Bagi mereka yang terkandas di kampung sejak PKP 1 pada 18 Mac 2020, anda kini boleh balik semula ke rumah anda. Walau bagaimanapun, anda perlu buat permohonan dan pendaftaran terlebih dahulu menggunakan aplikasi Gerak Malaysia. Jadi, izinkan kami kongsikan cara permohonan Gerak Malaysia secara online.
Jika anda sudah isi permohonan tetapi ada kesilapan, sila kemaskini maklumat data peribadi Gerak Malaysia terlebih dahulu.
Bagi mengetahui status kelulusan, samada dapat permit atau tidak, sila buat semakan Gerak Malaysia.
Permohonan balik kampung pelajar IPT
Untuk makluman, berbeza dengan orang biasa, pelajar-pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) termasuk politeknik serta kolej komuniti yang terkurung di kampus, tidak perlu buat permohonan balik kampung semasa PKP.
PENTING
Ini BUKAN SALURAN RASMI Â untuk permohonan, kemaskini dan semakan Gerak Malaysia. Sila hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat rasmi yang sahih dan lebih tepat.
Makluman dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Pada masa anda membaca perkongsian ini, anda juga mungkin telah menerima SMS dari MKN yang berbunyi
“Muat turun aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon permit pergerakan dengan menggunakan kod QR bagi kelulusan PDRM semasa PKP”
Teruskan membaca di bahagian bawah untuk mengetahui cara-cara untuk muat turun, isi borang, hantar, kemaskini dan buat semakan Gerak Malaysia, samada lulus atau tidak.
Apa itu Gerak Malaysia
Dalam bahasa yang mudah, Gerak Malaysia adalah suatu usaha atau inisiatif dari kerajaan Malaysia.
Aplikasi Gerak Malaysia boleh mengesan kedudukan anda dengan syarat anda menghidupkan GPS. Ia juga dipanggil pengesanan kontak.
Maka, ini akan membolehkan kerajaan menangani wabak COVID-19 dan membendung penyebaran virus dengan lebih berkesan.
Cara buat permohonan Gerak Malaysia
Ingin kami kongsikan di sini, jika anda menggunakan peranti Apple iOS, app Gerak Malaysia ini, antaramukanya  hanya ada dalam Bahasa Inggeris. Begitu juga dengan peranti Android dan Huawei.
Walaupun begitu, jangan risau.
Kami akan kongiskan langkah dan panduan mudah dalam Bahasa Melayu.
Ikuti cara-cara di bawah:
- Download app Gerak Malaysia
- Install sehingga selesai
- Buka aplikasi Gerak Malaysia
- Akan keluar beberapa gambar dan penerangan
- Slide sehingga habis
- Klik Let’s get started
- Sekarang anda akan berada di ruangan Verify your mobile number
- Masukkan nombor telefon bimbit anda
- One Time Password (OTP) dalam bentuk SMS akan dihantar ke telefon bimbit anda
- Sila buat pengesahan dengan memasukkan 6 digit Verification Code untuk buat pengesahan
- Anda akan diminta untuk buat pendaftaran di ruangan Register
- Masukkan Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan di ruangan Name per NRIC / Passport
- Masukkan Alamat Tempat Tinggal sekarang di ruangan Residential Address
- Residential Address ialah alamat yang TERKANDAS sekarang. Maksudnya, anda perlu masukkan alamat kampung.
- Masukkan Bandar di ruangan City
- Masukkan Poskod di ruangan Postcode
- Pilih jenis Pengenalan Diri dalam ruangan Identification Type iaitu Nombor Kad Pengenalan atau Passport
- Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Kad Pengenalan, masukkan Nombor Kad Pengenalan anda
- Jika jenis Pengenalan Diri anda ialah Nombor Passport, masukkan Nombor Passport anda
- Masukkan email di ruangan Email
- Jika tidak ada email, abaikan sahaja ruangan itu
- Klik Continue
- Klik Yes untuk berkongsi lokasi peranti anda
- Klik Allow untuk memberikan kebenaran kepada Gerak Malaysia menjejaki lokasi peranti anda
- Ikuti langkah seterusnya sehingga selesai
- Setelah selesai pendaftaran, akan akan diminta untuk tekan butang Generate QR Code bagi memohon permit
- Anda akan diberikan pilihan seperti:
- Membeli Makanan dan Keperluan Harian
- Rawatan Perubatan
- Kecemasan
- Aktiviti-aktiviti Perlu
- Membeli barangan dapur
- Pergerakan Antara Negeri
- Untuk Perjalanan Antara Negeri, selepas Generate QR Code, anda akan menerima maklumat berikut “Terima kasih. Permohonan perjalanan anda telah diterima. Kami sedang meneliti semua permohonan. Sila rujuk kembali di sini pada 29 April 2020 untuk maklumat lanjut bagi melengkapkan proses permohonan anda.
