam PERKESO Assist Portal
Untuk caruman, boleh lakukan secara online sahaja melalui portal assist.perkeso.gov.my. Rujuk panduan bergambar di bawah.
Untuk penerangan lebih lanjut, bagi majikan yang ingin membuat pembayaran caruman, berikut adalah cara-caranya:
- Klik Mysites, pada bahagian atas sebelah kanan portal
- Klik Contribution
- Dibawah menu Employee Contribution, klik Add Contribution
- Klik Action pada lambang tangan, pastikan bulan yang hendak dibuat pembayaran. Jika bulan caruman tidak wujud, klik Arrears
- Pada Contribution Summary, pilih bulan dan tahun caruman serta klik Select. Masukkan Total Employee dan Total Contribution Amount.
- Pada menu Employee Contribution, klin Action, iaitu lambang pensil, untuk edit atau mengemas kini status dna gaji pekerja.
- Klik Edit dan masukkan jumlah gaji kemudian tekan Complete
- Klik Back dan scroll down, seterusnya klik Submit dan Confirm
- Pilih untuk Print ACR, Acknowledgement Contribution Received
Cara buat bayaran dalam PERKESO Assist Portal
Bayaran boleh dibuat di kaunter PERKESO atau bank dengan membawa ACR.
- Bayaran di kaunter PERKESO boleh dillakukan pada hari sama ACR dijana
- Manakala bayaran melalui bank hanya boleh dilakukan pada hari berikutnya jika ACR dijana pada sebelum pukul 5.00 petang
- Manakala bayaran melalui bank hanya boleh dibuat selepas 2 hari waktu bekerja jika ACR dijana selepas pukul 5.00 petang
Cara buat bayaran online melalui PERKESO Assist Portal
Anda juga boleh melakukan pembayaran secara atas talian.
- Selepas mencetak ACR, klik Process to Payment
- Pilih Contribution/FLCB Notice/Compound Notice
- Klik Add to Chart seterusnya tekan menu Proceed to Summary, klik Continue.
- Pilih FPX dan Business Model sama ada Corporate to Corporate = menggunakan akaun syarikat, atau Personal to Corporate = menggunakan akaun peribadi
- Pilih bank yang akan dibuat pembayaran
- Masukkan alamat emel
- Kemudian tekan Proceed
Cara dapatkan bantuan PERKESO Assist Portal
Anda boleh membaca panduan untuk menggunakan Assist PERKESO, di sini. Boleh download manual untuk Portal Assist PERKESO secara percuma.
Jika terdapat sebarang masalah untuk login Assist Portal, anda boleh hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau melalui emamil [email protected]
Ini bakal membantu anda melakukan kerja-kerja untuk pekerja di pejabat dengan lebih pantas.
Lagi mengenai PERKESO
Kami kongsikan beberapa lagi informasi penting, yang bukan sekadar PERKESO Assit Portal semata-mata. Kami rangkumkan maklumat penting yang anda sebagai majikan dan pekerja perlu tahu.
Apa fungsi PERKESO?
Bagi yang tidak tahu, Konsep Perlindungan Keselamatan Sosial PERKESO adalah berteraskan konsep tanggungjawab bersama menerusi sumber terkumpul, perkongsian risiko dan penggantian pendapatan (pooling of resources, sharing of risk and replacement of income).
Perlindungan keselamatan sosial adalah asas yang perlu dipenuhi sebagaimana yang dipersetujui di bawah Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1952 iaitu Konvensyen 102; Minimum Standard for Social Security. Dalam memenuhi matlamat tersebut, fungsi utama PERKESO adalah untuk memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja dan tanggungannya menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan.
Skim Bencana Pekerjaan memberi perlindungan kepada para pekerja daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit khidmat dan kemalangan semasa perjalanan berkaitan dengan pekerjaan.
Skim Keilatan memberi perlindungan 24 jam kepada pekerja terhadap keilatan atau kematian akibat sebarang sebab yang berlaku di luar waktu kerja atau yang tidak berkaitan dengan pekerjaan.
Kedua-dua skim menyediakan faedah tunai kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka di samping menyediakan rawatan perubatan, pemulihan jasmani atau latihan vokasional. PERKESO juga menjalankan aktiviti pencegahan kemalangan melalui program kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam kalangan pekerja dan majikan.
Majikan tidak carum PERKESO
Adalah satu kesalahan sekiranya majikan tidak membuat potongan PERKESO untuk pekerja mereka. Jika anda sebagai pekerja mendapati majikan tidak mencarum SOCSO, sila laporkan pada pihak berwajib.
Harus diingat bahawa kadar caruman PERKESO adalah bergantung kepada jumlah gaji anda.
Anda boleh menyemak jumlah bayarannya di kadar caruman PERKESO.
Kepentingan PERKESO
Mesti ada yang bertanya penting ke membuat caruman PERKESO, bukan? Semestinya PERKESO amat penting kerana perlindungan yang ditawarkan adalah secara menyeluruh, termasuk sumbangan yang akan diterima anda sekiranya terlibat dalam bencana di tempat kerja.
