Kini, satu sistem iaitu myCPD KKM telah diperkenalkan untuk menyumbang kepada ilmu pengetahuan yang lebih sistematik dan profesional. Pada artikel kali ini, kami akan menunjukkan tentang cara daftar myCPD² (atau ramai yang panggil myCPD 2.0) yang khusus bagi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Walaupun ada yang sudah menjadi pakar dalam bidang masing-masing. Namun, tidak salah jika ada yang ingin meningkatkan lagi kemahiran sedia ada.
Izinkan kami berkongsi.
1. Apa itu myCPD 2.0?
Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut kepada cara daftar myCPD², ini serba sedikit mengenai myCPD yang anda perlu tahu:
- myCPD ialah Continuing Professional Development (CPD).
- Merupakan satu program pembelajaran berterusan secara sistematik yang menyumbang kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
- Meningkatkan profesionalisme pegawai di dalam bidang masing-masing.
2. Cara daftar myCPD² KKM online di mycpd2.moh.gov.my
Berikut merupakan cara daftar myCPD secara online melalui laman web:
- Layari laman web myCPD di sini https://www.mycpd2.moh.gov.my.
- Laman utama myCPD akan dipaparkan.
- Pada halaman utama, sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
- Anda boleh pilih dahulu sama ada Bahasa Melayu atau English untuk digunakan.
- Tekan butang Daftar.
- Notis Pendaftaran Akaun akan tertera.
- Sila daftar mengikut kategori seperti:
- Daftar Pengguna (Sektor Awam)
- Daftar Pengguna (Sektor Swasta)
- Daftar Provider (Sektor Awam)
- Daftar Provider (Sektor Swasta)
- Anda akan dibawa ke laman Borang Pendaftaran Pengguna Baru.
- Sila isikan bahagian MAKLUMAT PERIBADI pada ruangan yang disediakan.
- Masukkan MAKLUMAT ORGANISASI.
- Lengkapkan MAKLUMAT UNTUK BERHUBUNG.
- Isi MAKLUMAT KESELAMATAN AKAUN iaitu:
- Kata Laluan
- Sahkan Kata Laluan
- Sekiranya tiada apa-apa masalah, teruskan dengan tekan Hantar.
- Anda akan menerima emel atau notis pengesahan pendaftaran anda (jika ada).
- Cara daftar myCPD anda telah selesai.
PERHATIAN
- Simbol (*) adalah mandatori.
3. Cara login myCPD KKM
Ini adalah cara untuk login myCPD. Ikuti cara-caranya di bawah:
- Layari laman web myCPD di sini https://www.mycpd2.moh.gov.my.
- Halaman utama myCPD akan terpapar.
- Sila pergi ke bahagian Pengguna atau Provider.
- Pilih Bahasa Melayu atau English.
- Masukkan ID Pengguna atau Nama Pengguna.
- Isikan Kata Laluan yang telah didaftarkan.
- Tekan Masuk.
- Selesai.
4. Adakah terdapat Manual Pengguna untuk rujukan di myCPD 2.0?
Ya. Jika anda ingin membuat rujukan dengan lebih teliti mengenai myCPD. Anda boleh merujuk Manual Pengguna myCPD untuk penjelasan yang lengkap.
5. Bolehkan pengguna swasta menggunakan myCPD² ini?
Ya, boleh! Sila daftar sebagai pengguna sektor swasta KECUALI bagi doktor/pegawai perubatan swasta yang perlu menggunakan sistem PersatuanPerubatan Malaysia (MMA) untuk tuntutan CPD.
Anda juga boleh merujuk pelbagai Soalan Lazim tentang myCPD di sini myCPDv2-FAQ.pdf.
6. Ada masalah untuk daftar myCPD² ?
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah tentang cara daftar myCPD atau ada pertanyaan lanjut. Anda boleh menghantar email kepada myCPD Helpdesk di [email protected].
Akhir kalam
Diharapkan artikel ini dapat memberikan pencerahan kepada anda yang ingin tahu cara daftar myCPD. Semoga penulisan ini dapat membantu mempermudahkan urusan anda.
Semoga bermanfaat.