Telekomunikasi di Malaysia (Senarai Telco 2021 & Cara Penggunaan)

Telekomunikasi di Malaysia (Senarai Telco 2021 & Tutorial Online)


Kebanyakan syarikat telekomunikasi di Malaysia tidak memberikan panduan atau tutorial yang lengkap dalam menggunakan perkhidmatan selular mereka. Andai ada sekalipun, selalunya tidak lengkap. Dan kebiasaanya panduan tersebut ditulis dalam Bahasa Inggeris. Tak banyak yang ada dalam Bahasa Melayu.

Jadi, hadirnya kami di sini adalah untuk berkongsi cara topup, beli pelan data Internet, berkongsi kredit dan macam-macam lagi dalam bahasa yang mudah difahami.

Tutorial mengenai cara penggunaan telco ini untuk siapa?

Niat kami adalah untuk membantu warga Malaysia yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Diharapkan panduan dan langkah-langkah ringkas yang kami sediakan dalam Bahasa Melayu ini dapat memudahkan urusan anda.

A. Syarikat telekomunikasi di Malaysia (Mobile Cellular + Broadband)

1. Celcom (celcom.com.my)

Celcom ialah syarikat telekomunikasi mudah alih yang terawal di Malaysia. Dikatakan bahawa Celcom mempunyai liputan terluas di seluruh negara, berbanding perkhidmatan mudah alih telekomunikasi yang lain.

 

2. Digi (digi.my)

 

3. Maxis (maxis.com.my)

 

4. U Mobile (u.com.my)

 

6. Yes (yes.my)

 

7. Tune Talk (tunetalk.com)

 

8. RedONE (redone.com.my)

 

B. Syarikat telco di Malaysia (Fixed Broadband)

1. Unifi (unifi.com.my)

2. Time Broadband (time.com.my)

 

C. Syarikat telekomunikasi di Malaysia (TV)

1. Astro (astro.com.my)

Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di Malaysia. Syarikat ini dimiliki hak sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems yang berada di bawah syarikat Astro Malaysia Holdings Bhd.

2. NJOI (njoi.com.my)

NJOI ialah perkhidmatan televisyen dan radio satelit percuma daripada Astro. Kami asingkan dari Astro untuk memudahkan anda mencari pelbagai tutorial dan cara menggunakan NJOI kerana ia sedikit berbeza.

3. MYTV (mytvbroadcasting.my)

MYTV adalah sebuah pertubuhan bukan keuntungan yang menyediakan televisyen digital bebas ke udara dan radio digital di Malaysia. Syarikat ini adalah usaha sama antara Altel Holdings, TM dan Radio Televisyen Malaysia. Yang menariknya, MYTV menyiarkan pelbagai saluran televisyen percuma kepada penonton tanpa perlu membayar yuran bulanan.

 

Syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia 2021

Penggabungan operasi telekomunikasi antara syarikat Axiata Group Bhd (yang membawa jenama Celcom) dan Telenor ASA (yang membaca jenama Digi) pada April 2021, bakal menjadi penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terbesar Malaysia. Ini bermakna, ada wujud satu entiti baru yang dinamakan Celcom Digi Bhd (Celcom Digi).

Gabungan dua syarikat telekomunikasi besar Celcom-Digi ini akan mempunyai 19.1 juta pelanggan di seluruh negara. Ini sekali gus menjadikan Celcom Digi sebagai peneraju pasaran.

 

Akhir kalam

Diharapkan agar perkongsian senarai syarikat telekomunikasi di Malaysia dan juga cara penggunaannya dapat memudahkan lagi urusan anda. Walaupun Internet dan data semakin murah, kami nasihatkan agar anda tidak menggunakannya untuk perkara yang bukan-bukan. Carilah ilmu dan belajarlah sesuatu.

Untuk bertukar-tukar pendapat, sila follow channel Komuniti B40 di Telegram; dan juga group Komuniti B40 di Facebook.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment