Perkhidmatan APDM memang memudahkan dan ada banyak kelebihan. Selain daripada dapat memberikan kemudahan dan keselesaan, urusan melalui APDM juga menjadi lebih cepat. Anda juga boleh akses dan login APDM di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi beberapa perkara yang berkaitan dengan hal-hal log masuk APDM yang kami tahu.
Apa Link Untuk Login APDM?
Untuk log masuk APDM, klik pautan berikut:
Cara Login APDM Secara Online
Berikut ialah cara untuk log masuk APDM online:
- Layari laman web rasmi KPM di sini: https://apdm.moe.gov.my
- Di sebelah kiri, ada bahagian Log Masuk Pengguna
- Di ruangan ID Pengguna, masukkan Username yang diberikan
- Username untuk guru kelas ialah Nombor Kad Pengenalan 12 digit, tanpa sempang (-)
- Username untuk admin ialah kod sekolah
- Di ruangan Kata Laluan, masukkan password
- Tekan butang HANTAR
- Jika anda terlupa Kata Laluan, sila klik Lupa Kata Laluan
- Selesai
Tak Boleh Login apdm.moe.gov.my?
Ada beberapa sebab yang menyebabkan anda mengalami masalah untuk log masuk APDM.
Berikut adalah antara beberapa masalah berkaitan login APDM yang kerap berlaku berserta penyelesaiannya:
- Tersalah Kata laluan APDM. Apabila ini berlaku, cuba ingat semula dan pastikan anda memasukkan kata laluan yang betul. Sila anda tidak menggunakan aksara atau simbol yang pelik-pelik dan tidak dibenarkan dalam kata laluan anda. Jika anda lupa kata laluan, anda boleh menetapkan semula kata laluan atau reset password APDM anda.
- Tersalah username. Nampak macam tak logik, tapi ia sememangnya berlaku. Sila check sama ada anda telah melakukan kesalahan semasa mendaftar username anda. Jika ya, anda perlu menghubungi pihak APDM untuk mendapatkan bantuan.
- Sambungan Internet lemah dan bermasalah. Jika line perlahan, sila cari alternatif dan sambungan Internet yang stabil sebelum mencuba log masuk.
- Perkhidmatan APDM diselenggara. Sila pastikan bahawa perkhidmatan APDM tidak ditutup untuk maintenance atau atas sebab-sebab lain.
- Masalah cache pada browser. Cuba clear cache dan cookies pada pelayar atau browser anda seperti Google Chrome, Safari, Firefox dan lain-lain lagi. Ini boleh membantu menyelesaikan masalah log masuk yang disebabkan oleh data lama yang tersimpan pada pelayar anda.
- Masalah browser itu sendiri. Cuba gunakan browser yang berlainan untuk log masuk APDM. Ini boleh membantu mengesan jika masalah tersebut disebabkan oleh pelayar yang anda gunakan atau tidak.
Cara Reset Kata Laluan APDM Secara Online
Untuk makluman, tidak ada cara untuk reset password APDM secara online.
Sekiranya terlupa kata laluan untuk guru kelas, sila hubungi admin sekolah untuk reset katalaluan guru pada modul pendaftaran kelas.
Sekiranya terlupa kata laluan untuk admin sekolah, sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah bagi mendapatkan katalaluan.
Cara Pilih Kata Laluan Yang Baik
Secara asasnya, anda perlu menggunakan kata laluan yang sukar diteka. Jadi, gunakanlah kombinasi huruf besar dan kecil, angka dan simbol. Ini akan meningkatkan kesukaran kata laluan untuk diceroboh oleh orang lain.
- Jangan gunakan kata-kata yang mudah orang tahu, seperti nama penuh, nama anak, nama suami, tempat lahir, tarikh lahir atau nombor telefon
- Jangan gunakan kata-kata yang sama untuk akaun yang berbeza
- Jangan simpan kata laluan APDM anda di telefon atau komputer anda.
- Jangan beritahu kata laluan anda kepada sesiapa.
- Sesekali menukar kata laluan APDM anda, ia akan menambahkan lagi lapisan keselamatan.
- Gunakan panjang kata laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya 8-12 aksara
Kalau Belum Register, Macam Mana Nak Daftar APDM?
Memandangkan sistem APDM adalah sistem yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan malaysia (KPM), anda tidak boleh daftar sesuka hati secara online.
Sila berhubung dengan admin APDM di sekolah anda.
Ada Masalah Untuk Daftar & Login apdm.moe.gov.my?
Sekiranya anda masih lagi mengalami masalah untuk mendaftar mahupun untuk log masuk apdm.moe.gov.my, sila kenalpasti siapa admin sistem APDM di sekolah.
Selalunya, admin APDM merupakan guru yang sudah senior dan mahir menggunakan data dan komputer.
Walau bagaimanapun, jika admin di sekolah anda tidak berapa tahu dan dapat membantu, anda boleh email ke [email protected]
Akhir kata
Diharapkan agar perkongsian berkenaan cara login APDM ini akan memudahkan urusan perbankan anda.
Seperti yang dimaklumkan tadi, masalah log masuk APDM mungkin berlaku akibat beberapa sebab seperti kata laluan yang salah, Internet connection yang lemah dan macam-macam lagi.
Namun, dengan mengikuti langkah-langkah yang disarankan tadi, anda boleh menyelesaikan masalah ini.
Ingat juga, untuk menjaga keselamatan akaun anda, pastikan anda memilih kata laluan APDM yang betul-betul bagus dan selalu menukar password supaya tidak mudah dicerobohi.
Semoga bermanfaat.