Kerja Kosong Penulis Artikel Sambilan 2021 (Jawatan Part Time)

Cari kerja kosong sebagai penulis sambilan? Tahniah, anda telah sampai ke tempat yang sepatutnya. Kami sangat berbesar hati menjemput sesiapa sahaja yang rasa diri dia awesome dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan berikut:

Penulis Artikel Bahasa Melayu (Content Writer)

Kerja kosong penulis artikel Bahasa Melayu

Dalam English, jawatan ini juga dipanggil Content Writer.

Walaupun hanya sebagai freelance atau part-time, kami yakin anda boleh belajar banyak perkara.

Tidak kisahlah anda memang sudah ada kerja full-time sekarang, atau memang mencari kerja, ataupun seorang fresh graduate; jika boleh uruskan masa dan meet deadline, anda dialu-alukan.

 

Kelayakan untuk mohon jawatan kosong penulis artikel Bahasa Melayu:

  • Tak ada UPSR, PT3, SPM – tak mengapa
  • Yang penting, boleh bercakap dengan fasih dalam Bahasa Melayu
  • Dan yang lebih penting, boleh menulis dalam Bahasa Melayu
  • Tapi, bukan menulis dalam gaya yang membosankan seperti dalam karangan SPM
  • Ia lebih kepada penulisan santai, namun masih menghormati norma dan tatabahasa Bahasa Melayu
  • Jika anda tahu mengenai SEO, ia lebih baik
  • Kalau tak tahu SEO, tak mengapa
  • Kami boleh ajarkan
  • Asalkan anda ada kemahuan dan kesudian untuk belajar

 

Keterangan kerja penulis sambilan:

  • Kami beri anda tajuk
  • Antara tajuk yang diberikan adalah dalam kategori kewangan, perhubungan, pendidikan, kekeluargaan dan lain-lain
  • Anda tulis
  • Kami review
  • Anda tulis lagi selepas kami review
  • Kami review lagi
  • Sehinggalah menepati citarasa yang diingini

 

Kelebihan kerja penulis freelance:

  • Anda boleh kerja dari rumah
  • Zaman sekarang, orang panggil Work From Home (WFH)
  • Kami tak akan ganggu, janji kerja siap
  • Kalau ada kelapangan, kita buat kerja sama-sama di Starbucks

 

Macam mana nak mohon?


Jika anda rasa layak, hanya perlu isi borang di bawah.


  • Jangan lupa sertakan dengan resume
  • Jangan lupa hantarkan sampel penulisan
  • Lebih baik lagi satu konten yang baru
  • Cuba lihat genre konten kami yang sekarang
  • Paling penting, jangan hantar jurnal yang anda tulis di universiti
  • Jangan juga hantar tesis anda
  • Kami tak akan baca, malah akan di-tong-sampah-kan dalam masa 0.01 saat

Jika anda tersesat sampai ke laman ini, dan bukannya ada niat mencari kerja kosong penulis sambilan, jemput baca perkongsian berkeaan kerja kosong part time di rumah.

Semoga bermanfaat.