- QR Code ini akan diimbas oleh pasukan PDRM di mana-mana road-block sepanjang perjalanan anda
Muat turun aplikasi Gerak Malaysia
Izinkan kami letakkan sekali pautan untuk muat turn aplikasi Gerak Malaysia di sini
- Jika anda gunakan iPhone yang menggunakan Apple iOS, boleh muat turun di App Store.
- Jika anda gunakan telefon jenis Android, boleh muat turun di Google Play.
- Jika anda gunakan telefon jenama Huawei, sila buat carian “Gerak Malaysia” di Huawei AppGallery.
Kemaskini cara isi borang Gerak Malaysia, ruangan Residential Address
Ini soalan paling popular juga.
Terima kasih pihak MyGCC yang mengesahkan perkara ini.
Bagi yang tidak berapa faham berkenaan dengan Residential Address, anda perlu meletakkan alamat tempat tinggal yang TERKANDAS.
Selain itu, anda wajib aktifkan GPS jika ingin permohonan diluluskan.
Masalah Rooted Device Detected, semasa install Gerak Malaysia
Pihak MyGCCÂ juga sudah memberikan maklumbalas tentang perkara ini.
Jika anda menggunakan telefon jenis Android dan pernah buat sesuatu untuk dapatkan akses root untuk telefon tersebut, besar kemungkinan anda akan menerima masalah untuk install.
Mesej yang diterima ialah “Rooted Device Detected. This app is not supported by rooted devices”.
Anda perlu dapatkan bantuan teknikal di alamat email di bawah.
Jalan alternatif yang lain ialah anda perlu buat permohonan bertulis dari balai polis berdekatan.
Jadual perjalanan semasa PKP
Pihak PDRM juga telah mengeluarkan kenyataan di mana pemohon perlu mengikut jadual yang telah ditetapkan mengikut negeri masing-masing.
7 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari:
Kuala Lumpur
8 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perak
- Johor
- Kelantan
9 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Melaka
- Pahang
10 Mei 2020
Dibenarkan hanya untuk pemohon dari negeri:
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Terengganu
Sebagai contoh, jika anda sekarang terkandas di kampung atau hometown di Terengganu. Anda hanya dibenarkan untuk rentas negeri pada 10 Mei 2020 sahaja.
Perjalanan Gerak Malaysia adalah SEHALA, bukan DUA HALA
Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?
Jawapannya, TIDAK BOLEH.
Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)
Terlalu ramai yang bertanya, adakalah ini permohonan untuk balik kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Bukan.
Permohonan Gerak Malaysia ialah permohonan balik bandar selepas terlalu lama terperangkap dan terkandas di kampung.
Secara ringkasnya:
- Balik ke bandar (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia - Balik ke kampung (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia - Balik kampung mak ayah / mertua untuk sambut Hari Raya sempena PKP
Tidak dibenarkan - Balik kampung mak ayah / mertua untuk sama-sama berbuka puasa bulan Ramadan semasa PKP
Tidak dibenarkan - Balik kampung mak ayah / mertua untuk jumpa orang tua sewaktu PKP
Tidak dibenarkan
Contoh rentas negeri adalah seperti berikut:
- Dari Terengganu, mahu balik ke Selangor
- Dari Kelantan, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
- Dari Kedah, mahu balik ke Pahang
- Dari Melaka, mahu pulang ke Perlis
- Dari Negeri Sembilan, mahu pulang ke Perak
Download borang rentas negeri (tiada app Gerak Malaysia)
Bagi orang ramai yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk install app Gerak Malaysia, ada satu lagi cara permohonan Gerak Malaysia, iaitu menggunakan borang manual.
Anda perlu mencetak dan mengisi borang berkenaan sebelum dibawa ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan kelulusan.
Walau bagaimanapun, borang ini hanya tertakluk kepada orang awam yang berada di Semenanjung Malaysia yang tidak mempunyai kemudahan aplikasi Gerak Malaysia untuk memohon membuat pergerakan.
Permohonan manual ini boleh dibuat bermula bila-bila masa. Selepas itu perlu membuat janji temu dengan balai berdekatan bagi urusan penghantaran borang bagi mengelakkan kesesakan.
Kelulusan akan diberikan pada hari sama selepas borang berkenaan diserahkan.
Borang download borang rentas negeri dalam bentuk PDF di sini: https://www.lpkpm.org.my/uploads/BORANG%20KEBENARAN%20RENTAS%20NEGERI.pdf
Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Hasil penelitian kami, tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.
Walalu bagaimanapun, jika anda mahu maklumat lanjut dan bantuan berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email di bawah:
Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my. Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.
Akhir kalam
Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.
Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang.
Hati-hati memandu. Jika mengantuk, baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.
Diharapkan agar cara permohonan Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.
Semoga bermanfaat.
