Macam mana cara login HRMIS untuk mohon cuti? Mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah mudah untuk mohon cuti dan jana eGL seperti yang kami kongsikan di bawah.
Cara login HRMIS 2.0
Sebelum itu, mohon izin kami kongsikan. Tolong jangan layari laman web rasmi yang lama, iaitu HRMIS 1.0 di https://www.eghrmis.gov.my. Pautan ini tidak lagi berfungsi.
Cara logih HRMIS 2.0 adalah seperti di bawah:
- Layari laman utama HRMIS 2.0 di sini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my
- Anda akan tiba di login page HRMIS dengan URL ini: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/HRMISNET/Common/Main/Login.aspx
- Pada portal tersebut, scroll ke bawah dan tekan ikon 2.0 yang merupakan pautan untuk portal HRMIS 2.0, portal baru HRMIS.
- Pada laman seterusnya, di bawah bahagian Log Masuk Pengguna, anda perlu mengisi ruangan yang tersedia untuk login.
- Pada ruangan ID Pengguna, masukkan ID anda yang telah berdaftar.
- Untuk anda yang bukan warganegara Malaysia, tekan link Klik Sini yang terdapat di ruangan untuk ID Pengguna.
- Disebabkan portal HRMIS mengalami pembaharuan, anda juga perlu mengemas kini kata laluan anda. Loginsecara biasa dengan memasukkan kata laluan anda pada ruangan KATA LALUAN.
- Kemudian, tekan butang HANTAR untuk login.
- Seterusnya, kemas kini kata laluan anda. Untuk kata laluan anda yang baru, kata laluan ini perlu menepati ciri-ciri berikut:
- Sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara
- Mengandungi huruf dan nombor
- Mengandungi aksara khas atau simbol seperti “@”
- Mengandungi huruf besar dan huruf kecil
- Setelah Kata Laluan ditukar, proses dan cara login HRMIS anda kini sudah selesai
Cara mohon cuti (perlu login HRMIS 2.0 dulu)
Bagi yang ingin memohon cuti, sila ikuti langkah berikut:
- Layari dan login laman utama HRMIS 2.0 seperti di atas
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
- Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
- Klik Pengurusan Cuti
- Pergi ke Fungsi > Permohonan Cuti > Pemohon Cuti
- Pilih Kategori Cuti
- Pilih Jenis Cuti, seperti:
- Cuti Sakit
- Cuti Kuarantin
- Cuti Rehat Khas (CRK)
- Cuti Tanpa Gaji
- Cuti Kerana Perkhidmatan
- Masukkan maklumat berkenaan cuti yang dipinta seperti:
- Tarikh
- Alamat
- Alasan
- Kini, permohonan cuti melalui HRMIS 2.0 sudah selesai
Jana eGL HRMIS2 guna aplikasi
Bagi yang ingin mendapatkan Guarantee Letter pula, tidak perlu login HRMIS 2.0 melalui laman utama kerana fungsi ini memerlukan telefon bimbit.
Seperkara lagi, pastikan smartphone anda mempunyai aplikasi PDF reader untuk mengelakkan masalah tidak dapat jana eGL nanti.
Sila ikuti langkah berikut:
- Jika anda pengguna Android, sila dapatkan eGL HRMIS melalui Google Play Store di sini
- Jika anda pengguna iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS, sila dapatkan eGL HRMIS melalui Apple App Store di sini
- Download dan install sehingga selesai
- Klik untuk membuka aplikasi eGL HRMIS
- Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk login HRMIS
- Lihat di bahagian menu sebelah kiri, ada beberapa pilihan seperti:
- MyHRMIS eGL
- Jana eGL
- Kelayakan Wad
- Ahli Keluarga
- Direktori Hospital / Klinik
- Pilih Jana eGL
- Buat carian dan pilih Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan yang dikehendaki
- Klik Teruskan
- Simpan fail yang dijana tadi dalam format PDF
- Surat eGL (Guarantee Letter) kini anda sudah siap
Akhir kalam
Kami berterima kasih dan menyambut baik dengan inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menyediakan khidmat yang memudahkan lagi penjawat awam dalam urusan mohon cuti melalu HRMIS dan juga eGL.
Bagi kakitangan awam di luar sana, kerjalah elok-elok. Jangan mengular dan sengaja mohon cuti untuk perkara-perkara yang tidak elok.
Jika anda seorang guru, boleh gunakan SSO KPM untuk masuk pelbagai sistem secara automatik dengan hanya sekali login sahaja.
Sama-sama kita mencari rezeki yang berkat. Jangan sesekali menipu dengan memohon cuti.
Semoga bermanfaat.
tak jumpa hermis.2.0
sila bantu saya
TAK BOLEH MASUK
sila bantu saya
no password salah masuk dah cuba 3x tetap salah juga. Apa perlu saya buat untuk buka semula HRMIS saya ?
saya cuba masuk dan keluar peringatan: id pengguna saya tak ada dalam daftar pengguna. kalau buka kat pc atau laptop lain, boleh. Apa masalah laptop saya?
pengguna pertama. password asyik kne reject. macam mana ye
dah logout tetapi nak login semula x boleh
KENAPA BILA TEKAN LOGIN AKAN PEGI PAGE MINTA TUKAR KATALALUAN?
DAH TUKAR KATA LALUAN PUN BILA TEKAN LOGIN DGN PASWORD BARU TETAP JUGA KELUAR PAGE TUKAR KATALALUAN???ASYIK TUKAR KATALALUAN TERUS..
hADOIIII… nape ni x boleh masuk,siapa admin ni