Dalam bahasa mudah, segala rawatan semasa dan rawatan susulan akibat kemalangan atau kecederaan yang berlaku ketika anda bekerja akan ditanggung PERKESO. Malahan bencana yang berlaku ketika waktu rehat (mengikut ketetapan diberikan majikan) juga akan ditanggung PERKESO.
Contoh keadaannya adalah seperti, seorang pekerja mengalami kecederaan kekal atau memerlukan rawatan fizikal akibat kecederaan yang berlaku ditempat kerja, maka kos rawatan tersebut menjadi tanggungan PERKESO.
Ia termasuklah rawatan seperti pembedahan, mendapatkan anggota badan palsu, prosedur rawatan fisioterapi serta kelengkapan prostetik seperti kerusi roda mahupun alat bantuan pendengaran.
Walau bagaimanapun, izinkan kami mencadangkan, untuk diri sendiri dan keluarga, keluarkanlah sedikit modal untuk cari medical card untuk keluarga.
Akhir kalam
Sebenar terdapat majikan yang masih tidak tahu tentang kewujudan PERKESO ini dan sudah tentu perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana ia merupakan tanggungjawab majikan untuk membuat caruman kepada pekerja.
Dengan wujudnya Assist PERKESO ini, anda sebagai majikan sudah tidak mempunyai alasan untuk tidak membuat caruman. Jadilah majikan yang bertanggungjawab, okay?
Kadang-kadang sistem portal Assist ini down dan tidak boleh digunakan. Harap bersabar dan dinasihatkan akan pergi ke mana-mana perjabat PERKESO yang berdekatan.
Diharapkan agar perkongsian mengenai cara login Assist Portal PERKESO ini akan memudahkan lagi urusan anda.
Semoga bermanfaat.
very difficult to login assist perkeso
kita sudah hantar tapi belum dapat email dari I-pekerso repaly!!
company saya ialah :YONG CHANG GLOBAL CONSTRUCTION SDN BHD
LEVEL 23, UNIT 23-03, MENARA LANDMARK,
NO.12, JALAN NGEE HENG 80000
JOHOR BAHRU, JOHOR
Dah terima ke? Kena tunggu berapa lama I-perkeso reply?
saya sudah masuk portal tersebut, langsung tidak faham dan tidak dapat buat caruman seperti tulis dalam bantuan yg dikasih
PERKESO new website, PERKESO.ASSIST is a regression. It’s so difficult to use, in fact, I don’t know how to use despite being quite a computer savvy. When I called the tel. contact no., no one answered. It would ring for ages! The manual is 165 pages. My perception of the new portal is that it makes my life difficult, to put it mildly.
PERKESO ASSIST Web is unreliable. Customer Service hotline is nothing more than entertaining.The ONLINE MANUAL is just a cosmetic make up
Soalan 1.kenapa perkeso tidak dapat membina satu app yg dapat memudahkan urusan mengcarum.saya dapati app nya banyak menyusahkan saya untuk faham.seperti mana yg telah saya buat untuk mencarum kpd kwsp.amat mudah
sekali .
Transform Electrical Industry S/B (832710V)
Rujukan no :PSU04584419L
Kod majikan: C5200025945F
[email protected]
Belum terima bantuan 2.0
jika majikan lupa katalaluan bagaimana nak mintak reset sebab jawapan kepada soalan yang diberikan pun salah
maaf sebab baru menggunakan online assist ni
hi
izzit today the portal assist has problem. Unable to make payment.
i tried to login i-assist perkeso since afternoon n managed to pay perkeso but later wana pay eis, system not allow anymore and re-login again, system stated as below:
The requested URL /ms/employer/login was not found on this server.
tried to called perkeso office in pg and sbg, but no answer ..
how to make the payment as today due date d..
Our company SWB MARKETING (M) SDN BHD had registered into the web site of assist perkeso yesterday, till now we still have not receive any feed back. Pls assist soonest. Thank you.
Selamat pagi,
Macam mana nak keluarkan senarai nama pekerja yang telah berhenti dan nak tambah senarai nama pekerja baru. Terima kasih
Asalamualaikum..maaf bertanya..saya hendak bertanya tentang bagaimana saya hendak memeriksa sama ada arwah ibu bapa daya pernah mencarum perkeso atau tidak?..saya sudah buat temujanji sebanyak 2kali tapi tidak dapat hadir kerana pkp. Jadi saya sudah cuba buat temujanji sekali lagi tapi tidak berjaya. Jadi bolehkah pihak perkeso membantu saya untuk memeriksa tentang arwah ibu bapa saya?
lupa kata laluan, saya reset balik. soalannya suruh masuk nama kucing belaan. tiga nama kucing yg ada semuanya salah
kenapa tak hatar email atau no tel yang didaftar kat perkeso utl reset kata laluan.
Salam, bagaimana saya sudah tutup kedai , dan x perlu lagi pekerja, so saya nak off kan nama pekerja saya bagaimana ye?