Tempat Menarik di Janda Baik (9 Lokasi Best Untuk Anda)


Tempat Menarik Di Janda Baik

Dalam artikel ini, akan dikongsikan beberapa tempat menarik di Janda Baik. Mana tahu, anda akan dapat idea untuk merancang percutian kelak. Jom baca sama-sama.

1. Mandi-Manda Di Kolam Renang Peribadi Di Chalet Danau Daun

Chalet ini memberikan panaroma kampung yang moden dan sophisticated. Anda seakan-akan terlupa yang anda berada di kawasan perkampungan kerana kemudahan yang disediakan bertaraf hotel 5 bintang.

Antara penginapan yang disediakan di sini ialah Teratak Air, Danau Daun 3 dan Hillside Cottage yang menyediakan kolam renang peribadi. Yang paling best, penginapan ini berlatar belakangkan pemandangan hutan yang mengasyikkan. Selain itu, ada juga Danau Daun 1 dan 2 yang terletak di tepi kolam ikan.

Kemudahan kafe iaitu Kopi N Kraf juga ada disediakan di sini. Jadi kalau lapar malam-malam, tak perlulah redah hutan nak cari makanan. Antara makanan istimewa di kafe ini ialah ayam kuzi, soto Indonesia, bakso, nasi ayam penyet dan lain-lain. Selain itu, kemudahan alat bbq juga disediakan. Anda perlu membawa kelengkapan lain seperti arang dan sebagainya.

Harga bagi penginapan semalaman bermula dari RM260. Untuk maklumat lanjut boleh ke laman https://www.danaudaunchalets.com

 

2. Menginap Sambil Dengar Deruan Air Sungai Di Hawa Resort

Resort ini terletak hanya 30 minit dari Kuala Lumpur melalui lebuh raya Gombak – Karak. Sama seperti penginapan yang lain, Resort Hawa ini menjanjikan pemandangan yang memukau mata. Yang lebih seronok, resort ini dikelilingi dengan anak-anak sungai yang jernih. Deruan air sungai pasti membuat kita lupa semua masalah.

Jika malas hendak membuat aktiviti lasak, anda boleh menggunakan kemudahan permainan indoor yang disediakan oleh pihak resort. Antaranya ialah karom dan ping-pong. Terdapat juga kemudahan bbq, kantin, gelanggang serbaguna dan sebagainya. Malah resort ini sesuai untuk kem motivasi, seminar dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan semalaman bermula dari RM160. Jika berminat nak bawa anak-anak ke sini bolehlah lawat ke hawaresort.com

 

3. Menginap Umpama Berkhemah Di Kanopi Villa

Asyik bermalam di tempat yang biasa. Cuba buat kelainan dengan menginap di Kanopi Villa. Apa yang istimewanya di sini? Di sini, tidak disediakan bangunan atau rumah berbumbung seperti biasa.

Vila ini menawarkan tempat berehat di dalam kanopi ala-ala tempat berkhemah. Jangan risau anda tak perlu nak bina kanopi ni. Semuanya sudah tersedia, siap dengan kemudahan katil yang selesa.

Kemudahan lain yang disediakan ialah pusat aktiviti yang privasi untuk anda melepak bersama dengan yang tersayang. Ada pelbagai permainan yang disediakan. Malah, anda boleh menikmati keindahan alam sambil menjamu selera dan menonton televisyen.

Jika anda bercadang bercuti bersama rakan-rakan atau hendak berbulan madu, tempat ni sangat sesuai. Jangan lupa dapatkan maklumat lanjut di https://www.kanopivilla.com. Harga yang ditawarkan bagi semalaman bermula dari RM204.

 

4. Penginapan Kombinasi Klasik Dan Moden Di Fifty4Ferns

Tempat menarik di Janda Baik yang seterusnya adalah di Fifty4Ferns. Jika anda ada bajet lebih untuk bawa anak-anak bercuti atau berbulan madu, resort ini adalah antara pilihan yang terbaik. Walaupun harga penginapan bermula dari RM400, namun percayalah anda akan kagum melihat keunikan resort ini.

Dikelilingi pemandangan hutan yang menakjubkan dan udara yang nyaman, resort ini menyediakan 12 buah chalet. Dari luar chalet-chalet ini kelihatan seakan-akan senibina rumah Melayu tradisional. Namun jika melangkah kaki ke dalam, anda pasti terkesima melihat hiasan dalam yang moden kontemporari. Gabungan klasik dan moden ini memberi sentuhan yang menarik bagi resort ini.

Pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya kolam renang, trek jogging, gelanggang serbaguna, jakuzi dan kafe. Hendak tahu maklumat lanjut? Sila lawat ke www.fifty4fernscom.

 

5. Bersatu Dengan Alam Di Al Sakinah Eco Resort

Wah, apa pula yang menarik di resort ni? Dengar nama saja boleh gambarkan betapa dekatnya para penghuni dengan alam jika tinggal di resort ni. Memang betul-betul bersatu dengan alam, gambaran perasan yang tak boleh diluahkan.

Kalau anda kaki pancing, resort ini memang pilihan bijak. Kolam yang ada di sini sangat luas dan banyak pokok berbunga yang mengindahkan lagi suasana. Sambil memancing, anda boleh menikmati keindahan alam di depan mata.

Suasana di resort ini bagaikan anda sedang berada di sebuah rumah kampung di tengah-tengah hutan. Banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak resort misalnya padang, dewan latihan dan sebagainya. Jadi tempat ni sangat sesuai untuk kem dan seminar.

Hendak cuba masakan kampung Pahang? Kafe di sini ada menyajikan masakan istimewa ini. Harga penginapan bagi semalaman bermula dari RM400. Untuk maklumat lanjut bolehlah ke https://alsakinahresort.boomer.co/.

 

6. Berkelah dan berkhemah di Riverside

Tempat menarik di Janda Baik yang seterusnya adalah Riverside. Riverside memberikan peluang untuk anda menikmati alam di tepian sungai. Seluas 3 ekar, di sini para pelancong boleh berkelah, berkhemah dan beriadah bersama-sama keluarga.

Oleh sebab kawasannya luas, Riverside boleh menampung seramai 500 orang pada satu masa di chalet dan padang yang disediakan. Harga chalet yang disediakan juga murah bermula RM130 dan boleh memuatkan lebih 3 orang di dalamnya.

Jika hendak menyewa pondok harian untuk beriadah sambil berkelah, anda hanya perlu bayar RM20 hingga RM30. Malah, ada juga disediakan pondok untuk bermalam dengan kadar sewa RM40 hingga RM80.

Jika hendak buat Hari Keluarga, anda boleh menggunakan padang rumput yang besar yang boleh memuatkan hampir 200 orang. Malah, pengunjung boleh menyewa alat bbq, pelampung dan sebagainya dengan kadar sewaan yang murah.

Untuk maklumat lanjut tentang tempat ini bolehlah ke www.riverside.com.my.

 

7. Menerokai keindahan flora dan fauna di Tanarimba

Resort ini berkonsepkan eko yang mendekatkan para pengunjung dengan alam sekeliling. Di Tanarimba, pengunjung boleh tinggal di rumah 3 tingkat yang dikenali sebagai Enderong Resort.

Terletak pada ketinggian 2000 kaki dari aras laut, tentunya pengunjung di sini akan berasa teruja untuk menjenguk kepala dari tingkap di bilik. Pastinya mata terpukau melihat hutan menghijau yang terbentang luas. Yang lagi menarik, Enderong House yang pernah memenangi anugerah senibina pada tahun 2004, diperbuat daripada kayu. Tak dapat dibayangkan betapa seronoknya tinggal di sini.

Penginapan lain yang disediakan ialah Annexe Rooms, The Cottage dan lain lagi. Keindahan alam bersatu dengan seni bina yang klasik dan moden sangat mengujakan. Terdapat juga kemudahan kolam renang, pondok rehat, trek berjalan kaki dan sebagainya.

Harga yang ditawarkan bagi satu malam bermula dari RM530 dan untuk maklumat lanjut sila ke https://tanarimba.com.my.

 

8. Makan Durian Dan Rambutan Di Saujana

Tempat menarik di Janda Baik yang berikutnya adalah di Saujana. Jika anda hendak bercuti betul-betul seperti berada di kampung, mandi-manda di sungai, memancing ikan sambil makan rambutan dan durian, inilah tempatnya. Di Saujana, penginapan yang disediakan untuk keluarga besar atau datang dalam kumpulan yang besar.

Di sini hanya 2 buah tempat penginapan yang besar disediakan iaitu Chemperoh Villa dan Meranti Chalet. Bagi Chemperoh Villa, tempat ini boleh memuatkan seramai 20 orang penghuni dengan kadar sewa RM850 semalaman.

