Cara Halau Cicak (Dari Masuk Dalam Rumah, Guna Petua)

Jika anda geli dengan cicak, boleh guna cara halau cicak dari masuk dalam rumah anda. Tidak susah, hanya perlu gunakan beberapa petua tradisional orang lama sahaja. Izinkan kami berkongsi seperti di bawah ini.

Langkau artikel ini jika cicak itu bukanlah yang anda mahu halu. Tetapi yang lebih menggelikan, iaitu halau tikus.

Sedikit mengenai cicak

Pertama sekali, anda perlu mengetahui maklumat tentang cicak.

  • Makanan cicak adalah binatang/serangga kecil seperti semut, nyamuk, lalat dan kumbang
  • Pemangsa cicak adalah burung.
  • Habitat cicak merangkumi tempat-tempat yang hangat seperti belakang televisyen, belakang almari/perabot, cermin & tingkap dan belakang peti ais.
  • Cicak sukakan persekitaran yang kotor, serta tempat yang berbau hapak seperti timbunan baju yang belum di basuh, atau kawasan yang berhabuk.

Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur.

Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam.

Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri.

Umum kita mengetahui bahawa cicak boeh dijumpai di mana-mana sahaja. Paling mudah, di rumah kita sendiri. Cicak yang banyak di rumah akan menyebabkan najisnya bersepah di atas lantai, di atas meja, malah ada yang akan melekat pada dinding. Cicak yang nakal juga akan masuk ke bawah tudung saji untuk menjilat makanan. Masalah pembiakan cicak di dalam rumah boleh membuatkan sesiapa sahaja runsing. Mana tidaknya, setiap sudut di dalam rumah dipenuhi dengan najis cicak dan berbau busuk.

Bagi anda yang mempunyai anak kecil di rumah, risau pula kalau anak-anak sentuh najis atau telur cicak dan masukkan ke dalam mulut.

Agak kelakar, tapi tidak mustahil boleh berlaku.

Cara halau cicak

Ada beberapa petua atau cara yang anda boleh gunakan untuk menghalau cicak di rumah anda. Kami tambah sedikit sebanyak dari Firstcry juga.

Halau cicak guna serai wangi

Cicak tidak suka dengan bau serai wangi. Kalau anda ada pokok serai wangi di belakang rumah, boleh ambil batangnya bersama sedikit daun dan letakkan di kawasan cicak selalu kelihatan.

Kalau tidak ada pokok serai wangi, tak mengapa.

Anda boleh beli semburan serai wangi yang banyak dijual di kedai. Sembur sahaja di kawasan cicak selalu berkumpul. Cicak akan lari keluar dari rumah anda.

Untuk pengetahuan anda, ini adalah cara halau cicak yang paling popular.

 

Guna kulit telur

Selain bau serai wangi, cicak juga sangat bencikan bau telur. Selepas ini, kalau anda memasak menggunakan telur, simpan kulitnya. Masukkan kulit telur ke dalam bekas dan letak di kawasan cicak selalu kelihatan. Sesekali, periksa kulit telur tersebut bagi memastikan tiada semut membuat sarang di dalamnya.

 

Guna bawang merah & bawang putih

Cicak juga sangat bencikan bau bawang merah & bawang putih. Anda potong bawang merah atau bawang putih dan letakkan di kawasan yang disukai cicak. Anda juga boleh kisar bawang-bawang ini dan sembur di kawasan yang berkenaan.

 

Serbuk kopi & tembakau

Kaedah ini bukanlah untuk menghalau cicak, sebaliknya untuk membunuh cicak. Anda perlukan serbuk kopi, tembakau, gam, dan pencungkil gigi. Caranya:

  • Campurkan serbuk kopi dan tembakau.
  • Sapukan gam pada hujung pencungkil gigi.
  • Semasa gam masih kering, benamkan hujung pencungkil gigi yang bergam tadi ke dalam campuran serbuk kopi dan tembakau. Gerak-gerakkan pencungkil gigi supaya serbuk tersebut melekat kepadanya.
  • Letakkan pencungkil gigi tersebut di kawasan cicak selalu kelihatan.
  • Cicak akan tertarik dengan bau yang dihasilkan oleh campuran tadi lalu menjilatnya.
  • Bahan dalam campuran tadi akan menyebabkan cicak mati.

 

Serbuk lada hitam, serbuck cili dan air

Cicak adalah reptilian yang tidak sukakan benda yang pedas. Anda boleh gunakan bahan yang pedas iaitu serbuk lada hitam, serbuk cili, dan air. Caranya:

  • Kisar biji lada hitam sehingga halus. Atau anda boleh beli serbuk lada hitam.
  • Campurkan serbuk lada hitam dengan serbuk cili. Serbuk cili ada dijual di kedai runcit.
  • Masukkan campuran tadi ke dalam botol spray, masukkan air.
  • Goncang sehingga sebati.
  • Sembur ke tempat cicak selalu kelihatan.
  • Cicak akan lari bertempiaran akibat tidak tahan pedas.

 

Gam tikus

Gam tikus juga boleh digunakan untuk menghalau cicak keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan ialah gam tikus dan kertas keras seperti kotak. Caranya adalah:

  • Potong kotak kepada saiz yang kecil, anggaran sebesar tapak tangan.
  • Sapukan gam tikus di tengah-tengah kotak yang dipotong itu.
  • Letakkan di kawasan cicak selalu kelihatan.
  • Boleh juga digantung di dinding atau siling yang selalu menjadi laluan cicak.
  • Apabila cicak lalu di atas kotak tersebut, ia akan melekat dan tidak dapat melepaskan diri. Tunggu sehingga cicak tersebut mati, dan buang kotak itu ke dalam tong sampah.

