8 Cara Cepat Membaca Dengan Lancar, Sebelum Masuk Tadika


Jangan terlalu risau kalau anak masih tidak pandai membaca. Dia masih kecil. Belum masuk tadika lagi. Biar dia main puas-puas dulu. Biasalah, fitrah semulajadi seorang ibu atau bapa inginkan anak yang sihat dan bijak. Mula dengan merangkak, berjalan bercakap dan kemudian membaca serta menulis adalah antara ukuran lazim yang digunapakai ke atas bayi dan kanak-kanak. Maka anda yang sedang membaca artikel ini juga mahu sudah tentu antara salah seorang yang ingin mengetahui cara cepat membaca untuk anak sendiri.

Sebelum itu, walaupun ada artikel dari Lifehacker yang menyatakan bahawa jangan ajar anak anak-anak kecil membaca lagi, jangan kita ambil bulat-bulat. Pasti ada cara terbaik untuk belajar membaca sambil bermain.

Untuk makluman, cara cepat membaca ini adalah sesuai untuk anak-anak yang masih lagi belum masuk tadika, taska atau pra-sekolah. Maka, ia sangat sesuai dipraktikkan oleh ibu-bapa yang bertindak sebagai guru pertama dalam rumah sendiri.

Cara cepat membaca

Untuk membantu anak-anak anda belajar membaca dari kecil lagi, apakah petua dan teknik mudah yang boleh digunakan oleh ibu-bapa?

 

Selalu berbual dengan anak

Ini adalah antara kaedah cepat membaca yang sangat penting. Kalau tidak berbual dengan anak, macam nana dia nak berlatih bercakap?

Percakapan kena betul dahulu, barulah masuk bab membaca. Banyakkan vocabulary.

Berbual tentang apa jua topik seperti keluarga, kawan-kawan, persekitaran yang dapat dilihat, didengari dan dirasa. Asalkan anda menggunakan nada yang lembut dan sebutan yang jelas sepertimana anda sedang bercakap dengan orang dewasa yang lain. Pandang mata mereka.

Tambahkan dengan gaya dan tunjukkan secara fizikal apa yang diperkatakan, supaya anak anda lebih tertarik dan mudah memahami maknamya.

Ini boleh dilakukan seawal mungkin, malah ada yang menggalakkannya seawal bayi dalam kandungan.

 

Mengaji Al-Quran

Bukankah Al-Quran ialah sebuah naskhah yang terbaik dari Allah?

Jika anda tunjukkan rutin harian yang membaca Al-Quran setiap hari, ia akan menarik minat anak. Bukanlah ia boleh membuatkan anak terus boleh lancar membaca. Setidak-tidaknya, ia menjadi suatu kebiasaan dalam rumah.

Maka secara tidak langsung, barakah akan turun juga pada anak-anak. Siapa tahu, asbab ibu-bapa yang membaca Al-Quran, hati anak-anak menjadi terang dan mudah tangkap?

Menyanyi & menonton video

Ini ialah cara yang paling mudah untuk ajar anak cepat membaca. Kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa sendiri memiliki video lagu kanak-kanak yang dimuat-turun. Karakter yang menarik, latarbelakang berwarna-warni dan lagu yang menarik serta sesuai untuk kanak-kanak boleh didapati dalam pelbagai bahasa melalui laman carian.

Ini merupakan usaha yang baik dan tips bagus agar anak cepat membaca. Namun perlu dipantau masanya agar anak tidak ‘melekat’ bergantung kepada gajet dan television.

Cara yang terbaik adalah menyanyi bersama-sama anak-anak sambil menggayakan dan menggoyangkan tubuh untuk menarik perhatian anak.

Animasi tempatan sepert Omar & Hana dan Didi & Friends memang sangat-sangat membantu.

 

Gunakan bahasa isyarat

Cara cepat membaca seterusnya ialah menggunakan American Sign Language iaitu bahasa tubuh yang digunakan oleh insan yang pekak dan bisu. Bukan bermakna anak kita itu pekak dan bisu.

