Cara Order Foodpanda (Buat Pesanan Online, Guna App)

Perut lapar, tapi malas mahu keluar? Biasalah. Semua orang memang ada tahap kemalasan masing-masing. Jangan bimbang, izinkan kami kongsi cara order Foodpanda untuk orang yang tak biasa.

Sedikit mengenai Foodpanda

Anda pernah memesan makanan dengan foodpanda? Foodpanda membenarkan pengguna untuk memilih makanan dari mana-mana restoran tempatan di dalam negara dan membuat pesanan dari aplikasi di telefon bimbit selain daripada di laman web rasmi foodpanda. Kemudian, foodpanda akan menghantar makanan anda ke destinasi di mana anda berada menggunakan krew penunggang penghantaran (delivery riders).

Servis ini terdapat di laman web rasmi syarikat ini serta pada aplikasi di telefon bimbit. Anda sebagai pelanggan boleh memesan makanan menggunakan foodpanda dengan memuat turun aplikasi foodpanda.

Kemudian, anda perlu mendaftar dahulu akaun anda sebelum dapat menggunakan servis foodpanda. Cara order Foodpanda ada disenaraikan di bawah.

Cara mendaftar akaun Food Panda

Sila ambil maklum bahawa panduan pendaftaran Foodpanda ini adalah untuk melanggan yang mahu pesan penghantaran makanan. Jika anda mahu cari kerja untuk tambah pendapatan, sila baca cara daftar Foodpanda rider.

Teruskan membaca untuk proses pendaftaran Foodpanda seperti di bawah:

  1. Cara order Foodpanda yang pertama ialah perlu download app
  2. Muat turun aplikasi foodpanda melalui Google Play Store untuk Android, ataupun melalui App Store untuk iOS.
  3. Kemudian, hidupkan GPS pada telefon pintar anda.
  4. Buka aplikasi foodpanda anda.
  5. Anda perlu login dahulu untuk memesan makanan. Pertama sekali, pergi ke bahagian kiri atas telefon pintar anda dan tekan butang yang mempunyai susunan jalur melintang. Tekan untuk membuka menu.
  6. Kemudian, tekan butang Log in / Create account.
  7. Seterusnya, tekan butang New user? Create an account.
  8. Kemudian, tertera ruang untuk anda mengisi maklumat anda. Isikan pada ruang First Name, Last Name, nombor telefon, alamat emel, serta kata laluan yang anda ingin gunakan untuk akaun anda.
  9. Kemudian, tekan butang Register.
  10. Pendaftaran anda berjaya.

 

Cara order Foodpanda

  1. Login semula ke akaun anda. Masukkan alamat emel anda dan password Kemudian, tekan butang LOG IN. Anda juga boleh login menggunakan akaun Facebook anda.
  2. Anda akan tiba di paparan utama. Anda akan melihat pelbagai jenis restoran yang tertera, berserta dengan gambar makanan.
  3. Pada setiap gambar restoran, tertera maklumat seperti nama restoran/gerai/kedai makan tersebut, jenis-jenis makanan yang boleh disediakan, masa yang diambil untuk menyiapkan dan menghantar makanan anda, serta caj penghantaran. Rating kedai juga tertera. Pilih mana-mana yang anda suka.
  4. Setelah itu, akan tertera menu makanan yang anda boleh pilih. Pada setiap makanan, tertera juga harga.
  5. Untuk pilih makanan, tekan butang “+”. Untuk sesetengah restoran terutamanya yang menyediakan makanan western, ada menu tambahan yang anda perlu isi, seperti saiz hidangan anda (harga akan berbeza mengikut saiz). Selain itu, anda juga boleh membuat permintaan tambahan pada menu anda di bahagian Special instructions.
  6. Anda juga boleh menekan butang (-) atau (+) untuk menambah order pada makanan yang sama, ataupun untuk membuang order anda dan memilih makanan yang lain.
  7. Setelah selesai, teruskan cara order Foodpanda ini dengan tekan butang CHECKOUT.
  8. Kemudian, akan tertera maklumat untuk anda isi. Anda boleh memilih untuk restoran membekalkan strawdan juga sudu serta garfu.
  9. Kemudian, tentukan masa untuk penghantaran makanan anda. Jika ingin makanan anda dihantar kemudian mengikut masa yang anda mahu, pilih masa anda pada bahagian Delivery time. Jika anda ingin segera, pilih Now.
  10. Pada Delivery Details, masukkan alamat untuk anda menerima pesanan anda.
  11. Pada Personal Details, semak semula maklumat anda, seperti nama penuh, alamat emel dan nombor telefon anda.
  12. Pada Payment, ada tiga pilihan pembayaran yang anda boleh lakukan, sama ada Cash On Delivery, Credit / Debit Card, ataupun Online Banking.
  13. Untuk Credit / Debit Card, masukkan perincian seperti nama pada kad anda (Name on card), nombor kad anda (Card number), tarikh luput kad anda (MM/YY), dan CVC (tiga digit yang tertera di belakang kad anda).
  14. Tick pada Save your card, untuk simpan maklumat kad anda, untuk sebarang order yang anda ingin lakukan selepas ini.
  15. Anda juga boleh menekan link Do you have a voucher sekiranya anda ingin menggunakan baucer untuk pembelian anda.
  16. Tekan butang PLACE ORDER. Pesanan anda selesai.

  

Nota Tambahan

  • Cara order Foodpanda ini tidak lengkap dengan sedikit tips
  • Pada menu utama untuk memilih restoran, anda juga boleh memilih untuk membuat tapisan restoran untuk memilih restoran yang benar-benar menyediakan makanan yang anda mahu. Anda boleh menekan daripada “$” untuk restoran yang menyediakan makanan murah, sehinggalah kepada “$$$”untuk makanan bagi anda yang ingin menyediakan bajet yang tinggi.
  • Selain itu, pada tab di bawahnya, anda boleh memilih untuk membuat tapisan pada tab OFFERS, sama ada mempunyai caj penghantaran secara percuma, ataupun makanan yang dipesan mempunyai diskaun harga.
  • Di samping itu juga, anda boleh melihat dan memilih jenis-jenis hidangan makanan yang anda mahu di tab Cuisines, seperti Halal, Japanese, Malaysian Food, Pizza, Burgers, Fast Food dan sebagainya, mengikut makanan yang terdapat di Malaysia.
  • Anda juga boleh memilih jenis makanan yang anda mahu di bahagian tab Attributes, seperti Chicken,Fish, Bento, Rice, Satay, Non-Halal, Snacks-Street Food dan sebagainya. Selesai membuat tapisan, akan tertera restoran yang mampu menyediakan makanan mengikut tapisan anda. Restoran yang tertera juga ada dua jenis, sama ada yang mampu menyediakan makanan anda segera, ataupun hanya akan menyediakan makanan anda kemudian. Jadi, buat pilihan anda dengan bijak sekiranya anda ingin makanan anda dengan segera.
  • Foodpanda juga mempunyai ruangan pandangan (review section), di mana pelanggan boleh memberi komen tentang proses jualan daripada pesanan sehinggalah kepada makanan sampai kepada mereka, proses penghantaran, rasa makanan dan penampilan restoran itu sendiri.
  • Anda juga boleh memesan makanan anda melalui website foodpanda di laman web https://www.foodpanda.my.

 

Akhir kalam

Kami berharap agar cara order Foodpanda ini dapat memudahkan hidup anda.

Cuma janganlah apabila sudah order, dan rasa lambat sedikit, terus mahu cancel order Foodpanda. Kasihan juga pada rider tersebut yang mungkin ada sedikit kesukaran untuk sampai ke lokasi anda.

Semoga hilang kepenatan dan kelaparan anda.

Semoga bermanfaat.

1 thought on “Cara Order Foodpanda (Buat Pesanan Online, Guna App)”

Leave a Comment