Jangan ingat hidup seorang diri itu mudah. Golongan bujang juga struggle untuk meneruskan kehidupan di zaman pandemik ini. Bantuan BKC bujang memang sangat-sangat diperlukan.
Ada yang kata duit akan masuk pada akhir bulan Ogos 2021. Walau bagaimanapun, sudah masuk bulan September 2021, habuk pun tak ada.
Izinkan kami berkongsi apa yang kami tahu.
1. Berapa jumlah bantuan BKC bujang 2021?
Kami merujuk pada soalan lazim Bantuan Khas COVID-19 dalam bentuk PDF yang bertajuk FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC.
Berdsarkan dikemaskini pada 1 September 2021, amaun bantuan untuk golongan bujang adalah seperti berikut:
Golongan Miskin Tegar |
|
Golongan B40 |
|
Golongan M40 |
|
- Golongan Miskin Tegar akan diberikan bantuan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM500. Logik dan masuk akal kerana mereka ini iaitu Golongan Miskin Tegar adalah golongan bujang yang bergaji RM440 atau kurang dari itu.
- Golongan Miskin pula adalah orang bujang yang bergaji RM750 atau kurang.
- Manakala Golongan Berpendapatan Rendah pula bergaji RM2,000 atau kurang.
2. Bila tarikh bayaran BKC bujang?
Tarikh pembayaran BKC masih lagi belum dimaklumkan oleh pihak LHDN. Abaikan tarikh Ogos 2021 seperti di bawah. Kami akan kemaskini dengan maklumat terbaru sejurus menerima maklumat dari LHDN nanti.
Golongan Miskin Tegar |
|
Golongan B40 |
|
Golongan M40 |
|
Walau bagaimanapun, tarikh sebenar masih lagi belum dimaklumkan. Pihak LHDN akan memaklumkan perkara ini dari semasa ke semasa.
3. Macam mana nak buat semakan status bayaran BKC bujang?
Bujang atau sudah berkahwin, proses semakan tetap sama. Tidak ada beza.
Berdasarkan FAQ PEMULIH Bantuan Khas Covid-19 BKC yang dikemaskini, kaedah semakan BKC akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Kami berpendapat:
- Mungkin Kerajaan akan menggunakan portal bpr.hasil.gov.my untuk tujuan semakan status kelulusan dan pembayaran BKC bujang
- Mungkin Kerajaan akan melancarkan portal baru bkc.hasil.gov.my
- Mungkin juga Kerajaan akan terus buat pengkreditan ke dalam amaun penerima yang layak
Apa-apa pun, sekiranya ada maklumat terbaru, kami akan maklumkan.
4. Berapa lama kena tunggu duit BKC bujang masuk akaun?
Memandangkan tarikh bayaran Bantuan Khas COVID pun belum ada lagi, kami tidak boleh buat apa-apa spekulasi.
Walau bagaimanapun, secara asasnya ia akan melalui proses ini:
- Proses pertama, pihak LHDN perlu memasukkan duit ke bank terlebih dahulu seperti Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain lagi
- Proses kedua, bank-bank tadi akan memasukkan duit tersebut ke dalam akaun penerima.
- Kebiasaannya, ia akan mengambil masa 1-5 hari
Contoh proses transfer duit pembayaran BKC adalah seperti berikut:
- Katakan penerima adalah Salleh
- Salleh guna akaun Bank Islam
- Pihak LHDN akan transfer duit kesemua penerima BKC bujang yang menggunakan Bank Islam pada 31 Ogos 2021
- Pihak Bank Islam terima pada hari yang sama
- Pada keesokan harinya iaitu 3 September 2021, pihak Bank Islam transfer duit BKC ke akaun bank Salleh
- Salleh dan kesemua penerima BKC yang menerima pembayaran melalui Bank Islam akan mendapat bayaran
- Tempoh masa menunggu secara keseluruhannya adalah 3 hari sahaja
Sila ambil maklum bahawa apa yang dinyatakan di atas adalah sekadar contoh semata-mata. Proses sebenar mungkin mengambil masa yang lebih lama, bergantung kepada tempoh pemprosesan antara pihak LHDN dan bank.