 

Ply paper

 

Ply paper ialah perangkap yang boleh dibeli di kedai. Caranya lebih kurang sama seperti kaedah menggunakan gam tikus tadi. Anda letakkan ply paper di tempat cicak selalu kelihatan, atau letakkan di laluannya. Cicak akan melekat di atas kertas tersebut.

 

Halau cicak dengan minyak masak dan mentega

Ini adalah cara untuk membuat perangkap cicak homemade. Apa yang anda perlukan ialah minyak masak dan mentega. Cuma dua bahan. Caranya:

 

  • Masukkan minyak masak ke dalam sebuah bekas. Anda boleh guna minyak yang telah digunakan untuk memasak, tidak semestinya perlukan minyak yang baru. Tidak perlu membazir.
  • Masukkan satu sudu mentega ke dalam minyak tadi.
  • Gabungan minyak dan mentega akan menarik perhatian cicak.
  • Cicak akan cuba menjilat bahan tadi lalu terjatuh ke dalam bekas dan mati lemas.
  • Sekiranya cicak tidak mati lemas, ia akan mati akibat memakan minyak dan mentega.

 

Sos Tabasco

Sos tabasco adalah sangat pedas. Cicak tidak sukakan pedas. Anda hanya perlukan sos tabasco dan air. Caranya ialah:

  • Masukkan sos tabasco ke dalam spray.
  • Masukkan air.
  • Goncang sehingga sebati.
  • Spray di tempat cicak selalu kelihatan atau laluannya.
  • Cicak akan lari akibat tidak suka akan baunya.

 

Halau cicak guna cili kering

Cili kering mempunyai bau pedas yang kuat. Anda boleh gunakan cili kering untuk menghalau cicak dari rumah. Terdapat dua cara yang boleh anda lakukan iaitu:

  • Gantung cili kering di tempat cicak selalu kelihatan ATAU
  • Atau anda juga boleh gunting cili kering, masukkan ke dalam bekas dan letak di tempat yang berkenaan.
  • Cicak akan lari akibat bau cili kering yang kuat.

 

Perangkap cicak

Tahukah anda bahawa perangkap cicak juga ada dijual di kedai. Anda boleh beli perangkap cicak dan letakkan di kawasan yang strategik. Cicak yang terperangkap di dalamnya tidak akan berjaya keluar.

 

Air sejuk

Semburkan air pada cicak. Lebih sejuk, lebih bagus kerana ia akan melumpuhkan pergerakan cicak.

 

Halau cicak dengan bulu ayam

Memandangkan pemangsa cicak adalah burung, jadi cicak sangat takutkan burung.

Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah. Cicak akan segera menjauhkan diri apabila melihatnya.

 

Membela kucing

Anak kucing ataupun kucing dewasa sangat sukakan haiwan kecil yang bergerak seperti cicak. Kucing suka bermain-amin dengan mengejar cicak sehingga keletihan.

Kadangkala kucing akan memakannya jika terlampau lapar. Kucing tidak akan membantu menghalau cicak secara keseluruhan, tetapi dapat membantu seimbangkan populasinya.

 

Memasang pendingin hawa

Cicak tidak sukakan pengudaraan yang dingin kerana ia haiwan yang berdarah panas. Memasang pendingin hawa atau aircond dapat membantu untuk mengusir cicak dari rumah. Cabarannya ialah dari segi kos.

 

Pencegahan awal untuk halau cicak

Selain itu, untuk mengelakkan cicak masuk ke rumah anda, anda sendiri perlu melakukan pencegahan dalam aktiviti harian anda:

  • Elakkan melonggok barang sama ada kain-kain, kertas dan kasut. Kitar semula surat khabar lama. Susun semula semua barang supaya teratur.
  • Jaga kebersihan rumah, pastikan tong sampah bertutup. Sampah sisa mampu menarik perhatian lalat, seakligus menarik perhatian cicak yang juga merupakan makanannya.
  • Disebabkan cicak senang dijumpai di belakang almari dan bingkai cermin dan dinding, semasa susun atur perabot jangan rapatkan perabot ke dinding. Ambil jarak sebanyak 10 cm dari dinding. Sekiranya rumah anda banyak cicak, kurangkan perhiasan yang disangkut seperti bingkai cermin dan gambar.
  • Hilangkan bekalan makanan cicak di rumah anda. Anda perlu uruskan dahulu masalah nyamuk dan semut yang banyak kat rumah. Gunakan racun semut dan hapuskan tempat pembiakan nyamuk. Berkurangnya semut dan nyamuk dalam rumah mengakibatkan berkurangnya cicak kerana sumber makanannya berkurang.
  • Lap permukaan meja makan/kaunter kabinet dengan semburan campuran cuka untuk mengelakkan cicak melintas atas meja makan anda.

 

Akhir kalam

Kami berharap, artikel tentang cara halau cicak dari masuk dalam rumah ini dapat membantu anda.

Benar, cicak sememangnya haiwan yang cukup menyusahkan. Tak ada orang yang suka. Namun, ada sebab Allah ciptakan.

Semoga bermanfaat. 

1 thought on “Cara Halau Cicak (Dari Masuk Dalam Rumah, Guna Petua)”

Leave a Comment