Salam, saya sekarang dekat KUALA LUMPUR saya nak balik ke tempat tinggal saya di PULAU PINANG, adakah saya perlu bergerak pada 2 MEI?
Apps ni not applicable untuk Sabah Sarawak?
Tiada perjalanan 2 hala.hanya 1 hala..alamat semasa memohon,alamat yg terkandas.
kene jgak kee??
Saya wan dari johor baharu..nak tanya..bolehkah saya mohon permit gerakanmalaysia antara negara..iaitu antara batam indonesia ke johor..kerana adik saya sekarang berada di batam dan kerja dan punya rumah sewa di johor baharu..harap maklum.
Assalam.. Boleh sye tnya x.. Sye skrg dkt manjung perak nk blik kl.. Tpi xde knderaan sbb sye merantau dan sye bru kne buang kje .. So nk blik kl umh family.. Nk tnye ad bas x..
Assalamualaikum Tuan/Puan, Saya Rahmah. Saya dah downdlord aplikasi Gerak Malaysia dan dah isi borang permohonan, dan dah ada qr kod, tetapi setelah saya keluar dari aplikasi, qr kod utk travel(merentas negeri saya telah hilang dari aplikasi tu, sya cuba lagi cek dah tak ada, sedangkan saya nak merentas Negeri balik ke rumah saya. Qr cod kesihatan, shopping, dan lain² ada pula sedangkan qr cod yg lain tu saya tak perlukan. Saya hanya nak qr cod utk merentas negeri balik ke rumah saya sahaja. Terima kasih.
Hai,, saya nak tanya,, situasi saya sekarang ni terkandas di rumah kawan saya and then ibu saya nak datang ambil bagaimana?? Sebabnya dibenarkan hanya one way tetapi ini sudah dua way kerana ibu saya mahu bawa saya pulang ke rumah,, tolong selesaikan ini ,,terima kasih
Hai sya dari sandakan.adik saya terkandas di kota kinabalu sebelum pkp..duit dah habia buat sewa bilik beli makanan.boleh ka saya dari sandakan ambil dia ke kota kinabalu
Bagaimana pula untuk pemohon di sarawak?seperti saya yang terkandas di kampung semenjak pkp bermula yang ingin balik ke bandar batu kawa,kuching iaitu balik ke rumah suami?
Tak boleh nak masuk sebab dia tulis – Rooted device detected
My interstate travel don’t show QR code, Who’s the same as me?
Kota tinggi to masai itu bukan merentas negeri
En.Azmirul, boleh mohon di Balai Polis berdekatan. Kita tulis surat dan tunjuk sebab/ alasan tersebut. Alasan nak ambil isteri dan anak, cth ada istri ada appointment di klinik atau sebab munasabah yg lain. Cth:Anak perlu pulang krn dah lama tidak buat kerja sekolah (alatan di rumah). Jika dibenarkan, polis akan cop pada surat kita buat.
Saya tersilap isi online.. Residential address tu alamat terkandas ke.. Saya nk balik ke kulim jumpa anak dan isteri.. dah sebulan sy duduk kat kampung saya.. Sampai sekarang tiada jawapan.. Perlu x saya pergi ke balai polis berhampiran.. Semalam sy dah pergi balai polis bt permohonan.. Sarjan suruh tunggu keputusan.. Sampai sekarang x keluar lg keputusan..
Saya nak balik dari Segamat ke tampat tinggal saya di Johor Bahru. Saya rasa ini merupakan perjalanan dalam negeri Johor dan bukan interstate travel, perlukah saya membuat permohon di Gerak Malaysia App?
Saya juga tersilap dengan mengisi residential address. Tadi baru membuat edit pembetulan, tetapi gerak malaysia app tidak generate ruang untuk mengisi destinasi yang saya nak tujui. Adakah ini akan menjejaskan permohonan saya?
Saya bekerja di USJ selangor tetapi setiap hari saya bergerak secara ulang alik dari rumah saya laitu di Seremban.Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan seperti ini?
Salm. Nk tnya ruangan city . Tu. .bandar nk dituju ke .
Kalau saya nak blik Sibu sarawak macam mana ye..boleh tolong saya?
Nak Tanya rentas daerah perlu ke apply. Dari Rawang ke Kuala selangor.
Boleh tak kami di Sarawak pergi ke ladang yang berada di daerah/bahagian lain bersempadan. kami sudah pergi ke balai, dan belum beri alasan sudah ditolak. Saya rasa terlalu kejam kalau melarang untuk ke ladang sedangkan tidak ada sambungan rantai covid di ladang. Ynag ada monyet.
To whom it may concern :-
Is interstate travel still allow to apply for ?
Caused my Boss need to travel from Kuala Lumpur to Johor due to emergency work request from Johor (HQ company).
Thanks in advance for your kind assistance.