Manakala di Meranti Chalet, seramai 10 penghuni boleh tinggal di sini dengan kadar sewa RM500 semalaman. Di kedua-dua tempat penginapan ini tiada kafe disediakan, jadi para penghuni boleh masak sendiri menggunakan alatan yang dibawa dari rumah. Ada juga alatan dapur yang disediakan.

Yang paling best di sini, ada disediakan rumah atas pokok bagi kanak-kanak. Hebat kan? Jangan lupa ke www.saujanajandabaik.com untuk maklumat lanjut.

 

9. Makan BBQ Sambil Hidupkan Unggun Api Di Tiarasa Escapes Glamping Resort

Resort yang dibuka kepada para pengunjung pada tahun 2018 ini memberikan pengalaman unik. Mana taknya, konsep di Tiarasa ialah menginap di khemah-khemah dengan tahap keselesaan seperti di hotel 5 bintang.

Di sini disediakan 26 buah khemah yang terletak berhampiran sungai. Jangan terkejut jika masuk sahaja khemah, anda terlupa yang anda tidak dilindungi kanvas saja. Anda macam betul-betul berada di dalam bilik hotel. Pintu khemah boleh dikunci, malah lantainya juga ada tiles. Menarik kan?

Ada pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan di sini seperti mandi di sungai dan kolam renang, bbq dan banyak lagi. Malah pihak resort juga menyediakan pakej bbq di tepi kolam renang dan juga unggun api.

Kadar untuk menyewa bermula dari RM990 semalaman dan sewanya bergantung pada pakej yang diambil. Untuk keterangan lanjut sila ke https://www.tiaraescapes.com.

Alternatif lain adalah sekiranya anda ingin maklumat mengenai tempat honeymoon yang menarik di Malaysia untuk anda membawa pasangan anda, kami ada sediakan artikel khas untuk anda.

 

Di mana lokasi Janda Baik?

Menurut Wikipedia, Janda Baik ialah sebuah perkampungan rezab Melayu yang terletak di Bentong, Pahang. Oleh sebab, Janda Baik terletak di lereng Banjaran Titiwangsa, maka tak hairanlah kawasan ini sejuk dan nyaman. Dengan suhu sekitar 23 hingga 28 darjah celcius, pastinya kesejukan menggigit tulang.

Ada apa dengan nama? Nama Janda Baik mungkin bawa konotasi yang tak sedap  didengar. Jangan menilai dengan nama saja. Pergi dulu, rasakan pengalaman luar biasa di sana. Anda mungkin tak akan lupa pengalaman berharga di sini. Tak hairan pula nanti, tiap kali cuti anda akan ke sini lagi.

Lebih menarik lagi, Janda Baik juga terkenal kerana udara segar yang tak tercemar. Kehidupan flora dan fauna yang masih terpelihara dengan baik. Di samping kehijauan hutannya menyegarkan mata. Malah, bunyi mergastua hutan seakan-akan menyambut kedatangan para pelancong ke sini. Air sungainya begitu jernih sehingga boleh nampak anak-anak ikan berenang ke sana ke mari. Dapat bayangkan tak?

 

Macam mana cara ke Janda Baik?

Untuk memudahkan anda yang merancang untuk bercuti ke sana, kami akan berkongsi cara untuk ke sana. Perjalanan ke Janda Baik ialah sejauh 40 km dari Kuala Lumpur. Jika melalui Lebuh Raya Karak – Kuantan, perjalanan memakan masa selama 45 minit. Manakala, dari susur keluar Genting Sempah, perjalanan ke Janda Baik ambil masa selama kira-kira 45 minit.

 

Akhir kalam

Pasti anda dah dapat idea untuk menginap di mana selepas baca artikel ini. Semua konsep penginapan ada disediakan di Janda Baik. Nak cara kampung, macam di hotel 5 bintang, berkhemah dengan selesa dan macam-macam lagi.

Yang paling penting, sebagai pengunjung, jaga adab dan tatasusila apabila berada di tempat orang. Jagalah kebersihan tempat penginapan dan menjaga kemudahan yang disediakan dengan baik.

Malahan, jangan lupa menjaga dan memelihara flora dan fauna di sana untuk tatapan generasi akan datang. Jangan membuang sampah dan sisa bbq sesuka hati. Pastikan anda menguruskan kebersihan dengan cukup baik.

Diharapkan penulisan artikel ini memberikan anda panduan yang berguna. Jika ada maklumat yang terkini, sila kongsikan dengan kami. Kami sangat mengalu-alaukan sebarang saranan dan teguran daripada para pembaca.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • tempat menarik di janda baik

Leave a Comment