Sila buat semakan BKC terlebih dahulu untuk mengelakkan kekecewaaan melalui portal MyBPR atau mungkin juga portal MyBKC.
5. Pembayaran BKC, masuk bank mana?
Sila ambil perhatian bahawa LHDN tidak akan memberikan wang tunai untuk tujuan pembayaran BKC.
Selepas anda melakukan semakan pembayaran BKC dan sahih status kelulusan anda adalah Lulus, duit bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank yang anda pilih mengikut tarikh pembayaran BKC yang telah ditetapkan.
Untuk memastikan duit betul-betul masuk, sila check baki akaun mengikut bank:
- Maybank
- BSN
- Bank Islam
- RHB Bank
- Ambank
- Agrobank
- Hong Leong Bank
- Affin Ban
- Bank Rakyat
- CIMB Bank
- Bank Muamalat
- Public Bank
- Alliance Bank
Sekiranya anda telah selamat menerima pembayaran Bantuan Khas COVID ini, sila maklumkan pada yang lain di ruangan komen.
6. Adakah perlu buat permohonan BKC bujang?
Sekiranya anda layak, anda tidak perlu buat permohonan BKC pun.
- Sekiranya anda adalah golongan bujang Miskin Tegar, anda layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Sekiranya anda adalah golongan bujang B40, anda juga layak mendapat bantuan BKC melalui data permohonan BPR 2021
- Terakhir, sekiranya anda adalah golongan bujang M40 yang pernah membayar cukai sebelum ini, kelayakan anda akan dilihat berdasarkan maklumat percukaian LHDN.
5. Ada pertanyaan tentang bayaran BKC?
Oleh kerana tiada laman web rasmi yang khusus untuk BKC melainkan portal BPR semata-mata, kami mengandaikan bahawa segala pertanyaan boleh diajukan Hotline BPR di talian berikut:
- 1800 88 2747
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian semakan dan tarikh pembayaran BKC bujang ini serba-sedikit dapat memberikan kelegaan. Apabila sudah dapat duit nanti, jangan pula berbelanja sesuka hati. Sila berjimat cermat untuk hari-hari mendatang
Semoga bermanfaat.
Bagaimana dengan duda
Bagaimana dgn dudu warga emas
Bilala masuk duit bkc cakao bulan ogos sekarang dah bulan september. Tolongla masuk cepat sikit
Betul ke BKC sudah masuk
Bujang je ke dpt org dh berkahwin xkn xdpt
Menipu habis dh bulan ogos ni sembang kencang
bkc blm msk lg untk bujang
Mybank sudah masuk k ni hari
Apa pun tk dpt… Sama ja prob. Surat cerai tk bg . Setiap tahun kena bg. Hbs tu yg lps lps bikin apa? Sampan? Kapal terbang? Love? Haizzzz
Bila bkc keluarga b40 masuk akaun
Bila nk masuk ni ogos dah abis ni
saya BPR satu kli Pn belum boleh dapat2 kod 05 saya ni masih bujang. Sebum bpn dari kerajaan semua nye boleh skrg ni BPR satu kli Pn Blum boleh
Boleh mohon ke
Sememangnya yg paling sesuai lagi elok akan tetapi takde pulak dapat yg serasi berpatutan katanya..
Tq PM yg perihatim
PM umum bayaran bkc mulai 6 sept. secara berperingkat
Dh masuk
Boleh ke duit bkc masok akaun isteri pulak…bila suami yg terima tak sampai kat tgn isteri….
Bagaimana bujang miskin tegar tahu ada bkc dan hendak mendaftar jika mereka tidak ada pembantu pendaftaran ?
May bank punya bila masuk bujang punya…pakai ketogeri kan