Ia adalah sebenarnya cara yang efektif untuk berkomunikasi dengan bayi seawal mungkin.

Antara bahasa tubuh yang boleh digunakan adalah mandi, tukar lampin, makan, tidur dan sakit. Sebut setiap kali sambil memandang mata anak dan menggayakannya.

Terdapat banyak video di laman web yang mengajar cara untuk melatih anak. Ini adalah cara yang berkesan untuk anak memahami maksud gaya dan bahasa, walaupun dia masih belum boleh bertutur.

Main kad imbas

Untuk permulaan, sebenarnya tidak ada buku tertentu supaya anak lebih cepat membaca. Permainan berbentuk huruf adalah cara baik untuk mengenal bunyi dan huruf. Kad imbas yang menunjukkan warna, bentuk dan objek asas juga boleh digunakan setiap hari.

Ada juga buku interaksi yang membolehkan anak menggunakan pen yang disediakan untuk menekan gambar-gambar di dalam buku interaksi tersebut. Sebutan setiap gambar akan terhasil setiap kali anak berinteraksi. Ini juga adalah tips agar anak cepat membaca yang baik untuk membenarkan anak bermain sendiri tanpa bergantung kepada gajet.

 

Latihan deria sentuh

Lazimnya dikenali sebagai ‘sensory skills’ dimana anak didedahkan kepada penggunaan deria bau, sentuh, rasa dan keseimbangan. Latihan deria sentuh yang mudah adalah dengan mendedahkan anak kepada pasir atau tepung, tanah liat sebagai medium untuk menconteng serta membentuk menggunakan jari atau kayu.

Papan bermagnet dan pen berhujung besi juga boleh digunakan sebagai melatih anak memegang pen dan menconteng sekiranya anda lebih gemar melakukan aktiviti dalam rumah. Seawal usia kurang setahun, anda sudah boleh mendedahkan alatan ini kepada anak-anak anda. Pastikan sentiasa memantau anak untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.

Namun begitu cara cepat membaca ini memerlukan sedikit kos. Anda perlulah melabur untuk membeli alatan atau permainan yang tahan lasak dan selamat. Ini kerana anak kecil pasti akan memijak dan menghisap mainan tersebut terutama ketika belum pandai menggunakannya secara betul.

Barang sama suku kata

Sediakan beberapa barang rumah yang mempunyai suku kata yang sama, seperti buku, bola dan kain berbulu. Suku kata yang boleh diperkenalkan adalah ‘BU’ iaitu BUku, BUlat, BUlu.

Suku kata tersebut boleh ditulis di atas kad atau papan magnetic tadi. Dalam seminggu, boleh ulang menggunakan barang yang sama beberapa kali bersama set suku kata yang lain.

Pastikan anda menyebutnya secara jelas dan betul, setelah itu boleh menbiarkan anak berimaginasi dan bermain sendiri dengan barangan tersebut.

Bahan bacaan yang menarik

Pastikan anda melaburkan sedikit wang atau masa untuk mendapatkan satu atau dua buku baru atau terpakai. Perpustakaan awam yang ada menyediakan buku untuk kanak-kanak juga amat sesuai untuk dilawati.

Membaca sambil menunjukkan setiap patah perkataan sambil menceritakan semula berdasarkan gambar yang menarik. Mungkin anda perlu melawak dan bergelak sendiri untuk mempengaruhi rasa seronok ke atas anak.

 

Akhir kalam

Cara cepat membaca

Semoga sedikit sebanyak perkongsian tentang cara anak cepat membaca ini dapat membantu anda dan anak anda.

Yang penting, hargai masa dan berseronoklah bersama mereka. Jangan merasa tertekan dan memaksa kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Mudah-mudahan, suatu hari nanti, anak-anak kita bukan sekadar pandai baca buku dengan lancar sahaja. Tetapi  lancar membaca dan mampu hafal Al Quran.

Semoga bermanfaat.

Sebarkan kebaikan

Leave a Comment